My mood recently

Monday, October 11, 2010

Peminat setia HOTFM...

Sebenarnya, takdelah begitu setia...bergantung pada lagu yang diperdengarkan...

Hokeh lah..kesimpulannya hari-hari...tiap-tiap pagi memang rajinlah aku dengar AM Krew berceloteh. Kadang tergelak. Kadang tersedih. Kadang marah. (Eh, bukan marah pada DJ nye..marah pada pendapat pendengar lain). Aku? aku tak call pun. Selalunya aku akan hantar SMS. Tapi itu dulu sewaktu husband aku tak bekerja di KL. So aku akan drive bersama my lil son, sambil melayan HOTFM.

Ha nak jadi cerita, bila hari-hari drive sorang sorang rajin la menrespon isu-isu yang dibincangkan dalam radio itu. Competition? Tak penah cuba pun. Klu cube pun selalu tak dapat. Dan kebetulan. Kalau siapa-siapa yang memang follow radio HOTFM ni tau lah...'SAHUR BERSAMA FARAH DAN FAIZAL'...pertandingannya mudah je, SMS kan reason 'kenapa saya ingin bersahur bersama Farah dan Faizal'. Aku ter'miss waktu AM Krew. Kebetulan waktu HOTJAM, ade lagi. Sambil drive balik. Tit tot tit tot, jari ni dengan pantas tekan button 'SEND'. Handsfree memang tak penah lepas kalau time driving. Tibe dalam beberapa minit je. Phone aku berdering, nombor memang tak kenal.

"Hello...", jawab aku.
"Hello, ini Khidayah ke?"
"Ye saya."
"Ha Khidayah, awak telah memenangi Sahur bersama Farah & Faizal pada 21 Ogos nanti. Tahniah Khidayah"

Ohhh. Sungguh terkejut. Tak menyangka, yang aku baru lepas bercakap dengan Kiran.

So seperti yang dikatakan. MEmang aku dapat undangan ke Majlis Sahur bersama Farah & Faizal, turut diundang 5 lagi tetamu yg ingin dibawa. Huh. Pukul 3 pagi tuh nk kene bangun bersiap. Sesi makan bermula dari jam 4 pagi. Amsyar pun pelik. KEnapalah aku kene bangun pagi2 buta nih......


Owh lupe, aku turut dapat wang tunai RM100 tau! Heh, tapi takdela dapat masa the day itself. Kene tunggula. And finally last week on Wednesday, cheque RM100 dah selamat diterima.

Alhamdulillah. Amin.
Can you see that?? Hehehe...

No comments:

Post a Comment

Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...