My mood recently

Showing posts with label baby care. Show all posts
Showing posts with label baby care. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Susahnya menjadi diri sendiri


Tak pastilah apa pendapat orang lain. Tapi yang pentingnya saya adalah seorang umi kepada 2 orang anak dan bekerja di ibu kota.

Pasang surut susah dan senang menjadi seorang umi, memang tak kan dapat nak dirungkaikan dalam blog ni kerana terlalu banyak sehingga tak dapat nak disusun satu persatu jalan ceritanya.

Cuma.

Hanya yang mampu. Berkongsi cerita. Meluahkan. Dan melepaskan di'blog cabuk sendiri yang tak berapa ramai pengunjung dan pembacanya.

Susah hati wanita manakan lega jika tak diluahkan. Mungkin lelaki tak merasainya. Mungkin sebagai baba tak merasai sedalam-dalamnya. Untuk diri yang lemah ini, susah hati sampai tahap berlinangan air mata ni. Memang parah la jawabnya.
Walaupun orang kata, "akan ada penyelesaiannya".

"cuba.."

"plan sesuatu.."

"tak pun carik je maid"

Hmmm...memang orang tak kan faham.

Berita semalam yang tersampai ke lubang telinga ni, terus terpahat dalam kepala otak yang tak besar mana nih dan terbawa-bawa dalam mimpi malam tadi. (Tak ke parah namanya tuh?!)

"Taska confirm tutup kak. Sampai hujung November. Nanti kak sal akan beritahu semua parents kot.", kata pengasuh Iyman dan Amsyar.

"Hah!?"

Terdiam.

Masuk dalam kereta. Kepala dah tak boleh nak tumpukan perhatian.
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMu yang hina ini." dalam hati.

"Mana nak carik baba? Apa kita nak buat?" diluahkan pada baba.

"Takpe2..nanti kita fikirkan". Mudahkan jawapab baba.

Dan tak semudah itu dalam fikiran umi nak menyelesaikan masalah itu.

Iyman yang nak maruk 6 bulan umurnya pun baru nak selesa duduk di taska tu. Amsyar pulak dah biasa dengan kawan-kawan di situ. Sampai ada 'geng' sendiri. (FuyyooH!). Suka tengok Amsyar bila ceria dan keypoci bila balik dari taska. Walaupun tak tahan dengan bingitnya suara dia dalam kereta. Tapi hati umi rasa lapang bila tengok anak sihat dan ceria. SamalPengasuh Iyman pun baru nak tahu rentak Iyman, kehendak Iyman. Bukan senang orang nak 'handle' bayi nih kalau tak kena gayanya Kalau tak galakan dan kepercayaan dari parents itu sendiri dan knowledge dari pengasuh itu jugak, memang susah nak handle.

"Tadi Iyman die asyik nak nangis je kak. Susah sangat saya bedung die ketat-ketat. Masuk dalam buai. Tido pun dia.."

"La yeke, sian kat awak. Dia memang macam tuh. Kalau nak tido memang susah. Terima kasih la sangat"

Baru je hati umi ni nak lega tinggalkan Iyman kat taska. Bukan senang nak carik pengasuh yang sudi nak jaga akan kita kan. It is not easy than you think.

So sekarang macamana????

Buntu.

Buntu.

Dan buntu.

Susah betul nak hanta anak sesuka hati selagi takde orang yang rekemenkan tempat.

Susah betul nak bagi pada baby sitter yang kita pun tak berapa kenal.

Susah nyeeeeeeeeeeeeeeeEEEEEEEEEEEE!!!

UMI: menghabiskan masa 'browsing' mencari pusat jagaan kanak-kanak. Tapi dalam hati masih,"ok ke nak anta anak ke sini?"

Hmmmmmm.....alahai hero-hero umi ni.....

(-_-)






Wednesday, November 24, 2010

Mom & Baby


Again.

Entri saya masih bertopik 'mom','baby','pregnancy','kid' and semua yang sewaktu dengannya.

Its all because of sejak saya tengok banner about that expo since after raya haritu. Can get details here - http://www.tce.com.my

Rasa tak sabar nak tengok apa ada pada expo tuh nanti. Harap-harap memang dapat pergi. Tapi tak pasti la kan. Takut kalau-kalau saya ada hal.

UMMIE: Penat tak terkata tak pasti kenapa. Tapi tetap nak letak sepatah dua dalam blog yang dibela.

Saturday, November 20, 2010

New Baby Must Have Check list!

Ha...itulah title dari checklist yang aku amik at Toys'R'Us. Ni kes kemas-kemas loteng yang dah berzaman tak sentuh. Kemas pun, kes nak pindah nextmonth. Huh. Penat. Clear la sket.

Kemas kotak-kotak buku, jumpa plak 1 box ni. Semua scan pic Amsyar ada. Tags masa kami di hospital and macam-macam lagilah!

see?! banyak kan?!
yang itu last scan pic Amsyar :: tag putih - umi punye :: tag biru Amsyar punye :: monthly check up book at gov klinik :: congrats card from my officemate ::macam-macamlah

Terjumpalah juga checklist for new baby.

So, tadi...terasalah nak buat checklist tuk my 2nd baby nih. Last time, checklist tuh aku tulis dengan ibunda tersayang. Katanya, "Last year buat checklist tuk kawin, dis year buat checklist tuk barang baby plak!". Kami ketawa.

Hmmm...rezeki.

For our 2nd baby, not much la yang kami nak beli. Sebabnya, banyak dah yang ade. So, adik nanti boleh reuse barang abang Amsyar (chewah! abang...). Tengah menulis pun, si kenit Amsyar ni suke nak mengacau. Aku lari ke katil, tulis atas katil. Dia pun ikut. "Amsyar! JAngan kacau umi lah!". Bergegar perut saya dek marahkan Amsyar. Punyelah tetap nak kacau umi. Duduk tepi katil, tapi tangan tuh tetap nk sentuh kertas yang umi tulis. Uhhh! AMSYARRRR! Bagila umi habis tulis sayang. Tunggu kejap ye...sikit je lagi nak siap.

Haaa!! Dah siap dah...
Meh sini, umi nak amik gambar. Boleh simpan buat kenangan.
Yang dalam A4 tuh, checklist masa Amsyar dulu.
Yang kecik tuh checklist untuk adik Amsyar. Yeay! Dah siap

Ha, "tulih-tulih..." kata Amsyar
Pegang je ye...jangan koyakkan ye sayang...
kalau tak! SIAP KAMO!

So now, checklist untuk beli barang-barang baby dah settle. Hopefully plan nextweek untuk terjah ke Midvalley sempena Expo Mom & Baby ada lah something yang boleh dibeli and yang dicari ye~

Friday, October 29, 2010

50 things about my lovely toddler

After 20 months...dah betul nampak macam 'a boy' dah anak saye nih...
Hari-hari pun buat saye rindu sangat kat dia, always wanna be with him all the time. Itulah die...Aliyy Amsyar bin Asraf, he is now 20 months old.
4 months to go, nati birthday cake dah boleh ade 2 lilin...hehehe...

1. UMI / BABA SAID: Nak

AMSYAR SAID: Nak

2. UMI / BABA SAID: Amik
AMSYAR SAID: Mek

3. UMI / BABA SAID: Naik
AMSYAR SAID: Nek

4. UMI / BABA SAID: Makan
AMSYAR SAID: Mamam

5. UMI / BABA SAID: Car
AMSYAR SAID: Car

6. UMI / BABA SAID: Fish
AMSYAR SAID: Pish

7. UMI / BABA SAID: Cat
AMSYAR SAID: Cat

8. UMI / BABA SAID: Tulis
AMSYAR SAID: Tuyeh

9. UMI / BABA SAID: Sabun
AMSYAR SAID: Babon

10. UMI / BABA SAID: Sikat
AMSYAR SAID: cikat

11. UMI / BABA SAID: Ayam
AMSYAR SAID: ayamm

12. UMI / BABA SAID: Mata
AMSYAR SAID: mata

13. UMI / BABA SAID: hidung
AMSYAR SAID: dunggg

14. UMI / BABA SAID: mulut
AMSYAR SAID: muyut

15. UMI / BABA SAID: ball
AMSYAR SAID: ball

16. UMI / BABA SAID: bola
AMSYAR SAID: bola

17. UMI / BABA SAID: mandi
AMSYAR SAID: mani

18. UMI / BABA SAID: berak
AMSYAR SAID: belak

19. UMI / BABA SAID: Pampers
AMSYAR SAID: papeshh

20. UMI / BABA SAID: baju
AMSYAR SAID: badthu

21. UMI / BABA SAID: seluar
AMSYAR SAID: shuar

22. UMI / BABA SAID: minyak
AMSYAR SAID: minak

23. UMI / BABA SAID: tangan
AMSYAR SAID: angan

24. UMI / BABA SAID: kaki
AMSYAR SAID: kaki

25. UMI / BABA SAID: susu
AMSYAR SAID: chuchu

26. UMI / BABA SAID: air
AMSYAR SAID: air

27. UMI / BABA SAID: minum
AMSYAR SAID: inumm

28. UMI / BABA SAID: barney
AMSYAR SAID: maney

29. UMI / BABA SAID: kakak
AMSYAR SAID: kakak

30. UMI / BABA SAID: bird
AMSYAR SAID: berk

31. UMI / BABA SAID: abang
AMSYAR SAID: abang

32. UMI / BABA SAID: hensem
AMSYAR SAID: ecem

33. UMI / BABA SAID: kipas
AMSYAR SAID: ipash

34. UMI / BABA SAID: lipas
AMSYAR SAID: ipash

35. UMI / BABA SAID: sakit
AMSYAR SAID: atet

36. UMI / BABA SAID: tumpah
AMSYAR SAID: uuppah

37. UMI / BABA SAID: basah
AMSYAR SAID: bacah

38. UMI / BABA SAID: jangan
AMSYAR SAID: angan

39. UMI / BABA SAID: tak nak
AMSYAR SAID: nanak

40. UMI / BABA SAID: atuk
AMSYAR SAID: atuk

41. UMI / BABA SAID: ashu (adik umi)
AMSYAR SAID: achuu

42. UMI / BABA SAID: roti
AMSYAR SAID: utti

43. UMI / BABA SAID: gigi
AMSYAR SAID: gigi

44. UMI / BABA SAID: cebok
AMSYAR SAID: bebok

45. UMI / BABA SAID: telinge
AMSYAR SAID: inger

46. UMI / BABA SAID: siapa nama aliyy amsyar????
AMSYAR SAID: “AYEEEE!!!” (sambil angkat tangan)

47. UMI / BABA SAID: Nyanyi burung kakak tua?
AMSYAR SAID: "yong kakak uaaa..hhh..inde lela..nenek udah..uaaa..dji dji nya inggai chuaa… achum…achum… yyayayaya…uyong..kaka uaaa…"

48. UMI / BABA SAID: Nyanyi twinkle twinkle?
AMSYAR SAID: "Itter itter itter tar..aw watt tu tar.....men in te tai"

49. UMI / BABA SAID: umi nak cium sikit
AMSYAR SAID: “eeyomm…uummm-mahhh!”

50. UMI / BABA SAID: “sayang umi tak??”
AMSYAR SAID: “ayang yee nii.”

Inilah antara yang umi ingat...sebenarnya banyak lagi yang die pandai sebut. Tapi satu je, bile nak cakap banyak, umi terus tak faham ape Amsyar cakap...hehehe...ayang ye!

Wednesday, October 27, 2010

Few signs that your child loves you...

Saya suke topik ni... dapat newsletter dari Baby Center site.

Menarik.

Muncul rasa ingin kongsi cerita berkaitan dengan baby's signs shows that she/he loves you.

A lot of things yang sudah nampak dengan ketaranya pada Amsyar. Al-maklumlah mase baby, umi pun masih in learning process lagi nk belajar sume-sume tuh. So baru sekarang umi dapat rasa. Terima kasih ye anak umi!

Nak tahu apa.

First sekali, kalau umi marah Amsyar sangat sangat. Sampai tahap umi akan merenung tajam ke muka dia. Dia akan diam for a few minutes. And trying to smile at me. I know why. Die nak umi senyum. Boleh rasa yang die suka sangat tengok umi senyum and ketawa.

Then, kalau umi masih marah dia akan diam and biarkan umi sampai umi reda. Same character with his baba. LOVE them so much!

Then, kalau umi hulur mulut mesti dia dah standby nk cium mulut umi.

Bila umi hulur tangan dia tahu umi nak peluk dia. Dia akan lari and peluk kat umi. Oh anak umi!

Bila umi merajuk nangis. Die mesti datang kat umi nangis sama-sama.

Bila umi marah-marah baba. Dia mesti pergi dekat umi. Nak umi berhenti marah.

Bila umi duduk jauh jauh. Mesti dia datang kat umi and says, "Umme...umme..." sambil pegang tangan umi.

Dan bila tengah malam, umilah yang dicarinya. He feels comfortable in umi's hugging.

Oh Tuhan, indah sungguh pemberian Mu. Semoga Engkau sentiasa berikan kesihatan yang sempurna terhadap anak-anakku. Berikanlah juga mereka perlindungan daripada segala keburukan, kejahatan dan kecelakaan yang mungkin mereka terima. Jauhkanlah segalanya itu(keburukan, kejahatan dan kecelakaan) dari mereka.

Amin~

Mane ummi??
Tuh!

Wednesday, September 29, 2010

Ketentuan Illahi....

11 Aug - Demam panas
12 Aug - Demam baru nk kebah. Tapi ba. umi rasa lain macam lah. Baba tak rasa lain ke?
13 Aug - Ba. Takde lagi pun...kenape eh??? Dah lewat dah ni. Umi ase baba kene beli jugak lah!
14 Aug - Ba. Umi tak tahan lah! Mana bende tuh?? ......................................

BABAAAAAAA!!!!!!!!!!!!

Menangis. Menangis. Dan menangis. Terkedu. Buntu.Speechless. Hanya air mata yang tak henti bercucuran entah kenapa.
.
.
.
.
.
Susah nk mula.
.
.
.
.
.
Suami terdiam. Isteri menangis. Anak pelik.

Begitulah permulaan Ramadhan 2010 kami. Since 14 Aug, aku hanya tahu menangis, menangis dan menangis. Aku buntu.

"Ba, tak mungkin ba. Baba kene beli lagi. Biar umi cube lagi. Tak mungkin ba!!! TAK MUNGKIN!!!!"

"BA, Macam mana ni???! MACAM MANA??!!!!!". Menangis lagi. Hari-hari murung. Pale. Dull. Kusut. Serabut. AAAAAAaaaarrrggghhhh!!!

Sedih. Menangis. Sedih.

Kenapa??

Kalau cerita, pasti ada orang gembira mendengarnya. Dan mungkin ada yang tanya, "kenapa sedih. Janganlah macam tuh"

Tak tahu pada siapa aku nak mengadu....aku buntu..aku tak tahu pada siapa aku nak kongsi masalah...tak tahu...!!!!

Dengan hati yg berat...aku mengarang email yang panjang...memberitahu berita pada Nana, antara kawan yg aku selalu contact. Panjang lebar aku bercerita. Kenapa tak call?? Aku tak boleh..tak mampu..nanti mesti aku akan menangis teresak-esak. Aku tak tahu kenapa dengan aku ni. Pantang bukak cerita pasal ni, mesti air mata nak berlinang. Aku minta pendapat Nana, macam-macam dipesannya. Samalah dgn husband aku. Suamiku berkali-kali minta maaf atas, apa yang dah jadi. Tapi katanya. Kita harus kuat semangat. Anggap ini adalah dugaan yg Tuhan beri, semoga ada hikmah yg baik dariNya nanti. Aku tetap bersedih.

Perubahan ke atas diri aku sangat ketara. Sampai ramai yang bertanya, "Mengandung ke??". Hati bagaikan di panah halilintar. Menangis. Tapi. Ntahla.

Ya, saya memang mengandung. I am pregnant. Sampai berkali-kali buat urin test di rumah. Bawa pula berjumpa doktor. Sempat beritahu doktor, "Apapun, saya tak nak 'bende' ni doktor!!". Tapi jawapannya tetap sama. Saya positif. Kata doktor, "Minta maaf, kami di sini tak buat abortion".

Tapi kenapa mesti sampai macam tuh Dayah??? Ntah. Aku pun tak tahu. Sedih lagi.

Mungkin.

Mungkin inilah akibatnya bila kamu tak pandai redha dengan kententuanNya. Iman terlalu nipis. Mungkin.

Tapi kemungkinan yang aku buat adalah....AKU TERLALU DAN TERAMAT BELUM BERSEDIA. Dengan erti kata lain, sudah men'set'kan mental dan fizikal, "Now is not the time to have another baby. Not now!!". Tapi kenapa masih sedih. Jahatnya aku sampai aku berniat nak 'buang'. Ya Allah kenapa Dayah??? Kenapa?? Ingat Tuham. Kalau kata Nana, "kalau boleh ditransfer, memang aku nak sangat ko transfer kat perut aku. Dah 1 thn lebih aku tunggu, tapi belum ade rezeki. Tapi apakan daya..." Sedih mendengarnya. Menangis lagi. Mungkin iman tu ada lagi. Segala tindakan aku terbatas. Terhenti. Cuba redha dgn apa yang dah berlaku. Renungkan setiap sokongan yang orang keliling berikan pada aku. "Cukuplah kite duk kutuk dan benci orang yang buang anak tu. Xkan kite nk tergolong macam diorang. Sabar ye sayang. Abang support sayang", suami cube menyedapkan hati.

Jauh dalam hati berkata,

"Hai Dayah, kenapalah dengan kau ni. Itu rezeki Tuhan bagi. Kenapa nak ditolak. Orang lain bersedih-sedihan dek susah nak dapat anak. Tapi kau!! Tak nak pulak. Kalau lah ditakdirkan time kau nak nanti Tuhan xbagi?? Macam mana??? Nanti mulalah menyesal tak sudah. Sudahlah Dayah, mungkin ada hikmah disebaliknya. Kite sebagai hamba, menerima dan hadapinya dengan redha."

Termenung depan skrin komputer. Menitis lagi air mata ni. Hmmmmm..... dah 4 minggu janin tersemai elok dalam rahim aku. Tak planning?? Planning, kami memang planning tapi ntah macamana boleh tersangkut. Teringat aku pada kisah Alanna yg bertemu Illahi begitu awal. Sedih bila dengar orang hilang anak. Tapi aku. Hmmm...ntahlah....

Sentiasa aku berfikir, kenapa Dia sentiasa bagi kami dugaan. Adakah Dia ingin menguji keimanan kami? Adakah Dia menyayangi kami? ....Hati kecil ku menangis.

Aku sedih, mengenangkan Amsyar yang masih belum puas bermanja dengan umi dan baba. Tapi sering aku bertanya dalam hati, "Betulkah ada anak ke-2, akan buatkan anak pertama kita kurang kasih sayang?"

Aku tersangat sedih, mengenangkan Amsyar perlu berhenti breastfeed. Sesunnguhnya waktu paling indah bersama anak adalah waktu menyusukan dia. Tapi... (Aku sedih lagi. Teresak-esak hati ini menangis).

Aku letih, mengenangkan kami sekeluarga baru nak stabil. Lepas je kahwin, aku dah bunting pelamin. Orang kata rezeki. Tapi belum sempat menghela nafas dengan hal2 kahwin, kami kene bersiap sedia untuk preparation 'orang baru'. Dan sekarang, baru merancang mencari rumah, lain pula Tuhan bagi rezeki. Apakah petunjuk yang cuba Engkau berikan ini Ya Allah. Betullah, sesungguhnya kita hanya merancang Dia yang menentukan segalanya.

Kini, Amsyar dah semakin bijak membesar. Sudah pandai bercakap sikit-sikit. Sudah faham apa yang kita cuba sampaikan. Dan yang paling penting. Sudah berhenti breastfeed. Sedih. Bila renung muka dia. Bila tido dengan dia, aku sangat rindu saat-saat itu. Tapi apakan daya. Hajat nak breastfeed Amsyar sampai 2 tahun tak tercapai. Hanya Tuhan saja yang mengetahui apa yang ada dalam hati ini.

Maafkan umi sayang....
"Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala apa yang akan berlaku, apa yang ada dihatiku ini. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang Engkau berikan. Berikanlah kami pentunjuk dalam menuju ke arah Mu, Ya Allah. Berkatilah kehidupan kami. Berkatilah rezeki kami. Berkatilah segala kejayaan yang Kau berikan. Sesungguhnya, kami adalah hamba yang lemah. Kami bersyukur atas apa yang Kau berikan. Dan kami redha dengan segala dugaan dan cabaran yang Kau berikan."
Amin ya rabbil'alamin...

Wednesday, May 26, 2010

Isn't it so bad being a working mom?

Lama tak mencoretkan sesuatu dalam...
Masa yang tak berapa mengizinkan sebab selalunya mencuri masa di waktu kerja atau kadang-kadang dirumah kala orang semua sudah lena. Dan kadang-kadang tuh cerita dah siap, tetapi lupa nak masukkan di dalam blog sendiri.

Hari ini terasa nak meluahkan rasa sedih, yang terbuku didalam hati. Makin hari makin membesar anak aku yang seorang ini, dan makin lama membuatkan aku rasa semakin ingin duduk dirumah menghabiskan masa dengan si dia. Tiap-tiap pagi pun mesti nak melekakan diri melayan dia sebelum ke tempat kerja. Aduhai, susahnya jadi seorang ibu yang bekerja.

Hujung minggu lepas, aku baru perasan yang gigi geraham Amsyar dah nak tumbuh. Aduhai..kesiannya dia. Bukan 1 batang, 3 batang sekaligus nak keluar. Jadi sepanjang hujung minggu itulah, badannya tak menentu. Sekejap demam panas, sekejap kurang. Memikirkan kita yang nak tumbuh gigi bongsu pun, sakit sampai demam. Apatah lagi dia. Tak selesa, sakit, berdenyut. Semua ada. Ubat demam memang tak henti diberikan. Risau aku dibuatnya. Hari Isnin, aku mula nampak putih-putih dibibir dia. Kenapa pulak nih? Bertanya didalam hati. Sampai keesokannya makin banyak, terus bawa ke klinik tapi doktor kata infection biasa. Hanya antibiotik dan ubat demam je dibaginya. Hmm..macam mana nih. Tak sampai hati aku tengok dia. Jauh disudut hati rasa ingin bercuti duduk dirumah jaga Amsyar sampai baik.

Kenapalah, macam-macam yang menimpanya. Dari bulan lepas, kene tahan wad kerana dapat jangkitan kuman dirongga pernafasan. 3 hari 3 malam kami di hospital. Ya Allah ya Tuhan ku, kuatkanlah semangat aku menghadapi segala dugaan yang Kau berikan Ya Allah.

Amsyar sudah 2-3 hari tak seceria dulu. Sedih rasanya. Terasa rindu senyuman lebarnya. Sewaktu meninggalkan dia di Taska pagi tadi. Macam-macam pesanan aku tinggalkan tentang Amsyar. Jangan madikan dia. Lap je. Tolong berikan die ubat tengahari nanti. Ada puding untuk bekalan dia kalau dia tak selera makan. Terima kasih ye dik ye. Itu mesti ucapan terakhir aku sebelum meninggalkan Taska untuk ke tempat kerja. Tiba-tiba aku dengar suara Amsyar menangis. Terhenti sekejap didepan pintu. Mengenangkan dia yang tak berapa sihat, sebak pula rasa dihati.

Menitis air mata.

Itu sahaja yang mampu walaupun dalam hati terasa macam nak teresak-esak. Hanya Tuhan yang tahu. Tapi nak buat macam mana. Kenalah tawakal. Hari-hari pun kene tawakal semoga Amsyar sentiasa dilindungi oleh si Dia yang Esa.

Pagi-pagi lagi sebelum ke tempat kerja, sudah terasa sedih. Permulaan hari yang tak berapa best. Hmmm... "I feel so bad being a working mom"....

.
.
.
Dahlah...taknak cakap lagi sebab rasa nak menangis.

Wednesday, February 10, 2010

Kenapa hari ini?

Nak tau kenapa aku pilih hari ini untuk masukkan entry....ibarat nye seperti ulang tahun blog sendiri...tp sebenarnya sebab lain...

Pada 10 February 2009...sebelum Subuh...buat pertama kali nya aku terasa tanda-tanda awal yang aku akan beranak dalam waktuh terdekat..bukan pada 40minggu...the due date..and bukan pada 39 weeks....

Pukul 5 pagi terbangun sebab terasa perut sangat krem...dalam hati dah bertanya "betul ke nak beranak dah nih..."..pastu rasa sakit tuh hilang...lepas setengah jam..terasa lagi... sampai tempat pukul 6.30pg...hilang... "mungkin belum lagi..." hati aku berbisik...

Tak sangka...rupa-rupanya..genap seminggu selepas itu..hari yg sama...hari Selasa, 17 February 2009..sakit yg sama datang kembali..dan kali itu...memang tak berhenti..makin sakit...makin kerap...terus ke hospital...dan ye...saye dah kene bersiap sedia untuk beranak pada hari itu....

Dan hari ini...aku tak sangka...lagi seminggu anak aku dah nak 1 tahun....Ya Allah Ya Tuhan...sesungguh Nya..Kau sangat berkuasa dan sangat istimewa...
Anak yg panjang nya dari hujung jari kite smpi ke siku..lebarnye 2tangan kite..tapak kaki nya yg selebar 2 jari kite...yg muke nya sebesar tapak tangan kite...kini...........tingginya dah melebihi lutut kite...kaki dah pandai menapak...tapi masih perlu dipimpin....tangan dah pandai mencapai itu dan ini...mata, mulut, hidung suke buat mengada-ngada...menambahkan lagi rasa rindu,sayang,geram kite kat die... hmmmm....sayang tak terkata! Betul-betul dikatakan anugerah Tuhan....

Pagi ni, hantar Amsyar di Taska Salihah, Jalan U-Thant...dalam kereta..aku duduk main dgn die sekejap..cium die puas2...peluk die puas2..tenung muke die puas2...tapi hari ini aku peluk die..usap kepala die...terasa...setahun yang lepas aku hanya aku boleh usap perut sendiri...tp sekarang...hari-hari pun dapat buat macam itu...kemudian baru aku kuar kereta and hantar dia masuk... dia lah segalanya.....

Sangat sayang pada Dia, dia dan dia....dan juga mereka....terima kasih

Dan nextweek....nak celebrate dah the 1st year Birthday Amsyar....!Kala dia 2 bulan..

Kala dia 11 bulan..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sayang anak umie!

Sunday, March 8, 2009

Penyeri perkahwinanku...

Aliyy Amsyar bin Asraf....anakandaku...

Hari ni dah genap 20hari... Amsyar dah 20 hari... Aku pun dalam pantang dah 20 hari.... Ada lagi 24 hari nak habiskan pantang..aduhhh..lamenye...

Memang betul lah orang kata ade anak ni menambahkan lagi seri perkahwinan kita... Samalah apa yang aku rasa.. Kalau takde anak..bosan agaknya kot..yelah asyik berdua je dengan suami.. Sekarang dah ade anak..ade jugak mission.. Mencabar jugak nieh!

Dari mata kasar, orang tengok dah ade baby.. "wah seronok nye.." "eee..bestnye ade baby.." tu la kata-kata yang disampaikan dari rakan taulan... Heh, memang seronok...tapi bila masuk bab nak menjaga dan mendidik dia sampai besar kita masih tak tau lagi macam mana...

Hmmmm.....

Sekarang stage kami adalah 'MENYESUAIKAN DIRI DGN SITUASI BARU'
Tunggang langgang dengan anak kecik.. Sekarang barulah tahu betapa susahnya mak kita jaga kita masa kecik kecik dulu. Membayangkan cousin aku yang sama dapat anak tahun ni, tapi dia dapat kembar. Fuhh, entah macam mana lah agaknya... Aku ni baru sorang dah terasa macam agak susah gakla... Hari-hari pun letih, hari-hari pun tak cukup tidur. Aku pulak jenis tak boleh tak cukup tido, mesti lingkaran hitam dibawah mata terserlah.. Aku sememangnya faham situasi bile beranak kecil dengan pengalaman tengok anak2 sedara aku membesar, tengok abang2 aku dan kakak aku bela anak..tapi itu kita tengok orang yang bela anak. Nampak seronok je, tapi bila dah sendiri ada anak. Hehehe..boleh tahan la.

Walaupun penat, bila tengok muka anak sendiri, nak2 mase die tengah tido... aduhhhhh..hilang sume penat.

Tapi...

...bertambah penat bila tengok die menangis aje, tak tahu apa yang diatak selesakan....

Minyak dah sapu...

Perut dah tuam...

Pampers dah tukar...

Susu dah bagi... Pastu??? apelagi....??!!!

(segla diatas adalah tunjuk ajar bonda ku... maklum la...masih dalam training lagi...mujurlah ibu masih ada...kalau tak..entah macam mana aku agak nya....)

.....aduhhhh....sume pn dah buat....


"ape lagi ni sayang....apa yang tak kena nih..."
Itu lah ayat aku hari-hari. Tak kira pagi petang siang malam.

Penyudah nya...mesti aku angkat..dukung..peluk..enjut die...kelek die..."Saaaaayang umi....jangan lah nangis sayang....."
Dan bermulalah lagu zikir yg macam2 keluar dari mulut nih nak mendodoikan die...

Hmmmmm.......

Itulah kata orang, dah ada anak nih, takde dah tido nyenyak malam-malam.. melainkan kalau dia dah besar senang sikit nak bela, tapi bile bsar lagi tu..wallahualam la...hanya DIA yang tahu... (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...