Mungkin pelik dengan topik hari ini.
Tiba-tiba hati terdetik nak mengeluarkan topik ini.
Seperti biasa sebelum memulakan topik, haruslah dikaji dulu sebelum berbicara panjang lebar.
Kenapa tiba-tiba?
Entahlah. Memikirkan keluarga sendiri. Terpanggillah jari-jemari ini untuk mengarang seperenggang dua berkenaannya.
Adik beradik 5 orang. Tinggal yang bongsu masih di menara gading menyambung cita-cita untuk segulung ijazah sarzana muda.
Hmm. Bermakna. 4 orang dah kawin. Besar sudah keluarga saya. Saya anak ke-4. Anak yang kedua bongsu. Biasanya lebih sensitif.
Kalau diingatkan kembali, waktu kecil. Semua bermain riang bersama-sama. Berkongsi cerita suka dan duka.
Tapi.
Bila berumahtangga, kenapa ada yang antaranya menjadikan itu sebagai border atau dengan erti kata lain, halangan. Atau mungkin penyebab kita tak boleh riang ria bersama-sama lagi. Susah untuk berkumpul. Berjumpa.

Banyak komitmen. Sibuk dengan keluarga. Banyak urusan. Siapkan kerja-kerja rumah. Itulah alasannya.
Hanya Facebook penyambung silaturrahim zaman kini. Kalah telefon bimbit yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk menghubungkan silaturrahim ni. Walau duduk sekangkang kera.
Kadang tuh, sampai sebulan tak dengar berita. Tahu-tahu tiada di dalam negara. Sedang di luar kawasan. Sakit. Bercuti. Balik kampung.
Kenapa ye. Perlu ke berahsia dengan perkara-perkara begini. Perlu ke tidak cerita sesama adik beradik. Is that a problem?
Lebih-lebih lagi, pabila keluarga adik beradik itu sendiri semakin besar. Bertambahnya menantu dan cucu cicit segala. Dan semuanya semakin 'buat hal sendiri'. Kenapa perkara macam ni terjadi?
Tak sefahaman ke? Tak ingat lagi ke?
Sedih.
Sedih akan hubungan itu seolah-olah tidak wujud. Semakin berumur semakin renggang.
Tapi.
Tahukah anda betapa indahnya silaturrahim adik-beradik itu.
Cuba renungkan istilahnya.
Silaturrahim ( صِلَةُ الرَّحِمِ ) terdiri dari dua perkataan, iaitu Silat ( صِلَةٌ ) : Hubungan, danRahim ( الرَّحِمُ ) : Kasih sayang atau rahim. Jadi menurut bahasa Siaturrahim bermakna : Hubungan kasih sayang atau hubungan antara keturunan dari rahim yang sama.

(Sumber dari sini)
Subhanallah. Indahkan. Hubunga dari keturunan rahim yang sama. Berkongsi rumah yang sama sebelum melihat dunia.
Subhanallah. Indahkan. Hubunga dari keturunan rahim yang sama. Berkongsi rumah yang sama sebelum melihat dunia.
Jadi mengapa ia perlu direnggangkan atau diputuskan (jauhkanlah).
Silaturrahim AM
dan semua umat Islam...
Nice info untuk tips mengeratkan silaturrahim keluarga.
No comments:
Post a Comment
Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...