Ceasarean Section, is a surgical procedure in which one or more incisions are made through a mother's abdomen (laparotomy) and uterus (hysterotomy) to deliver one or more babies, or, rarely, to remove a dead fetus. A late-term abortion using Caesarean section procedures is termed a hysterotomy abortion and is very rarely performed. Click here for more information - http://en.wikipedia.org/wiki/
Hah, panjang lebar aku explain.
Okeh.
Saya bukan nak explain sebenarnya. Saya nak share my experience for all mommy to be yang maybe ingin tahu. Or tak nak tahu pun tak pe. Saya tak kisah.
Yes, this was happen during my 1st baby. Walaupun tak minta, tapi mase dah sarat...entah kenapa hati ni asyik berkata, "i will having a ceasarean".
Semuanya dari ketentuan DIA. Ibu nak saya bersalin normal. Tapi TAKDIR. Saya 'ceasarean'. Kenapa? Sebabnya baby sudah kekurangan oksigen. Dan kemungkinan besar baby dah terbelit tali pusat. Tu lah, ibu kata aktif sangat...tak tentu arah baby dalam perut. Heh, semuanya pun kebetulan~
Nak cerita kejadiannya bagaimana, buat ngeri je kan. Tapi seingat saya, diwaktu kecemasan didalam OT(Operation Theater) everything berlaku dengan pantas. Aku yang dah terasa sakit dengan bukaan 8cm waktu tuh, perasaan berdebar-debar dah takde walaupun sudah sememangnya tahu perut akan dibelah taklama lagi. Hajat bonda pada Prof Hashim, "Buatlah yang terbaik untuk anak saya doktor". Maka Doktor cuba juga suruh saya teran walaupun sume orang tahu memang takkan berhasil dengan cara itu. Peralatan 'Vacuum' pun dah 'ready'. Konon nak cuba jalan normal. Tapi 'epidural' yang dah mengalir ke dalam badan buat aku takde tenaga nak 'push!'. Masuk kali ketiga. "Takpe Khidayah, stop pushing. Will do other procedure".
Semua kelengkapan untuk C-section di'set up' dengan pantas. Tangan husband disebelah kanan memang tak dilepaskan langsung! Bukan takut, but i need him and i feel so dizzy mungkin kesan 'epidural'. Semua dah 'set up'. Bersedialah. Tawakal. Doa. Hanya padaMU aku berserah.
Mata aku melilau di dalam OT, seperti tak tahu nak pandang mana. Pandang atas mungkin yang terbaik. TAPI, OHH TAK NAK!!
Elok je mata aku pandang ke arah lampu, pantulan aluminium di lampu dalam OT menampakkan apa yang mereka sedang buat kat perut aku.
AAA, TAKNAK TENGOK!!! Masa tuh mereka baru siap melakar, and Prof Hashim (my gyne doctor) tengah nak mem'belah'. Dan dengan terangnya saya nampak pisau atas perut saya!! OHHH..Tidak!
Saya tak tahu apa jadik lepas tuh. Bukan tido, tapi mendiamkan diri sambil menunggu ~
"Khidayah, semua dah selamat ye. Awak dapat anak lelaki", kata Prof Hashim. Aku blur. No feelings at all. Takde langsung tangisan baby. Ya, mungkin sebab itulah yang mereka cuba selamatkan sebelum terlambat. Baby blue. Kekurangan oksigen, doctor said.
Perasaan saya? Ntah la. Semasa mereka tengah seronok peghosok perut aku, tertunggu-tunggu jugak saat-saat bile baby nak keluar. Tapi tak tau bile. Tak dapat nak agak. Cume berkata dalam hati jek. Ye. Mungkin ketika 'itu'. Aku terasa, seolah-olah perut aku ni adalah sebuah beg besar yang sarat dengan baju. Dan dia sedang menarik-narik keluar jaket tebal dari dalam beg yang kononnya berada di lipatan paling bawah. Ha! Macam tulah perasaannya tau. cuba bayangkan ~
Baby dihantar ke bilik khas untuk moniter, begitu juga aku. Dalam 1 jam, aku kat situ. No one else. Husband dah keluar dari OT. Hanya ada 1 orang nurse je teman. Tak tau nak buat ape. Terasa seperti mayat hidup. Tak boleh bergerak tak boleh buat apa-apa. Mata tak boleh tidur. Sebab? HAUS yang amat! Dari pukul 8pg sampai lah pukul 3ptg, aku hanya dapat minum seteguk air masa dalam labour room. Huh!
And finally, after entah berapa kali diorang transfer katil. Last, tiba jugalah didalam wad. Nampak ibu and ayah, rasa nak nangis pun ada. Ibu dah siap buatkan air horlick. Ohh, you're really wonderful ibu. ~
Selesai part bersalin.
Tapi kalau nak tahu, masa diorang nak transfer katil, seriesly rasa macam mayat hidup.
Angkat - letak - tarik.
Angkat - takdelah tinggi-tinggi, sekadar untuk beralih katil yang dah siap dengan alas yang baru.
Then, Letak - atas lapik papan yang dah siap beralas segala, then...
Tarik - ke katil baru. seretkan je...cuz atas papap lapik tuh dah ada alas.Mudah.
And somemore, katil masa dalam OT muat-muat badan kite jek. Terasa nak jatuh pun ade. Tapi maybe nak memudahkan operation process kot. Kang katil besau kang jenuh plak ek.
No comments:
Post a Comment
Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...