My mood recently
Thursday, May 26, 2011
Days with 2 Aliyy...
Tapi sekarang..dah rasa semakin malas nak mula kerja...
Ada lagi 6 minggu untuk bercuti-cuti dan berseronok dengan anak-anak dirumah.
Tak tahu kenapa. Walaupun 2 orang tapi tak sepenat masa anak seorang. Serius. Mungkin sebab bila selesai buat 'housework' dan duduk berehat dalam bilik bersama 2 orang anak, penat tu hilang serta merta.
Rutin harian:
Lepas subuh terus bangun mula bekerja.
Siapkan minuman suami sebelum pergi kerja.
Klu ade something untuk dimasak, mungkin akan masak.
At the same time prepare untuk masak 'lunch meals'.
Breakfast sama suami.
Suami dah pergi kerja. Kemas-kemas apa yang patut. Ready susu untuk Amsyar bangun pagi.
Naik atas. Siapkan si kecil. While siapkan Iyman, bagi Amsyar susu. Tidokan baby.
Turn abang Amsyar plak mandi. And last. Umi plak mandi. Settle.
Turun bawah mula memasak untuk makan tengahari sambil giving Amsyar breakfast.
Ngam-ngam sudah masak, Iyman bangun nak susu. Siap.
Umi and Amsyar plak makan tengahari. Siap.
Naik atas bawak Amsyar and Iyman tido.
Then akhirnya..umi dapat rehat... Sembahyang and layan drama Marimar ^_^
Begitulah setiap hari. Kalau ada kerja tambahan sapu ke..mop ke..basuh baju ke..lipat baju ke..waktu petanglah baru nak siapkan. Kalau boring, petang-petang pergi playground ke..shopping ke..
After a month, so far memang ok. Tak boring pun melayan kerenah anak-anak....
Rasa macam tak nak start kerja. How?
Friday, January 7, 2011
Buku baru…2011!!
Selamat Tahun Baru to all bloggers...
Saya nak buat kompilasi 2010 macam kawan saya tulis tapi masa sangat tak mengizinkan. Dan juga, macam tak muat nak letak dalam satu entri. Terlalu macam-macam. Apa yang penting, all in 2010 menjadi sudah menjadi kenangan and sejarah sebab now we are in 2011!!
Buat ape mase malam New Year?? Ye kami mulakan 1 .1.11 di rumah baru. So that nite kami dah pun di rumah baru. Upss ‘baru’ tuh bukan baru beli ye. Rumah sewa yang baru. Rezeki 'beli rumah' belum ada. Mari kite doa moga rezeki itu datang.
Banyak nak kongsi cerita, tapi macam tak tertulis. Saya akhiri tahun 2010 saya with a lots of fun, mencabar dan superb memenatkan.
So dah alang-alang tak mengkompilasikan 2010 punye cerita, saya terus up pada akhir tahun je lah ye. Konon macam nak menyambut New Year la neh…siap pindah rumah bagai. Hehe.
But for end 2010, I can said, ‘BYE BYE to Cheras’…bertahun lamenye jadi penghuni Cheras. InsyaAllah, kalau rezeki kami ada di Cheras, we will come back! (Chewah!)
Kami dapat rumah 2-storey linked house ni kawasan yang berposkodkan 43000 Seri Kembangan. Wahh, jadik orang Selangor sudah...
Jauh?? Ha part nih memang tak boleh lawan mase duduk Cheras. 2 kali ganda bezanya. Saya dan en.somi, kerja di city centre. Amsyar pun di KL juga. Desa Pandan. So for this month kami masih tercari-cari jalan yang sesuai untuk kami. Hari-hari ikut jalan pergi and balik kerja yang berlainan. Masih belum jumpa.
Rumah?? Not so bad. Letih melayan tangga nak turun naik sebab sebelum nih duduk rumah single storey je pun. Dan ruangan untuk housekeeping pun semakin bertambah. So kene amalkan konsep WonderPets… “Ape yang penting?!! K.E.R.J.A.S.A.M.A!!!”
Surrounding?? Mula-mula tuh agak scarry, sebab kedudukan rumah di lorong yg hujung dan jalan mati. Tapi sebab ada security services yang agak menjamin. So kuranglah sikit ‘takut’ tuh.
Sewa? Pun not bad. Memang standard range untuk kawasan situ. Tak kurang and tak mahal. Tapi preparation untuk deposit and pindah rumah. Kopak jugak lah. Habis duit bonus weihhh…
Ah-ha!
Broadband signal!! Ha yang ni penting. So far, okay la. Kami guna MAXIS. Signal masih okay, but still depends on location kami on broadband. Dalam bilik ke, dapur ke, hall atas ke, hall bawah ke. Masih monitoring progress. Lagi satu signal yang kami nak
Yang lain-lain semuanya okay lah.
Notes,
Penat yang amat. Tapi alhamdulillah baby dalam perut sihat wal’afiat. Sentiasa mohon agar DIA melindungi kandungan saya sepanjang saya pindah rumah. Betul-betul minta sedikit tenaga dalam badan untuk seminggu dua. Nanti umi rehat cukup-cukup ye nak...
Monday, October 11, 2010
Peminat setia HOTFM...
Hokeh lah..kesimpulannya hari-hari...tiap-tiap pagi memang rajinlah aku dengar AM Krew berceloteh. Kadang tergelak. Kadang tersedih. Kadang marah. (Eh, bukan marah pada DJ nye..marah pada pendapat pendengar lain). Aku? aku tak call pun. Selalunya aku akan hantar SMS. Tapi itu dulu sewaktu husband aku tak bekerja di KL. So aku akan drive bersama my lil son, sambil melayan HOTFM.
Ha nak jadi cerita, bila hari-hari drive sorang sorang rajin la menrespon isu-isu yang dibincangkan dalam radio itu. Competition? Tak penah cuba pun. Klu cube pun selalu tak dapat. Dan kebetulan. Kalau siapa-siapa yang memang follow radio HOTFM ni tau lah...'SAHUR BERSAMA FARAH DAN FAIZAL'...pertandingannya mudah je, SMS kan reason 'kenapa saya ingin bersahur bersama Farah dan Faizal'. Aku ter'miss waktu AM Krew. Kebetulan waktu HOTJAM, ade lagi. Sambil drive balik. Tit tot tit tot, jari ni dengan pantas tekan button 'SEND'. Handsfree memang tak penah lepas kalau time driving. Tibe dalam beberapa minit je. Phone aku berdering, nombor memang tak kenal.
"Hello...", jawab aku.
"Hello, ini Khidayah ke?"
"Ye saya."
"Ha Khidayah, awak telah memenangi Sahur bersama Farah & Faizal pada 21 Ogos nanti. Tahniah Khidayah"
Ohhh. Sungguh terkejut. Tak menyangka, yang aku baru lepas bercakap dengan Kiran.
So seperti yang dikatakan. MEmang aku dapat undangan ke Majlis Sahur bersama Farah & Faizal, turut diundang 5 lagi tetamu yg ingin dibawa. Huh. Pukul 3 pagi tuh nk kene bangun bersiap. Sesi makan bermula dari jam 4 pagi. Amsyar pun pelik. KEnapalah aku kene bangun pagi2 buta nih......
Owh lupe, aku turut dapat wang tunai RM100 tau! Heh, tapi takdela dapat masa the day itself. Kene tunggula. And finally last week on Wednesday, cheque RM100 dah selamat diterima.
Alhamdulillah. Amin.


