My mood recently

Thursday, May 27, 2010

Buah hati pengarang jantung

Kalau dulu, hari-hari yang indah adalah hari-hari ketika kuar berdating ngn boyfren.
Tapi sekarang, hari-hari yang indah lagi berharga adalah hari-hari yang dapat bersama anak tercinta.

Dah 3 hari, aku jadik pengunjung tetap mana-mana farmasi yang dapat aku terjah. Hanya tujuan nak mencari ubat yang mujarab untuk mulut anak aku yang tak baik-baik. Nasib baik hari ini, dah nampak kurangnya. Memang betul kata ibu, doktor pun kadang-kadang tak pandai. Dah bawa ke doktor kanak-kanak pun katanya 'infection'. Tapi. Ubat yang diberi, antibiotik dan ubat demam. Hmmm. Kene charge RM60. Untung betul doktor sekarangkan. Suluh-suluh lampu dalam mulut, ambil stateskop letak kat dada. Depan. Belakang. Katanya, "There is nothing serious". Tapi yang anak kite demam tak hilang-hilang ni kenapa pulak. Nak tak nak kenalah ikhtiar sendiri.

Instinct seorang insan yang bergelar ibu ni memang kuat. 'Bonding mother and child' kononnya. Tapi memang betul pun. Puas call sana sini. Tanya akak. Tanya ibu. Tanya auntie. Tanya kawan. Tanya pharmacist. Jumpa juga ubat, Oral Aid gel/lotion. Boleh dikatakan berkesan jugaklah. Tak membahayakan. Sapu saja dibahagian dalam mulut die yang sakit itu. Kalau susah, sapu je dengan jari. Kalau susah lagi, sapu dekat pacifier die. so at least nak nak hisap and at teh same time ubat mesti terkena bahagian yang sakit. Itulah yang aku buat sepanjang 2 malam ni. Nasib baik ada kurangnya. Lega rasa dihati.

Gembira sangat bila tengok Amsyar dah mula ceria. Mulut riuh. Suka ketawa. Alahai...sayangnya...buah hati pengarang jantung umi nih! Ya Allah ya Tuhan, sungguh istimewa kurniaan dari Mu.

Tak sabarnya nak tunggu esok. Jumaat. 28 May. Takde ape-ape 'special' pun. Tapi cuti umum. Maknanya cutilah! Tak perlu kerja. Jadi! Boleh duduk rumah 'spend time' dengan buah hati aku. Hmmmm...syoknya. Umie rindu sangat sama Amsyar.

No comments:

Post a Comment

Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...