My mood recently

Tuesday, October 4, 2011

WANITA itu ISTIMEWA

Sumber dari FB, forwarded email dan sebagainya.

Ianya buat saya tertarik. Dan ingin memakukannya didalam blog buruk ini.

Baca dan renungkanlah wahai insan yang bergelar lelaki.....

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:
Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Tangisan sedih kerna ditinggalkan.
Tangisan pilu kerana meninggalkan
Tangisah kecewa kerana dilukakan.
Tangisan hampa kerana dilupakan.
Tangisan gembira kerana kejayaan.
Tangisan wanita penuh makna.
Tangisan untuk insan yang tersayang.

* T_T

No comments:

Post a Comment

Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...