My mood recently

Sunday, April 12, 2020

Hobi Saya

Heh! Macam tajuk sekolah rendah daaaa....

Tak pasti. Bila dikaji-kaji selidik. Dan cuba membandingkan married vs non-married you will see the trend of hobbies change in your life. 

Ye. Itu yg berlaku pada saya. Dan sama juga berlaku pada sekeliling saya. 

Ketika kita diusia remaja and late remaja (aku tak tahu nak bg term ape :P). Most of things yang kita minat sume yang men'enjoy'kan diri kita-

# Jalan-jalan dengan kawan-kawan..konvoi..
# shopping bile duet terlebih..
# tgk wayang bile movie baru kuar....kalau boleh kitelah nak jadik org first tengok kan!
# lepak-lepak ngan member-member kat gerai makan..or mane-mane restoran mamak..
# segala gadget-gadget suma kita sangat up-to-date..ade mende baru je nak explore..
# Ha, fesyen pun antara top Interest among youngster kan. 
# layan drama korea jepun sampai lebam-lebam mata..bagi yang gegirlss..
# layan online komik or movie-yang best-best...
# yang penting kul 12 tido tuh...kire awal lah utk time tido.

Mungkin ada lagi yang saya tertinggal...tapi itulah antara yang paling saya ingt. Heh, saya pun penah remaja jugak.

Bila tengok orang tua kita suka bercucuk tanam, suka morning walk, baca surat khabar, suka memasak, suka decor rumah...mesti pernah satu ketika dulu cam kita terpikir, bosannya nak buat kerja-kerja tu semua. But true enough, i'm there now.

Friday, June 13, 2014

Basi.

Uish. Hampir setengah tahun xmenjengah blog cabuk nih.

Hadoyyaii...

Actually ade few entries yg dh bersarang duduk dlm draft box. Terbengkalai macam tu. Kenapa? Nak post pon. Cerita dah basi.

Haish ntahla. Nak kata anak ramai. Baru dua. Ade org berderet ramai pn masih teguh menjamu pengikut setia mereka dgn nukilan-nukilan menggamit jiwa. Chewah!

Alahai.

Nak mula dr mana pn xtahu. Nak cerita ape pn tak tahu. Banyak sangat kebasian cerita yang ingin dikongsi.

Tp jangan marah kalau dalam masa sehari ni bertalu-talu entry di'submit' kan. Hahaha. Cayo je lah. ^_^

Since everyones go mobile. Tak teragak2 jugak la aku pun nk memobile kan diri tuk blogging ni. Ni nak habaq yg tgh mobile writing the story yg tah hape2 nih.

Ye. Masa senggang (eh, betul ke eja ni?) memang susah nak ada. Pagi dah beserabut. Balik dah penat. Hadap jem 1jam lebih pergi dan balik kerja. Busy dengan kerenah anak-anak. End up, kalah dengan tido melayan penat sepanjang hari.

Weekend?
Haish lagi la. Macam macam nak settle. Itu ini. Dan time tu lah nak mewujudkan diri dimata anak-anak after most weekdays hours duduk dengan orang. Spend time together. Yes. Itulah. Tapi klu xkemane mane la.

Nah satu pix keluarga untuk tatapan diri sendiri.

Wednesday, September 18, 2013

Panic

Yes panik!

Happened almost 3weeks ago.
Tak penah face stage yg sebegitu sekali. Lesson learn to everybody. Tapi benda dh nak jadi...kita pn xtau nk buat macam mana.

Until now masih tak boleh lupe. Ape yang penting sekarang dia sihat dan ceria seperti selalu.

Aliyy Iyman my 2nd son.
Pagi selasa, umi cuti tapi baba kerja. Kami baru tiba dirumah jam 1pagi selepas pulang bercuti di Kuala Terengganu. Attended umi's family gathering during Malaysia day public holiday. Pagi tu umi, iyman and baba keluar rumah. Dengan tujuan hantar baba ke office and pick 'kakak' di rumah kawannya.

Setibanya dirumah. Niat umi nak mempacking barang2 untuk pindah rumah didelaykan sekejap. Sweets and sumi-jelly very bersepah di lantai. Amsyar hobi, sepah2. While that, Iyman main2 sumi-jelly sama achu die. Amsyar? Amsyar tengah layan tv program die. Umi didapur tengah check fridge, tgk2 untuk masak tghari. Masing2 masih keletehan. 

Tiba tiba.... 

Iyman menjerit!! Meraung sambil tangan cuba keluarkan sesuatu di dalam mulut.

"eh iyman tercekik something!!" nenda menjerit dr dapur.

Tak tentu arah semua berlari menuju ke iyman. Achu cube seluk and keluarkan barang tu. Umi? Dah lemah lutut. Iyman dalam keadaan tebalik. Umi cube peluk and tepuk2 belakang. Masih xberjaya.

Iyman batuk. Darah tersembur dari mulut. Umi peluk die. Tgk muka die. Mulut penuh darah. Umi cuba lg sekali. Xberjaya. Air mata bagaikan terkedu nak keluar. Dalam kepala. Nak pegi hospital. Hospital. Emergency. T_T

Grab car key. Grab handbag. Smbil peluk iyman sekuat2nya. Doa tak berenti. Air mata mula menitis.
"kakcik, biar owg bwk kete!" achu amik kunci kete. Semua panik dan masih terkejut.  Nendanya dah teresak2 nangis dimuka pintu rumah suruh kami ke hospital segera.

Nak pegi mana? Klinik? Yes klinik. Itu je yg plg dekat. Nak check heart beat n anything related. My feveret doctor. Kelam kabut masuk klinik tanpa hiraukan sekeliling. Nurse suh tgu dibilik emergency. Tunggu doktor attend patient. Nampak wajah doktor, umi non stop mengadu bagai anak kecil. Teresak2 sambil doktor cube menenangkan. Ape yang die tertelan ni? Sumi-jelly. Ya. Sumi-jelly yg belum dibuka lg. Achu yang rasa. Sumi-jelly ada ditekak iyman.

Pernafasan ok. Oral luka. Refer to hospital serdang. Terus pecut ke hospital. 

Baba? Masih xdapat contact. Hp abis betri dab charging. Byk kali cuba, sewaktu di klinik. Masing2 xbwk phone. Terpksa tebalkan muka pinjam phone klinik.

 Ya Allah, lindungi anakku Ya Allah...

Di hospital. Scan sudah. Tiada apa2. Katanya kerana ia nya plastik. Plastik agak sukar untuk dikesan melalui sinar x-ray. Refer to ENT. Masuk camera, dari hidung sehinggalah kerongkong. Meraung bergema satu hospital. Masih tak jumpa. Barangkali sudah turun sampai ke perut. Habistu? Tunggu je la?

Ya. Itulah doktor beritahu.....tunggu saje T_T

Monday, June 10, 2013

THANK GOD...

Fuhhhh! Fuhhh! Fuhhh!

Ya Allah, berhabuk betui blog cabok kesayangan hamba nih. Lame tak hapdet blog. Haish! Buruk perangai kan?! Once in a blue moon bak omputeh kata ^_^
Oklah. sebenarnya saya nak kongsi rasa syukur dan terima kasih kepadaNYA yang tak terhingga kerana memberi kami insan asing yang sudi berada dalam kehidupan harian kami. Kami memohon, dengan izinNYA agar kami dijauhkan daripada perkara-perkara buruk berlaku dalam kehidupan kami. Mungkin sekali sekala kami diberi ujian. Akan tetapi DIA tahu kami dapat mengatasinya. Dan Alhamdulillah. Semoga DIA memberi izin, insan ini untuk berkhidmat bersama kami selama mana yang diinginkan. Ada rezeki kami. Ada jugalah rezeki untuk dia. 

Itulah yang sering menjadi ungkapan doa kami setiap hari. Sudah hampir 2 tahun.  Kami tinggal bersama insan yang dipanggil Kakak Yuli. Dengan erti kata lain. Bibik la. Nampak macam dah lama. Tapi perasaan curiga, hati-hati, berwaspada, sentiasa ada. DAN WAJIB ADA. 

Kenapa tak panggil BIBIK?!
Entah, konsep saya sendiri. For me, panggilan bibik agak kasar. Biarlah panggil nama. Tapi cara aku tegas. Sekurang-kurangnya dia dapat terima dengan hati yang lembut. Tapi terpulang pada individu.

Tegas macam mana?!
Tak tau lah nak kata ini TIPS or what. Let me share what i can.
Rasanya kalau tengok rancangan Wanita Hari Ini yang ada topik tentang pembantu rumah. Kebetulan. Iaya konsep yang sama.

1. Sentiasa ada aturan.

 Jangan dibiasakan dengan, " Saya nak awak buat ni, itu ini bla bla bla.". TAPI tak bagi guidance. Memang dia dah biasa kerja. Tapi ini rumah kita. Perlu sentiasa ada aturan. JANGAN TAK PERCAYA. SAYA SEDIAKAN JADUAL untuk tugasan harian dia. So fair and square. You know what the purpose of having her at the first place. Kita pon tak terlebih arah2 kan dia.

Motif utama saya, bayar dengan 3digit adalah untuk tengok anak2 saya. Makan minum pakai tido. Semualah. Jadi saya tak berkira bab kemas rumah and anything related. Yang penting. Weekend. WAJIB buat house cleaning. Setuju?! Tak sangka bila saya buat macam tuh, dia sendiri offer nak iron baju kerja kami. Yes. Memang iron baju tak masuk dlm jadual. Saya rasa itu kerja yang leceh. Tak wajib. Sebab itu untuk saya dan suami. Jangan lupa motif utama kita 'hired' dia. Tapi dia kata bosan kerja tak byk. Ha hamik kau lah! Huhuhu...die yang offer. So kita up lagi kerja la. Tapi bab baju ni, kena sentiasa remind. Baju yg kene cuci and iron hati. Kalau tak. memang nasib la korang. ^_^

2. Keep your private room as a private and confidential.

Betul. WAJIB. Dengan cara, setiap kali anda tinggalkan rumah pastikan kunci pintu ruang kamar kamu. Dan sorok kan kunci tu. Ini soal privacy. Dan jangan sesekali pun ada perasaan. 'hmmm dah ok kot. tak perlu kunci lagi'. JANGAN. Mungkin ada yang tak setuju. Tapi logically ia betul. Bayangkan, apabila sudah tiada lagi yang P&C dalam rumah. Susahkan?! Kunci tadi, tak perlulah bawa sekali. Cuma sorokkan sahaja. Kenapa?! Sebab pada saya, kalau saya bwk and kalau apa2 jadi kat rumah ade perkara yang perlu utk buka bilik P&C kita tu, kunci dah ada di rumah. Unless kalau nak duplicate la. Rumah saya selalu didatangi adik bujang saya. Pastikan barang-barang utk kegunaan anak2 semua dah siap2 ada diluar bilik la. Contoh buai tido ank kecil saya. Malam memang ada dalam bilik. Bila siang saya keluarkan. Dulula...sekarang tak lagi. ^_^

3. Monitoring and guidance and assistance.

Sentiasa ada. And sekali lagi WAJIB buat. Tengok anak-anak. Happy ke muram. Hasil kerja rumah seharian. Baju-baju. Makanan. Cara masak. Kebersihan diri. Sesekali nak review cara dia bekerja. Boleh je. Tapi niat dan cara kena betul. InsyaAllah, dengan izinNYA segalanya dapat diatasi dengan mudah. Bile nak review. Kalau macam kesalahan tu kene betulkan immediate. Tegur ja. Kalau tak nak dengar. Tak payah suruh dia buat lagi sementara tunggu weekend. Tegur cara baik. And suruh dia buat depan mata kita sendiri. Kenapa?? Sebab bila weekdays, dia dengan anak2 kita. Jadi, fikir2kanlah yang terbaik. Kalau kesalahan tak teruk. Review masa nak bagi gaji. Seperti biasa dia akan angguk je. Tapi nak nampak serious. Tau apa saya buat. Saya ambil JADUAL yang saya bagi begitu juga senarai kerja yang dia kena lakukan. Setiap satu yang ada komen saya komen satu persatu. What do's and don's. Adalah dekat sejam selalunya. Normally between me and her if its related to housework la. Kalau melibatkan duit or wutever, husband saya akan involved.

4. Jangan lepas tangan.

Berkait dengan point no.3.
Saya tak tipu. Memang bila ada pembantu dirumah anda rasa sedikit selesa dan senang. Tapi jangan over. Sekali sekala kita pun kene sedar diri. And perlu tunjukkan pada dia yang kita adalah TUAN RUMAH atau MAJIKAN dia. 
Biar dia sedar. Dia pekerja. Kadang-kadang bila dah naik sedap. Dia lupa dia itu pekerja. Ini yang saya katakan tadi. Ketegasan perlu ada. Bukan KASAR. Jangan tengking. Jangan herdik. Dia pun manusia. Kita didik cara professional. Kita ingatkan dia apa tujuan utama dia bekerja. Cari rezeki halal bukan?! Kita didik cara baik. Kita pun jangan lupa tanggungjawab. Kadang-kadang memang tak lari dari sikap manusia biasa. Dah sedap semua bibik buat. Sampai kunci pintu belakang rumah pn tak tau kat mane ^_^. Itulah yg terjadi. Sebabnya, hari-hari sibuk dengan urusan kerja. Balik cuma tidokan anak je. Tapi jangan lama-lama lepas tangan. Seminggu dua minggu kene ada come back. Bukan senang sebenarnya nak laksanakan point no.3. So pandai-pandailah. 

5. Berkira.

Tau kenapa?! Pernah tak dengan orang cerita pasal maid yang dah naik sedap dapat itu ini bla bla bla. Ha, ni lah nak cerita. Memang kadang-kadang nampak remeh. Tapi perkara remeh tulah boleh jadi kebiasaan. Sebagai contoh. Duit topup. Jangan tak tahu. Golongan mereka suka topup. Yela call sana sini. Itu tak boleh halang. Dia pun nak ada sembang2 juga. Kawan-kawan. Keluarga. Bla bla bla. Bukan kita tak tahu dia susah. Tapi kene fikir, mereka ni tak susah seperti yang kita sangkakan. Dan mereka juga tak bodoh seperti yang kita sangkakan. "kak tolong belikan DIGI ya. Makasih" ha nilah sms yang salu saya terima. Tapi saya dah buat perjanjian apa2. Waktu bulan pertama kerja saje saya tak kira. Onwards, saya tolak gaji. Serious. Saya tak tipu. Makan minum memang disediakan. Tapi kalau part yang utk diri sendiri pakai. Saya tolak. Cuti lebih pn saya tolak. RM20 sehari. Ikut budi bicara. Saya nak dia tau. Saya tak main-main. Ini betul2 punya cara kerja. Oh lupa. Saya tak tipu. Saya turut bagi slip gaji tau. So cuti dia, spending dia suma direkod. ^_^ 

Other than that, saya tetap layan dia macam family. Kawan. Sekali sekala bersembang. Kadang tuh malas nak spend time. Yelah. Orang asing kan. Nak buat ape lepak2 dengan dia. Tapi kita PERLU buat. Cuba bayangkan kalau kita bekerja takda kawan nak bersembang. Kan ke boleh meroyan. So itu je lah caranya. At the same time dapat lah tahu hati budi dia.

Doakan moga Kakak Yuli lama berkhidmat dengan kami.
* Sebenarnya dia ada rancang nak balik Indon. Tapi tetap berniat masih nak bekerja lama. Jadi saya doakan, kalaulah dia memang ditakdirkan kerja lama dengan saya. DIA permudahkanlah urusannya. Jika tidak. KAU tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk kami dan permudahkanlah urusan kami seadanya. Kami redha.*

Sound serious and emotional kan?! Hihihi...of course la. Feel free to ask anything related if you want to. Saya sudi berkongsi ilmu. Ada byk la cerita. Tapi tak larat la nak coretkan kat sini. Ada masa saya cerita. Ada yang bertanya saya kongsi apa yang mampu. Ye dok?!

Oleh itu, saya akhiri dengan...... photo update kami... >_<



dan ....wassalam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...