Menjelang tahun baru ni memang macam-macam dalam hidup ni. Mula nak berseronok bersama keluarga nak untuk sambut Tahun baru. Tapi tak sangka dalam waktu yang singkat malang menimpa.
Bukan aku. Tapi 'cousin' aku.
Tak sangka seawal usia aku dia sudah bergelar 'balu'.
Semuanya berlaku begitu singkat. Kami sekeluarga menumpang sedih. Aku tak henti sedih melihat melihat dia dan anaknya. Apalah yang berada dalam hati dia. Nak bertanya takut sedih, tak bertanya, tapi itu saudara. Tak kan kita tak ambil berat.
Jumaat, 28 December 2012
Jam 3.30ptg.
Phone berdering tak henti.
"Hello"
"Kakcik, ada berita nak disampaikan ni"
"kenapa?" . Hati berdegup laju.
"Kak Ana, suami dia meninggal. Kami tengah bersiap nak bertolak ke KL"
Diam. "Ya Allah"
Beristighfar tak berenti. Air mata berlinang tak henti-henti.
Tak dapat nak sambung perbualan. Hanya mati disitu.
Terkenangkan cousin yang baru mendirikan rumahtangga Julai 2011.
Disinari pula dengan cahaya mata Mei 2012, Zaira Marissa yang baru berusia 8bulan.
Pedihnya rasa hati. Patutla kebelakangan ini, selalu rasa mata bergerak2. Perkara yang paling aku takut.
Sebab aku memang tahu ada perkara yang akan aku tangiskan.
Kemalangan yang menimpa pada jam 8.32 dipagi Jumaat, waktu pulang dari kerja shift malam. Disahkan meninggal jam 3petang di wad kecemasan Hospital Putrajaya. Cedera yang amat parah membuat keluarga arwah ingin kebumi pada hari yang sama jam 11mlm di Felda Tengi, Selangor. Rumah keluarga arwah. Al-Fatihah untuk beliau.
Nasib manusia, hanya DIA yang tahu. Yang tinggal harus teruskan hidup. Jadikan iktibar dan pengajaran untuk kita semua berhati-hati dalam apa jua yang kita lakukan.
Lagu yang memang sangat suka dengar...rupa-rupanya meninggalkan kesan mendalam pada cousin.
Arwah ade meninggalkan senikata lagu ini dalam 'Draft box' beliau untuk dihantar pada isteri beliau.
alahai..tak terbayang kalau jadi kat diri sendiri..
ReplyDeletep/s dayah, buang la word verification for comment tu..ssh nak komen..hehe
dah buang dh.... ^_^
Deletemmg tak terbyg kalu jadik kat diri sendiri...DIA tahu pada siapa DIA nak uji...moga kita sentiasa tabah dan kuat menghadapi dugaan yang mendatang...
#seriesly said, sedih sgt tgk ank dia yg baru pandai sebut "pa - pa!"