Lama tak mencoretkan sesuatu dalam...
Masa yang tak berapa mengizinkan sebab selalunya mencuri masa di waktu kerja atau kadang-kadang dirumah kala orang semua sudah lena. Dan kadang-kadang tuh cerita dah siap, tetapi lupa nak masukkan di dalam blog sendiri.
Hari ini terasa nak meluahkan rasa sedih, yang terbuku didalam hati. Makin hari makin membesar anak aku yang seorang ini, dan makin lama membuatkan aku rasa semakin ingin duduk dirumah menghabiskan masa dengan si dia. Tiap-tiap pagi pun mesti nak melekakan diri melayan dia sebelum ke tempat kerja. Aduhai, susahnya jadi seorang ibu yang bekerja.
Hujung minggu lepas, aku baru perasan yang gigi geraham Amsyar dah nak tumbuh. Aduhai..kesiannya dia. Bukan 1 batang, 3 batang sekaligus nak keluar. Jadi sepanjang hujung minggu itulah, badannya tak menentu. Sekejap demam panas, sekejap kurang. Memikirkan kita yang nak tumbuh gigi bongsu pun, sakit sampai demam. Apatah lagi dia. Tak selesa, sakit, berdenyut. Semua ada. Ubat demam memang tak henti diberikan. Risau aku dibuatnya. Hari Isnin, aku mula nampak putih-putih dibibir dia. Kenapa pulak nih? Bertanya didalam hati. Sampai keesokannya makin banyak, terus bawa ke klinik tapi doktor kata infection biasa. Hanya antibiotik dan ubat demam je dibaginya. Hmm..macam mana nih. Tak sampai hati aku tengok dia. Jauh disudut hati rasa ingin bercuti duduk dirumah jaga Amsyar sampai baik.
Kenapalah, macam-macam yang menimpanya. Dari bulan lepas, kene tahan wad kerana dapat jangkitan kuman dirongga pernafasan. 3 hari 3 malam kami di hospital. Ya Allah ya Tuhan ku, kuatkanlah semangat aku menghadapi segala dugaan yang Kau berikan Ya Allah.
Amsyar sudah 2-3 hari tak seceria dulu. Sedih rasanya. Terasa rindu senyuman lebarnya. Sewaktu meninggalkan dia di Taska pagi tadi. Macam-macam pesanan aku tinggalkan tentang Amsyar. Jangan madikan dia. Lap je. Tolong berikan die ubat tengahari nanti. Ada puding untuk bekalan dia kalau dia tak selera makan. Terima kasih ye dik ye. Itu mesti ucapan terakhir aku sebelum meninggalkan Taska untuk ke tempat kerja. Tiba-tiba aku dengar suara Amsyar menangis. Terhenti sekejap didepan pintu. Mengenangkan dia yang tak berapa sihat, sebak pula rasa dihati.
Menitis air mata.
Itu sahaja yang mampu walaupun dalam hati terasa macam nak teresak-esak. Hanya Tuhan yang tahu. Tapi nak buat macam mana. Kenalah tawakal. Hari-hari pun kene tawakal semoga Amsyar sentiasa dilindungi oleh si Dia yang Esa.
Pagi-pagi lagi sebelum ke tempat kerja, sudah terasa sedih. Permulaan hari yang tak berapa best. Hmmm... "I feel so bad being a working mom"....
.
.
.
Dahlah...taknak cakap lagi sebab rasa nak menangis.
No comments:
Post a Comment
Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...