My mood recently

Friday, June 26, 2009

BOLEH KE???!!!!!

Tension betul......! Walaupun selalu je tension..tapi hari ini...di waktu ini...terasa teramat tension! Geram! Sakit hati!

Bolehkah kita namakan situasi ini situati lazim di tempat kerja. Kenapa orang susah nak memahami orang lain! Hish ke aku yang emosi nih???? Nak datang bulan dah ke??

Tapi kan....pada pendapat dan firasat sayalah kan....

Memang patut dalam Organizational Behaviour perlu ada satu perkara penting which is seorang pekerja perlu memahami pekerja lain.

Perlu tak?

Perlu ke?

PERLU LAHHHH!!!!! PENTINGGGGG!!!

Tapi orang kata kalau kita tak memahami orang lain. Susah orang nak memahami kita. ??? Tapi masalahnya diri ini selalu lah memahami perasaan dan situasi orang lain. Yang penting, "Tak suke push orang la..."

Tak kisah, orang atasan, orang bawahan, kalau nak request something tak boleh ke buat waktu bekerja? Eh, betullah kan? Tapi boleh kah di terima akal, jikalau kerja itu di request sewaktu kita sedang menutup windows satu persatu untuk persiapkan diri untuk pulang. Logik ke?? Memahami ke tak memahami tuh?? Masuk topik 'Memahami' ke? Ke 'Pemahaman'?

Orang atasan dapat arahan sangat urgent, kononla dalam masa seminggu. So diarahnya orang bawah dia urgent jugak, anggaran dalam masa 3 hari. Orang bawah dia tu, yang mengarahla orang bawahan dengan arahan yang tersangat-sangat urgent. "Saya nak bende ni esok!"
HAAHHHHH! Patut ke perkara begini berlaku?? Patutke? Tak patutkan? Tapi kenapa mesti berlaku? Kenapa?? Ada siapa-siapa nak jawab. Saya nak jawapan yang rasional sahaja.

*Mengeluh*

Mari renungkan nasib orang bawahan.....

No comments:

Post a Comment

Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...