My mood recently

Monday, June 14, 2010

Yang sangat indah

Semenjak kau hadir dalam hidupku, Tiada lagi keresahan, Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan.....

Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia, Hingga aku terasa indah....

Maaf jika ku tidak sempurna, Tika bahagia mula menjelma, Bila keyakinan datang merasa, Kasih disalut dengan kejujuran.....

Mencintai dirimu, Merindui dirimu, Memiliki dirimu, Hingga akhir hayat bersama kamu...

Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia, Hingga aku terasa indah....

Kau yang bernama cinta, hingga aku rasa indah...


Island Hoping at Langkawi Island




Thursday, May 27, 2010

Buah hati pengarang jantung

Kalau dulu, hari-hari yang indah adalah hari-hari ketika kuar berdating ngn boyfren.
Tapi sekarang, hari-hari yang indah lagi berharga adalah hari-hari yang dapat bersama anak tercinta.

Dah 3 hari, aku jadik pengunjung tetap mana-mana farmasi yang dapat aku terjah. Hanya tujuan nak mencari ubat yang mujarab untuk mulut anak aku yang tak baik-baik. Nasib baik hari ini, dah nampak kurangnya. Memang betul kata ibu, doktor pun kadang-kadang tak pandai. Dah bawa ke doktor kanak-kanak pun katanya 'infection'. Tapi. Ubat yang diberi, antibiotik dan ubat demam. Hmmm. Kene charge RM60. Untung betul doktor sekarangkan. Suluh-suluh lampu dalam mulut, ambil stateskop letak kat dada. Depan. Belakang. Katanya, "There is nothing serious". Tapi yang anak kite demam tak hilang-hilang ni kenapa pulak. Nak tak nak kenalah ikhtiar sendiri.

Instinct seorang insan yang bergelar ibu ni memang kuat. 'Bonding mother and child' kononnya. Tapi memang betul pun. Puas call sana sini. Tanya akak. Tanya ibu. Tanya auntie. Tanya kawan. Tanya pharmacist. Jumpa juga ubat, Oral Aid gel/lotion. Boleh dikatakan berkesan jugaklah. Tak membahayakan. Sapu saja dibahagian dalam mulut die yang sakit itu. Kalau susah, sapu je dengan jari. Kalau susah lagi, sapu dekat pacifier die. so at least nak nak hisap and at teh same time ubat mesti terkena bahagian yang sakit. Itulah yang aku buat sepanjang 2 malam ni. Nasib baik ada kurangnya. Lega rasa dihati.

Gembira sangat bila tengok Amsyar dah mula ceria. Mulut riuh. Suka ketawa. Alahai...sayangnya...buah hati pengarang jantung umi nih! Ya Allah ya Tuhan, sungguh istimewa kurniaan dari Mu.

Tak sabarnya nak tunggu esok. Jumaat. 28 May. Takde ape-ape 'special' pun. Tapi cuti umum. Maknanya cutilah! Tak perlu kerja. Jadi! Boleh duduk rumah 'spend time' dengan buah hati aku. Hmmmm...syoknya. Umie rindu sangat sama Amsyar.

Wednesday, May 26, 2010

Isn't it so bad being a working mom?

Lama tak mencoretkan sesuatu dalam...
Masa yang tak berapa mengizinkan sebab selalunya mencuri masa di waktu kerja atau kadang-kadang dirumah kala orang semua sudah lena. Dan kadang-kadang tuh cerita dah siap, tetapi lupa nak masukkan di dalam blog sendiri.

Hari ini terasa nak meluahkan rasa sedih, yang terbuku didalam hati. Makin hari makin membesar anak aku yang seorang ini, dan makin lama membuatkan aku rasa semakin ingin duduk dirumah menghabiskan masa dengan si dia. Tiap-tiap pagi pun mesti nak melekakan diri melayan dia sebelum ke tempat kerja. Aduhai, susahnya jadi seorang ibu yang bekerja.

Hujung minggu lepas, aku baru perasan yang gigi geraham Amsyar dah nak tumbuh. Aduhai..kesiannya dia. Bukan 1 batang, 3 batang sekaligus nak keluar. Jadi sepanjang hujung minggu itulah, badannya tak menentu. Sekejap demam panas, sekejap kurang. Memikirkan kita yang nak tumbuh gigi bongsu pun, sakit sampai demam. Apatah lagi dia. Tak selesa, sakit, berdenyut. Semua ada. Ubat demam memang tak henti diberikan. Risau aku dibuatnya. Hari Isnin, aku mula nampak putih-putih dibibir dia. Kenapa pulak nih? Bertanya didalam hati. Sampai keesokannya makin banyak, terus bawa ke klinik tapi doktor kata infection biasa. Hanya antibiotik dan ubat demam je dibaginya. Hmm..macam mana nih. Tak sampai hati aku tengok dia. Jauh disudut hati rasa ingin bercuti duduk dirumah jaga Amsyar sampai baik.

Kenapalah, macam-macam yang menimpanya. Dari bulan lepas, kene tahan wad kerana dapat jangkitan kuman dirongga pernafasan. 3 hari 3 malam kami di hospital. Ya Allah ya Tuhan ku, kuatkanlah semangat aku menghadapi segala dugaan yang Kau berikan Ya Allah.

Amsyar sudah 2-3 hari tak seceria dulu. Sedih rasanya. Terasa rindu senyuman lebarnya. Sewaktu meninggalkan dia di Taska pagi tadi. Macam-macam pesanan aku tinggalkan tentang Amsyar. Jangan madikan dia. Lap je. Tolong berikan die ubat tengahari nanti. Ada puding untuk bekalan dia kalau dia tak selera makan. Terima kasih ye dik ye. Itu mesti ucapan terakhir aku sebelum meninggalkan Taska untuk ke tempat kerja. Tiba-tiba aku dengar suara Amsyar menangis. Terhenti sekejap didepan pintu. Mengenangkan dia yang tak berapa sihat, sebak pula rasa dihati.

Menitis air mata.

Itu sahaja yang mampu walaupun dalam hati terasa macam nak teresak-esak. Hanya Tuhan yang tahu. Tapi nak buat macam mana. Kenalah tawakal. Hari-hari pun kene tawakal semoga Amsyar sentiasa dilindungi oleh si Dia yang Esa.

Pagi-pagi lagi sebelum ke tempat kerja, sudah terasa sedih. Permulaan hari yang tak berapa best. Hmmm... "I feel so bad being a working mom"....

.
.
.
Dahlah...taknak cakap lagi sebab rasa nak menangis.

Wednesday, February 10, 2010

Kenapa hari ini?

Nak tau kenapa aku pilih hari ini untuk masukkan entry....ibarat nye seperti ulang tahun blog sendiri...tp sebenarnya sebab lain...

Pada 10 February 2009...sebelum Subuh...buat pertama kali nya aku terasa tanda-tanda awal yang aku akan beranak dalam waktuh terdekat..bukan pada 40minggu...the due date..and bukan pada 39 weeks....

Pukul 5 pagi terbangun sebab terasa perut sangat krem...dalam hati dah bertanya "betul ke nak beranak dah nih..."..pastu rasa sakit tuh hilang...lepas setengah jam..terasa lagi... sampai tempat pukul 6.30pg...hilang... "mungkin belum lagi..." hati aku berbisik...

Tak sangka...rupa-rupanya..genap seminggu selepas itu..hari yg sama...hari Selasa, 17 February 2009..sakit yg sama datang kembali..dan kali itu...memang tak berhenti..makin sakit...makin kerap...terus ke hospital...dan ye...saye dah kene bersiap sedia untuk beranak pada hari itu....

Dan hari ini...aku tak sangka...lagi seminggu anak aku dah nak 1 tahun....Ya Allah Ya Tuhan...sesungguh Nya..Kau sangat berkuasa dan sangat istimewa...
Anak yg panjang nya dari hujung jari kite smpi ke siku..lebarnye 2tangan kite..tapak kaki nya yg selebar 2 jari kite...yg muke nya sebesar tapak tangan kite...kini...........tingginya dah melebihi lutut kite...kaki dah pandai menapak...tapi masih perlu dipimpin....tangan dah pandai mencapai itu dan ini...mata, mulut, hidung suke buat mengada-ngada...menambahkan lagi rasa rindu,sayang,geram kite kat die... hmmmm....sayang tak terkata! Betul-betul dikatakan anugerah Tuhan....

Pagi ni, hantar Amsyar di Taska Salihah, Jalan U-Thant...dalam kereta..aku duduk main dgn die sekejap..cium die puas2...peluk die puas2..tenung muke die puas2...tapi hari ini aku peluk die..usap kepala die...terasa...setahun yang lepas aku hanya aku boleh usap perut sendiri...tp sekarang...hari-hari pun dapat buat macam itu...kemudian baru aku kuar kereta and hantar dia masuk... dia lah segalanya.....

Sangat sayang pada Dia, dia dan dia....dan juga mereka....terima kasih

Dan nextweek....nak celebrate dah the 1st year Birthday Amsyar....!Kala dia 2 bulan..

Kala dia 11 bulan..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sayang anak umie!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...