My mood recently

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

Yang pergi tetap pergi tak kembali...

Menjelang tahun baru ni memang macam-macam dalam hidup ni. Mula nak berseronok bersama keluarga nak untuk sambut Tahun baru. Tapi tak sangka dalam waktu yang singkat malang menimpa.
Bukan aku. Tapi 'cousin' aku.



Tak sangka seawal usia aku dia sudah bergelar 'balu'.
Semuanya berlaku begitu singkat. Kami sekeluarga menumpang sedih. Aku tak henti sedih melihat melihat dia dan anaknya. Apalah yang berada dalam hati dia. Nak bertanya takut sedih, tak bertanya, tapi itu saudara. Tak kan kita tak ambil berat.

Jumaat, 28 December 2012
Jam 3.30ptg.

Phone berdering tak henti. 
"Hello"

"Kakcik, ada berita nak disampaikan ni"

"kenapa?" . Hati berdegup laju.

"Kak Ana, suami dia meninggal. Kami tengah bersiap nak bertolak ke KL"

Diam. "Ya Allah"
Beristighfar tak berenti. Air mata berlinang tak henti-henti.

Tak dapat nak sambung perbualan. Hanya mati disitu.
Terkenangkan cousin yang baru mendirikan rumahtangga Julai 2011.
Disinari pula dengan cahaya mata Mei 2012, Zaira Marissa yang baru berusia 8bulan.

Pedihnya rasa hati. Patutla kebelakangan ini, selalu rasa mata bergerak2. Perkara yang paling aku takut.
Sebab aku memang tahu ada perkara yang akan aku tangiskan.

Kemalangan yang menimpa pada jam 8.32 dipagi Jumaat, waktu pulang dari kerja shift malam. Disahkan meninggal jam 3petang di wad kecemasan Hospital Putrajaya. Cedera yang amat parah membuat keluarga arwah ingin kebumi pada hari yang sama jam 11mlm di Felda Tengi, Selangor. Rumah keluarga arwah. Al-Fatihah untuk beliau.

Nasib manusia, hanya DIA yang tahu. Yang tinggal harus teruskan hidup. Jadikan iktibar dan pengajaran untuk kita semua berhati-hati dalam apa jua yang kita lakukan.

Lagu yang memang sangat suka dengar...rupa-rupanya meninggalkan kesan mendalam pada cousin. 
Arwah ade meninggalkan senikata lagu ini dalam 'Draft box' beliau untuk dihantar pada isteri beliau. 



Monday, October 3, 2011

I'm leavin' on a jet plane..

....Don't know when I'll be back again....Oh babe, I hate to go...

...All my bags are packed I'm ready to go...I'm standin' here outside your the door..I hate to wake call you up to say goodbye...

lalalala.....lalalala...*tak hafal lirik ye.

*sigh

Lagu dimodify sesedap rasa.
Bukan nak terbang ke mana-mana.
Tapi meninggalkan warga ofis kesayangan hamba.
..untuk tawaran diluar sana.

Tak tahu apa yang dikejarkan...
Tak tahu apa yang dicarikan...
Tak tahu apa yang cuba dilakukan...
Dan tak tahu apa yang dinantikan...

Bukan duit yang dicari..
Bukan waktu yang dinanti..
Bukan keselesaan yang difikiri...

Tapi..
Dunia yang penuh dengan pasang surut lautan.
Bumi yang penuh dengan keindahan dan kesuraman.
Hidup yang penuh dugaan dan cabaran..

Dan dengan segala-galanya..
Menjadikan saya...
Untuk menyahut cabaran yang datang..
Mengambil kesempatan yang tiba...
Menyambut peluang yang bertimpa...
Demi keluarga tercinta...

Haish...bersajak pulak on Monday blues nih! *gile!

Tapi bak kata orang, ingin kan sesuatu sentiasa ada pengorbanan kan...and IT IS actually..
Cuba kaji apa saja yang kita buat...apa saja yang kita lakukan..perolehkan sesuatu PASTI ada pengorbanan...*ayat berulang ^_^

Dan saya, selepas 4 tahun...dengan rasminya mengarang dan menghantar surat perletakan jawatan...pada tanggal 14 September 2011.

Dan sekarang...ada lebihan dalam 10 hari bekerja lagi untuk menghabiskan saki baki bergembira bersama rakan sekerja.

Will miss them a lot!

As always when people who's leaving BC they will said, "..its all about people you are working with...." and YES! i will miss all those people yang saya sayang sangat-sangat! And for those yang dah meninggalkan BC lebih awal dari saya..i would like to say,"em following you guys!"

Ho-yeahh...!!

*ups. content yang sungguh takde kene mengena dengan tajuk entri. *dush!

Tuesday, September 20, 2011

With or without other half

Bile dah depan mata asyik nak bergaduh je...bile tak de rasa rindu....
Bile dah sentiasa jumpa, sume benda nya jadik salah... bile tak de susah rasanya...
Jadi bersyukur je lah dengan apa yang ada...Amin ya rabbal alamin..

Agak lama tinggal kan blog sendiri...busy dengan perihal keluarga hingga terlupa perihal blog. Alhamdulillah masih sihat rupanya. ^_^

Malangnya tuannya pula yg tak sihat.
Untuk wanita berkahwin, of course you know who is my other half.

He leave us for work for 3 days in short notice.

Walaupun 3 days tapi rasa macam 3 bulan. T_T

Dan waktu-waktu macam ni lah, umi demam..anak demam..umi demam balik..anak demam..anak batuk..umi sakit perut.. Haihhh...berpeluh-peluh menguruskan segala-galanya. Mujur ada ahli keluarga yang dapat membantu. Dengan badan yang baru nak sihat nih, terasa kurang tenaga nak menguruskan 2 org anak. Dengar anak dua-dua menangis, sampai tahap dah tak tahu nak buat apa. Apa yang saya tahu, air mata berlinangan dengan sendirinya.

Kenapa jadik macam ni eh? Malam tidur pun tak lena. Mimpi bukan-bukan. Fikir bukan-bukan.
Risaukan si dia di perantauan orang. Risaukan diri sendiri dan anak-anak.

Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah kami dari segala bencana buruk, kesusahan,kesukaran, kesulitan,kerumitan, kegelapan ya Allah. Amin~

Sangat penting untuk diambil kira bagi mereka yang sering out station meninggalkan keluarga diberi notis awal supaya yg bakal pergi dan bakal ditinggalkn boleh prepare phisicaly and mentality. Terasa susah bila short notice.

And today is the 2nd day without my other half. Handling to kids without any problem. Umi lebih tenang, so anak pun tenang. And rindu mula terasa. Si adik tak paham apa-apa. Si
abangnya pantang umi tinjau kat tingkap,"baba yeh umi? baba balik eh..?"
Tak saba nak tunggu hari khamis.

We miss you baba!

Friday, July 24, 2009

Kapal bahtera SAMUDERA A13K17

Sambil-sambil khusyuk buat kerja,

kepala ni mesti nak melayang-layang.



Apa yang difikirkan pun tak tahu.
Keluarga...
kerja..
peribadi...
.
.
Semuanya bercampur aduk dalam kepala nih.
Cuba mencari sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan. Tapi tak tahu nak cari kat mana.

Jangan salah sangka, bukannya ada masalah apa pun...sekali sekala cuma inginkan keseronokan. Sebab utamanya adalah,
  • terlalu letih dengan segala benda yang perlu diselesaikan,
  • terlalu letih dengan segala benda yangyang perlu dilaksanakan, dan
  • terlalu letih dengan segala benda yang yang perlu difikirkan.

Makin tahun semakin menghadapi kehidupan yang mencabar nampaknya nih. Bak kata orang dolu-dolu..bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Harap-harap betul lah kan...

gaya termenung di suatu petang...


Susah jugak nak melayari bahtera SAMUDERA A13K17. Tapi mampukah bahtera ni melawan segala arus laut, ombak, angin dihadapannya?? Hmmm.....

Friday, June 26, 2009

So much in my plate

Wahhhh..banyak nye makan......!!!!!

Hek! Jangan salah tafsir lah. Its all about my kerja at work lah. So much and too much! Hate this!
Logikkah jika seseorang diberikan banyak deadline within a days??? Tak patut kan? Eh tapi tak kan nak kerja goyang kaki kot..kan..kan..kan...?
Tapiiiii.. penatla weiiiiiii....

Macam ni lah...
PC ade satu
Keyboard satu
Monitor ade satu
Mouse satu
Badan ade satu
Tangan ade 2
Mata 2

So how you gonna expect me to do more???? How??

Fleksibiliti lah jawapannya....

Tetapi!

Bila kefleksibiliti kite digunakan sampai ke tahap maksimum.

......Tiiiiiiiiitttttttttt.....(Macam bunyi mesin ECG....)

"Ini sudah lebeyyy nih....."

Jadi belajarlah katakan "TIDAK!!".
Mmmmm...tapi...bolehke? Pandai-pandai je....

Beginilah monitor aku...Taskbar...FULL!

BOLEH KE???!!!!!

Tension betul......! Walaupun selalu je tension..tapi hari ini...di waktu ini...terasa teramat tension! Geram! Sakit hati!

Bolehkah kita namakan situasi ini situati lazim di tempat kerja. Kenapa orang susah nak memahami orang lain! Hish ke aku yang emosi nih???? Nak datang bulan dah ke??

Tapi kan....pada pendapat dan firasat sayalah kan....

Memang patut dalam Organizational Behaviour perlu ada satu perkara penting which is seorang pekerja perlu memahami pekerja lain.

Perlu tak?

Perlu ke?

PERLU LAHHHH!!!!! PENTINGGGGG!!!

Tapi orang kata kalau kita tak memahami orang lain. Susah orang nak memahami kita. ??? Tapi masalahnya diri ini selalu lah memahami perasaan dan situasi orang lain. Yang penting, "Tak suke push orang la..."

Tak kisah, orang atasan, orang bawahan, kalau nak request something tak boleh ke buat waktu bekerja? Eh, betullah kan? Tapi boleh kah di terima akal, jikalau kerja itu di request sewaktu kita sedang menutup windows satu persatu untuk persiapkan diri untuk pulang. Logik ke?? Memahami ke tak memahami tuh?? Masuk topik 'Memahami' ke? Ke 'Pemahaman'?

Orang atasan dapat arahan sangat urgent, kononla dalam masa seminggu. So diarahnya orang bawah dia urgent jugak, anggaran dalam masa 3 hari. Orang bawah dia tu, yang mengarahla orang bawahan dengan arahan yang tersangat-sangat urgent. "Saya nak bende ni esok!"
HAAHHHHH! Patut ke perkara begini berlaku?? Patutke? Tak patutkan? Tapi kenapa mesti berlaku? Kenapa?? Ada siapa-siapa nak jawab. Saya nak jawapan yang rasional sahaja.

*Mengeluh*

Mari renungkan nasib orang bawahan.....

Friday, February 6, 2009

All my "first time" in my life.....

This is what we called as a first timer... :D

Sebabnye...ini adalah "first time" aku nak cube menjadi blogger....cube menjadi seperti rakan2 blogger yang bergiat cergas.... dan jugak ini adalah "first time" aku nak cube mengarang ape yang bole dikarang in my own blog. And of course it must be something yang boleh dikongsi bersama.... and bukan utk orang ase meluat membacenye....

Bile cakap pasal "first time"....mcm2 "first time" had happen in my life... dr 2007...sampai la this year 2009...segala "first time" berlaku dgn sekelip mata... seolah2 petik jari je, tup2 sekarang perut aku tengah sarat bawa seorang lagi "org baru" yang insyaAllah akan lahir dalam beberapa minggu lagi.... harap-harap dengan rezeki yang diberi oleh DIA, akan permudahkan lagi hidup dan memurahkan lagi rezeki dan membahagiakan lagi hidup as a husband and wife yang actually belum cukup setahun pn lagi...

Mungkin Tuhan dah permudahkan perjalanan hidup aku...tapi bila dah macam ni...rasa takut pn ade...biasanye bile dah 'mudah' je semua mesti ade hikmah nye... Wallahualam....

Bayangkanlah...aku habis belajar...rehat dalam 3 bln...aku dah diberikan rezeki bekerja kat one of the company in KL yg dikirakan agak establish jugak la (lepas2 ni tak tau la kan)...kire mase tuh..belum convocation lagi..seperti yang dirancang selama ni..."aku nk kerja before aku convo....at least aku bole sponsor...or belanja family aku mkn2..dengan hasil titik peluh aku sendri..." kata aku dalam hati..mase tgh final year... kire nye...during my convocation tuh...segala hajat semuanya tercapai lah...mase itulah "first time" melangkahkan kaki amik scroll yg bertahun2 lamenye aku tunggu...mase tu jugaklah...aku belanja family aku mkn besar.....

Selang 3 bln lepas convocation...aku bertunang...dgn teman pilihan aku sendiri...family aku dah aturkan tarikh pertunangan aku dgn si dia... so mase tu lah..."first time" merasakan perasaan dirisik..dipinang secara rasmi.... bole tahan nervous jugak!

Dengan berkat restu keluarga..aku akan langsungkan perkahwinan pd hujung Mei 2008...setelah face segala susah payah utk buat persiapan...dgn erti kata lain...buat pertama kalinya...aku akan bergelar isteri..pada malam 24 Mei 2008...can't believe it! selalu nye...pegi tgk kenduri org...tgk org bersanding...tgk org bernikah... n skang...aku yg rasa sume tuh... mmg betul lah org kata... when the time is coming...kita akan hanya berserah je pada DIA... walaupn kite tau..kite tak berapa bersedia...tapi percayalah..kite hanya merancang...Tuhan yg menentukan...

Genap je sebulan...aku dah rasa perubahan dlm hidup aku..."first time" memegang tanggungjawab sebagai isteri... kalu dulu hidup bujang...tapi sekarang....kene set dlm mind...aku isteri orang... wahhhhh... perubahan semakin terasa...bile sesuatu yang tidak dirancang dan tidak diharapkan..telah kami terima... so for the "first time" lah aku pegi beli...'pregnancy test'...to do a home test urine....dan..............................

its positive.....?!!!!!! kami blur sekejap....tergamam....then tersenyum....
happy memang happy...tapi.... (tak tau ape yg di'tapi'kan...)

Mungkin sebab fikir...baru je habis kenduri... dah ade mision lain plak.... kalau dr awal tahun..mision aku nk selesaikan segala hal2 perkahwinan...tup2...habis je kenduri...datang lagik satu mision... bukanlah nak kata ini membebankan... cume agak berat rasanya tanggungjawab nih...ade org kata...itu terlalu awal...tak sempat nk bermadu asmara....tapi...ntah la.... itu pandangan org je...

Hoenstly, mule2 aku memang tak excited sangat....sbb mende nih sesuatu yang sgt tak dirancang.....tapi bile dah lame2...and aku cube memotivasikan diri... inilah yang dinamakan rezeki Tuhan bagi..... aku dah mule rase happy...rase excited.... tambah lagi..bile memikirkan yg ade kat dlm perut ni..adalah zuriat aku sendiri... dari minggu ke mggu follow perkembangan dia... rasa excited...happy..and bersyukur semakin bertambah2.... lebih2 lagi bile Tuhan dah tiupkan roh kepadanya..."first time" lah aku ase ade something bergerak kat dalam perut...wah...its moving!! perasaan happy nye tuh.. Tuhan je yang tau... so amazing......

And skarang...aku tgh menghitung hari.... utk "first time" bergelar seorang ibu.....
Unbelievable..... tapi benar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...