My mood recently

Tuesday, October 18, 2011

Am i ready??? # Season 2


Hah! kalau dulu 'Am i ready??' pasal lain..harini lain plak...

Kenapala mesti mengeluh. Hati berkata-kata.

Suka? Tak jugak. Sedih? Entah la. Excited? Tak jugak. Nervous? Ha! Mungkin. Tapi tak tahu sebab apa. 

Actually i can't believe that I will leave the place that i grow with ~ from fresh grad..married and now..been a mom of my 2 lovely kidy heroes. 

Kerja selama 4 tahun di BC bawa saya banyak pengalaman yang ditimba. 
Daripada kerja ber'team ke 'onemanship'. 
Daripada tak confident bertutur sehingga confident bertutur dalam English.

Ingat lagi masa mula-mula dapat job nih. I always told myself, this is might be the place that can i learnt more. And yes it is! Saya lembab English. Tapi sekarang takde la 'perfecto'. Cukup lah sekadar untuk developement diri sendiri. Self-confident that i gain in BC hope can bring me a brighter future in my life ever. 

Kawan-kawan yang akan dirindui. Hilau tawa usik mengusik rakan-rakan sekerja tak mungkin saya akan lupakan. 

Few words from my colleagues, "She is sitting is VEeery at the end of the office. Silent. Quite. But she is very hardworking doing her job. She always taking the task even it is a tight deadline without any angry and bubbling."

"And will miss her with her charm dimples."

So terharu tau.

Simple farewell for me did on 17 October 2011. Without knowing their plan. And very late notice. Speech saya pun tak seberapa. The whole office gather together, hearing the speech from the leaver. That's BC culture when someone is leaving. 

Nak tak nak. Memang kene bagi speech. Darah gemuruh macam biasalah. Speech dalam English dengan spontan is my weaknesses. But belive me with all your confident, you can do it! 

Haih. Ape menyimpang merepek meraban nih. 

I nak tau ape yg 'Am i ready?' tuh.

It is actually, am i ready to the new and lots of changes?

Jangan tak tahu. Saya dah biasa with the flexible working hours. Saya dah biasa juga dengan easy tolerate with the bosses. Saya juga dah biasa dengan flexibility, diversity and equal opportunity di BC. 

And start from 1 November 2011. 
Saya akan bertukar ke dunia 'Perbankan'. Tapi bukan la bankers. As you know la kan with the fix working hours. 

And yang paling best dan sempat saya tanya dengan HR baru.

"Sini ade dress code policy ke?"

"Ade!Baju kurung or yang seangkatan dengannya. Jangan ketat, singkat or jarang. Baju dan seluar boleh. Sama jugak jangan ketat sendat dan singkat."

"Huh, wajib tahu nih! Terima kasih!"

Dalam hati. Habis la. kene review balik semua dalam wadrobe. Tapi? Ke kene beli sebab takda baju yang sepatutnya. Sigh*

Tak tahulah dah bersedia ke belum nak terima environment baru. Apepun yang berlaku. Saya tetap kene hadapinya kan~

By the way, thanks sangat-sangat pada kawan-kawan pejabat. Saya suke sangat hadiah tuh! 



* saya budak masih belajar, kalau salah tolong tunjukkan, kalau anda bijak dan pandai, English yang tak betul tuh, tolonglah betul-betulkan saya ^_^ (pantun berterabur)

Friday, October 7, 2011

Aku Permata

Saya tak boleh berhenti menyanyi lagu ni. Seharian semalam saya mencari dengan tak tahu siapa yang nyanyi, dan tak tahu tajuk lagu. Yang saya tahu, "walau". Satu perkataan dalam lirik lagu tuh. Tapi saya tahu macamana nk humming lagu nih! Cemane nak google??!!

At last buat muka tebal, "baba, dengar ni orang nak nyanyi! Hmmmmmm.... Ha?! lagu sape nih?" "Laaaa...awak fan die pun awak tak ingat?! Salma mentor tu la!"

Alahai. Cemana boleh tak perasan.

So here you go! Lagu yang terngiang-ngiang dicorong telinga saya nih. Walaupun dah agak ketinggalan, but i still want to say, "i love thing song!"

Lirik yang hebat. About diri sendiri. Yes! Ia seperti hati saya yang sedang menyanyi-nyanyikan lagu ni.
"Waaalaaaaaaaaaau tiada tangan menghulur..Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula...Tuuuuuhaaaaaaaan, hanya engkau mengerti...Perjalanan hidup seorang insan"

Jom layan....

Aku permata | Sing by Salma Mentor5 | Taja's song

Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yg terjadi ada hikmah sebaliknya
Kuberanikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Chorus:
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

*Ulang Chorus

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar

Thursday, October 6, 2011

Silaturrahim

Mungkin pelik dengan topik hari ini.

Tiba-tiba hati terdetik nak mengeluarkan topik ini.
Seperti biasa sebelum memulakan topik, haruslah dikaji dulu sebelum berbicara panjang lebar.

Kenapa tiba-tiba?
Entahlah. Memikirkan keluarga sendiri. Terpanggillah jari-jemari ini untuk mengarang seperenggang dua berkenaannya.

Adik beradik 5 orang. Tinggal yang bongsu masih di menara gading menyambung cita-cita untuk segulung ijazah sarzana muda.

Hmm. Bermakna. 4 orang dah kawin. Besar sudah keluarga saya. Saya anak ke-4. Anak yang kedua bongsu. Biasanya lebih sensitif.

Kalau diingatkan kembali, waktu kecil. Semua bermain riang bersama-sama. Berkongsi cerita suka dan duka.

Tapi.

Bila berumahtangga, kenapa ada yang antaranya menjadikan itu sebagai border atau dengan erti kata lain, halangan. Atau mungkin penyebab kita tak boleh riang ria bersama-sama lagi. Susah untuk berkumpul. Berjumpa.

Banyak komitmen. Sibuk dengan keluarga. Banyak urusan. Siapkan kerja-kerja rumah. Itulah alasannya.

Hanya Facebook penyambung silaturrahim zaman kini. Kalah telefon bimbit yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk menghubungkan silaturrahim ni. Walau duduk sekangkang kera.
Kadang tuh, sampai sebulan tak dengar berita. Tahu-tahu tiada di dalam negara. Sedang di luar kawasan. Sakit. Bercuti. Balik kampung.

Kenapa ye. Perlu ke berahsia dengan perkara-perkara begini. Perlu ke tidak cerita sesama adik beradik. Is that a problem?

Lebih-lebih lagi, pabila keluarga adik beradik itu sendiri semakin besar. Bertambahnya menantu dan cucu cicit segala. Dan semuanya semakin 'buat hal sendiri'. Kenapa perkara macam ni terjadi?

Tak sefahaman ke? Tak ingat lagi ke?

Sedih.

Sedih akan hubungan itu seolah-olah tidak wujud. Semakin berumur semakin renggang.

Tapi.

Tahukah anda betapa indahnya silaturrahim adik-beradik itu.

Cuba renungkan istilahnya.
Silaturrahim ( صِلَةُ الرَّحِمِ ) terdiri dari dua perkataan, iaitu Silat ( صِلَةٌ ) : Hubungan, danRahim ( الرَّحِمُ ) : Kasih sayang atau rahim. Jadi menurut bahasa Siaturrahim bermakna : Hubungan kasih sayang atau hubungan antara keturunan dari rahim yang sama.
(Sumber dari sini)

Subhanallah. Indahkan. Hubunga dari keturunan rahim yang sama. Berkongsi rumah yang sama sebelum melihat dunia.

Jadi mengapa ia perlu direnggangkan atau diputuskan (jauhkanlah).


Silaturrahim KHAS


Silaturrahim AM

dan semua umat Islam...

Tuesday, October 4, 2011

WANITA itu ISTIMEWA

Sumber dari FB, forwarded email dan sebagainya.

Ianya buat saya tertarik. Dan ingin memakukannya didalam blog buruk ini.

Baca dan renungkanlah wahai insan yang bergelar lelaki.....

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:
Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Tangisan sedih kerna ditinggalkan.
Tangisan pilu kerana meninggalkan
Tangisah kecewa kerana dilukakan.
Tangisan hampa kerana dilupakan.
Tangisan gembira kerana kejayaan.
Tangisan wanita penuh makna.
Tangisan untuk insan yang tersayang.

* T_T

Monday, October 3, 2011

I'm leavin' on a jet plane..

....Don't know when I'll be back again....Oh babe, I hate to go...

...All my bags are packed I'm ready to go...I'm standin' here outside your the door..I hate to wake call you up to say goodbye...

lalalala.....lalalala...*tak hafal lirik ye.

*sigh

Lagu dimodify sesedap rasa.
Bukan nak terbang ke mana-mana.
Tapi meninggalkan warga ofis kesayangan hamba.
..untuk tawaran diluar sana.

Tak tahu apa yang dikejarkan...
Tak tahu apa yang dicarikan...
Tak tahu apa yang cuba dilakukan...
Dan tak tahu apa yang dinantikan...

Bukan duit yang dicari..
Bukan waktu yang dinanti..
Bukan keselesaan yang difikiri...

Tapi..
Dunia yang penuh dengan pasang surut lautan.
Bumi yang penuh dengan keindahan dan kesuraman.
Hidup yang penuh dugaan dan cabaran..

Dan dengan segala-galanya..
Menjadikan saya...
Untuk menyahut cabaran yang datang..
Mengambil kesempatan yang tiba...
Menyambut peluang yang bertimpa...
Demi keluarga tercinta...

Haish...bersajak pulak on Monday blues nih! *gile!

Tapi bak kata orang, ingin kan sesuatu sentiasa ada pengorbanan kan...and IT IS actually..
Cuba kaji apa saja yang kita buat...apa saja yang kita lakukan..perolehkan sesuatu PASTI ada pengorbanan...*ayat berulang ^_^

Dan saya, selepas 4 tahun...dengan rasminya mengarang dan menghantar surat perletakan jawatan...pada tanggal 14 September 2011.

Dan sekarang...ada lebihan dalam 10 hari bekerja lagi untuk menghabiskan saki baki bergembira bersama rakan sekerja.

Will miss them a lot!

As always when people who's leaving BC they will said, "..its all about people you are working with...." and YES! i will miss all those people yang saya sayang sangat-sangat! And for those yang dah meninggalkan BC lebih awal dari saya..i would like to say,"em following you guys!"

Ho-yeahh...!!

*ups. content yang sungguh takde kene mengena dengan tajuk entri. *dush!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...