My mood recently

Friday, September 30, 2011

Susahnya menjadi diri sendiri


Tak pastilah apa pendapat orang lain. Tapi yang pentingnya saya adalah seorang umi kepada 2 orang anak dan bekerja di ibu kota.

Pasang surut susah dan senang menjadi seorang umi, memang tak kan dapat nak dirungkaikan dalam blog ni kerana terlalu banyak sehingga tak dapat nak disusun satu persatu jalan ceritanya.

Cuma.

Hanya yang mampu. Berkongsi cerita. Meluahkan. Dan melepaskan di'blog cabuk sendiri yang tak berapa ramai pengunjung dan pembacanya.

Susah hati wanita manakan lega jika tak diluahkan. Mungkin lelaki tak merasainya. Mungkin sebagai baba tak merasai sedalam-dalamnya. Untuk diri yang lemah ini, susah hati sampai tahap berlinangan air mata ni. Memang parah la jawabnya.
Walaupun orang kata, "akan ada penyelesaiannya".

"cuba.."

"plan sesuatu.."

"tak pun carik je maid"

Hmmm...memang orang tak kan faham.

Berita semalam yang tersampai ke lubang telinga ni, terus terpahat dalam kepala otak yang tak besar mana nih dan terbawa-bawa dalam mimpi malam tadi. (Tak ke parah namanya tuh?!)

"Taska confirm tutup kak. Sampai hujung November. Nanti kak sal akan beritahu semua parents kot.", kata pengasuh Iyman dan Amsyar.

"Hah!?"

Terdiam.

Masuk dalam kereta. Kepala dah tak boleh nak tumpukan perhatian.
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMu yang hina ini." dalam hati.

"Mana nak carik baba? Apa kita nak buat?" diluahkan pada baba.

"Takpe2..nanti kita fikirkan". Mudahkan jawapab baba.

Dan tak semudah itu dalam fikiran umi nak menyelesaikan masalah itu.

Iyman yang nak maruk 6 bulan umurnya pun baru nak selesa duduk di taska tu. Amsyar pulak dah biasa dengan kawan-kawan di situ. Sampai ada 'geng' sendiri. (FuyyooH!). Suka tengok Amsyar bila ceria dan keypoci bila balik dari taska. Walaupun tak tahan dengan bingitnya suara dia dalam kereta. Tapi hati umi rasa lapang bila tengok anak sihat dan ceria. SamalPengasuh Iyman pun baru nak tahu rentak Iyman, kehendak Iyman. Bukan senang orang nak 'handle' bayi nih kalau tak kena gayanya Kalau tak galakan dan kepercayaan dari parents itu sendiri dan knowledge dari pengasuh itu jugak, memang susah nak handle.

"Tadi Iyman die asyik nak nangis je kak. Susah sangat saya bedung die ketat-ketat. Masuk dalam buai. Tido pun dia.."

"La yeke, sian kat awak. Dia memang macam tuh. Kalau nak tido memang susah. Terima kasih la sangat"

Baru je hati umi ni nak lega tinggalkan Iyman kat taska. Bukan senang nak carik pengasuh yang sudi nak jaga akan kita kan. It is not easy than you think.

So sekarang macamana????

Buntu.

Buntu.

Dan buntu.

Susah betul nak hanta anak sesuka hati selagi takde orang yang rekemenkan tempat.

Susah betul nak bagi pada baby sitter yang kita pun tak berapa kenal.

Susah nyeeeeeeeeeeeeeeeEEEEEEEEEEEE!!!

UMI: menghabiskan masa 'browsing' mencari pusat jagaan kanak-kanak. Tapi dalam hati masih,"ok ke nak anta anak ke sini?"

Hmmmmmm.....alahai hero-hero umi ni.....

(-_-)






No comments:

Post a Comment

Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...