My mood recently

Monday, December 20, 2010

Saya Suka!

Holaaa...

Wahhh semangat saya nak masukkan entry harini walaupun penats!

Sebenarnya more nak share my 'suka!'

Nothing special...tapi saya merasakan betapa DIA Maha Mengetahui isi hati dan kehendak saya dan DIA makbulkan. Aminn...syukur~

Actually, since few months ago..klu jalan-jalan pantang nampak ada 'baby sales' ke..kedai baby ke... memang saya akan terjah walaupun tak sempat.

Last time, mase Expo kat Midvalley...walaupun kene balik Johor. Ingatkan dah keciwa tak dapat pergi. At last berjaya jugak pergi, walaupun hubby dah buat muka 'WHATT!!??'. Sebabnya kami baru je sampai KL. Masa tuh dah pukul 7pm ye. Expo tutup pukul 10pm. So sempat la kan nak terjah Midvalley. But not much yang saya beli. Maybe mase tuh cam tak banyak choice tuk saya dan tak fikir apa-apa nak beli for baby. So banyak beli barang untuk Amsyar.

For my coming 2nd baby nih, not much la nak kene prepare. Tapi target saya nak beli 'baby cot'. Ye, memang saya tak beli pun masa Amsyar ritu. Sebab fikir cam alwiz duk sekatil. Hehehe...so bile dah masuk 2nd baby. 'Baby cot' dah jadik keperluan gak la. But the problem is, i'm looking for 4 in 1 baby cot. That means, baby or Amsyar boleh gune. Tapi, so far yang kami jumpa semuanya ribu riban atau pun memang more than RM700.

Finally, semalam memang rezeki saya. Mungkin. Semalam kami baru balik bercuti di Bukit Merah. And dalam kepala ni dah sememangnya ingat ada 'bunting' tunjuk clearance baby sales kat Taman Connaught 17 - 19 Dec. Dapat ke nak pergi nih. Luckily, sampai KL 6.30pm, "baba...ape kata kita singgah kat baby sales tuh. Sempat lagi kot", umi bersuara. Tanpa membantah kami pergilah terjah sales tuh. Not big. And somemore tak ramai yang tahu, so memang tak crowded.

Tapi yang best. Ade baby cot sales!!! Saya suke.
50% less, mau tak terjojol bijik mata tengok.

Mula tuh macam tak jadik, memikirkan financial yang tak seberapa. So saya shopping sikit-sikit jek.

All above cost me RM60
With natural color

Ni antara yang saye suke.. RM10 jek

Ha yang ni RM40 jek tau...

Hati tak puas. Pusing punya pusing. Sekali jumpa, RM 380.
Baba pergi panggil salesgirl.

"Ye puan, this is 4 in 1 baby cot. Up to 5yrs old boleh gune. And i give you RM350".

AH-HA!!

Mata ku bersinar. Mungkin ni rezeki aku kot. Hehehe. Fikir punya fikir.

And..

"Oklah, saya angkat ini!"

Yeayyy..saya dah berjaya beli 'baby cot' itu! Dah boleh train Amsyar tidur asing. But not now. After new year la..hehehe azam baru. :P

Gambar baby cot takde, sebab nak pindah. So nanti dah masuk rumah baru, saya kasik tunjuk ye.

Tuesday, December 14, 2010

Pernahkah anda...

Ye..pernahkah anda rasa haus sampai tahap nak nangis. T_T

Saya bukan cakap main-main. Ini realiti. Tolonglah saya. T_T

Mungkin ini ujian DIA bagi pada saya... T_T

Walaupun nampak berat...tapi...tak tertanggung rasanya...apa yang DIA cuba sampaikan nih???

Saya sekarang sudah 22minggu mengandungkan anak kedua saya. Kalau nak dibandingkan anak pertama. Masalah pemilihan makanan, minum, tiada masalah. Tapi sekarang. Saya memang bermasalah besar dengan pemilihan air. Saya tak lalu minum air masak. Air suam. Air panas. Air kopi. Air horlick. Air susu. Semua memang tak lalu. Segala macam jenis air saya dah cuba. Ada jugak sesetengah air yang saya nak cuba tapi tak berani. Sebab saya dah tahu akibatnya. Saya tak boleh minum air manis. Tapi tak boleh pula minum air masak. Apa saya nak buat nih...

Ya Allah...berilah aku kekuatan dalam menghadapi segala dugaan yang Engkau berikan... Aminn...

Monday, December 13, 2010

Hari ini 'HARI LAHIR' suami saya yang ke...32 tahun...hehehe

...sambungan dari entri siang tadi.... saya nak kongsi ape yang saya buat untuk SI DIA....

dari awal bulan..masuk ke awal minggu lepas..terfikir-fikir nak buat ape...walaupun penat..tak larat and demam..saya berserah padanNYA..mungkin dengan izinNYA..ada lah sesuatu saya boleh buat untuk die... tanda kasih saya pada dia...tanda sayang saya pada dia...tanda terima kasih saya pada dia..kerana sudi menjadi teman hidup saya dunia akhirat...melayan kerenah saya....mengikut kehendak saya...mengikut rentak saya...dan berubah untuk saya... terima kasih
'abang'

tada...!!!
kek kecik pelengkap hari,
last minute jumpe wallet!
buat ganti wallet baba yg dah 3 tahun baba guna...since kite kawen...

tgk tuh..dan dan tukar...
suke tak??!

eh eh...yang ni pun ade... tgk tuh...dah nak hancur kad kahwin kite...

sekian....

tapi..penambah cerita...
masa fetch Amsyar dekat taska..badan Amsyar panas...die tibe-tibe demam..sian die...

Ada apa dengan TARIKH 13 December???

Its begin with 2004, 13 December was nothing for me... because .....

2005... 13 December is 'MUST REMEMBER' date..because..mase mula-mula nk celebrate this date..saya asyik terkonpius dengan 12 December... Belum immune lagi date ni dengan saya..

2006... saya tak ingat apa saya buat on 13 December..puas saya korek-korek dalam kotak ingatan saya...tak jumpe..dan finally, saya teringat!! Ah-ha..patutla tak ingat..memang takde apa-apa hanya ucapan yang diposkan dari Johor ke Penang.

2007...YES! saya ingat! 13 Decemeber...masa tuh Friday.. And saya nak balas jasa baik dia sebab bile 'HARI' saya die selalu bagi saya macam-macam~
So we had a great suprised dinner with a special gift. Hope he loved it! Susah payah saya mencarik something yang sesuai dengan die.

2008...wajib ingat 13 December...mane boleh lupe! hari-hari tido sebelah...
tapi 13 December 2008..kami pergi short holiday! best kan! PErgi Kota Bahru, kononnye nak attend wedding close friend. Tapi dah alang-alang ke sana, kami holiday sekali la.. for 2D 1N je pun naik Air Asia. Kenapa?? Saya tengah sarat mengandung 7 bulan! GOSH! hahaha.. Very exciting moment ~

2009...13 December dah sentiasa diingati. Always in my mind. Tak salah lagi. Nothing special. Celebrate bisik kat telinga jew. Hehehe...but OF COURSE! with the great present lah! Al-maklumlah, mase tuh ade duit lebih. Eh- lupe. Mestilah special. Celebrate with our 1st kid!

2010... hehehe...hari ni le... 13 December 2010.
Plan belum ade.
Present belum ade.
Kek pun belum ada.

Yang ada.
our 1st kid and...becoming 2nd baby dalam perut saya!

Happy birthday to you ~
Happy BirTHDay 2 YOUUUUUU ~
Happy bIRThDaY to baba....
Happy BIRTHDAY to YoUUUUU....

what's going to be happen today??? hehehe..TUNGGU~

Itu dia...umur die 32 tahun...uppss..! (yang lelaki ye ~)

Thursday, December 2, 2010

Having a C-section when you gave birth?

Yup, C-section.

Ceasarean Section, is a surgical procedure in which one or more incisions are made through a mother's abdomen (laparotomy) and uterus (hysterotomy) to deliver one or more babies, or, rarely, to remove a dead fetus. A late-term abortion using Caesarean section procedures is termed a hysterotomy abortion and is very rarely performed. Click here for more information - http://en.wikipedia.org/wiki/Caesarean_section

Hah, panjang lebar aku explain.
Okeh.

Saya bukan nak explain sebenarnya. Saya nak share my experience for all mommy to be yang maybe ingin tahu. Or tak nak tahu pun tak pe. Saya tak kisah.

Yes, this was happen during my 1st baby. Walaupun tak minta, tapi mase dah sarat...entah kenapa hati ni asyik berkata, "i will having a ceasarean".

Semuanya dari ketentuan DIA. Ibu nak saya bersalin normal. Tapi TAKDIR. Saya 'ceasarean'. Kenapa? Sebabnya baby sudah kekurangan oksigen. Dan kemungkinan besar baby dah terbelit tali pusat. Tu lah, ibu kata aktif sangat...tak tentu arah baby dalam perut. Heh, semuanya pun kebetulan~

Nak cerita kejadiannya bagaimana, buat ngeri je kan. Tapi seingat saya, diwaktu kecemasan didalam OT(Operation Theater) everything berlaku dengan pantas. Aku yang dah terasa sakit dengan bukaan 8cm waktu tuh, perasaan berdebar-debar dah takde walaupun sudah sememangnya tahu perut akan dibelah taklama lagi. Hajat bonda pada Prof Hashim, "Buatlah yang terbaik untuk anak saya doktor". Maka Doktor cuba juga suruh saya teran walaupun sume orang tahu memang takkan berhasil dengan cara itu. Peralatan 'Vacuum' pun dah 'ready'. Konon nak cuba jalan normal. Tapi 'epidural' yang dah mengalir ke dalam badan buat aku takde tenaga nak 'push!'. Masuk kali ketiga. "Takpe Khidayah, stop pushing. Will do other procedure".

Semua kelengkapan untuk C-section di'set up' dengan pantas. Tangan husband disebelah kanan memang tak dilepaskan langsung! Bukan takut, but i need him and i feel so dizzy mungkin kesan 'epidural'. Semua dah 'set up'. Bersedialah. Tawakal. Doa. Hanya padaMU aku berserah.

Mata aku melilau di dalam OT, seperti tak tahu nak pandang mana. Pandang atas mungkin yang terbaik. TAPI, OHH TAK NAK!!
Elok je mata aku pandang ke arah lampu, pantulan aluminium di lampu dalam OT menampakkan apa yang mereka sedang buat kat perut aku.

credit from Google images:
cube tengok lampu syiling kat dalam OT tuh

AAA, TAKNAK TENGOK!!! Masa tuh mereka baru siap melakar, and Prof Hashim (my gyne doctor) tengah nak mem'belah'. Dan dengan terangnya saya nampak pisau atas perut saya!! OHHH..Tidak!

Saya tak tahu apa jadik lepas tuh. Bukan tido, tapi mendiamkan diri sambil menunggu ~

"Khidayah, semua dah selamat ye. Awak dapat anak lelaki", kata Prof Hashim. Aku blur. No feelings at all. Takde langsung tangisan baby. Ya, mungkin sebab itulah yang mereka cuba selamatkan sebelum terlambat. Baby blue. Kekurangan oksigen, doctor said.

Perasaan saya? Ntah la. Semasa mereka tengah seronok peghosok perut aku, tertunggu-tunggu jugak saat-saat bile baby nak keluar. Tapi tak tau bile. Tak dapat nak agak. Cume berkata dalam hati jek. Ye. Mungkin ketika 'itu'. Aku terasa, seolah-olah perut aku ni adalah sebuah beg besar yang sarat dengan baju. Dan dia sedang menarik-narik keluar jaket tebal dari dalam beg yang kononnya berada di lipatan paling bawah. Ha! Macam tulah perasaannya tau. cuba bayangkan ~

Baby dihantar ke bilik khas untuk moniter, begitu juga aku. Dalam 1 jam, aku kat situ. No one else. Husband dah keluar dari OT. Hanya ada 1 orang nurse je teman. Tak tau nak buat ape. Terasa seperti mayat hidup. Tak boleh bergerak tak boleh buat apa-apa. Mata tak boleh tidur. Sebab? HAUS yang amat! Dari pukul 8pg sampai lah pukul 3ptg, aku hanya dapat minum seteguk air masa dalam labour room. Huh!

And finally, after entah berapa kali diorang transfer katil. Last, tiba jugalah didalam wad. Nampak ibu and ayah, rasa nak nangis pun ada. Ibu dah siap buatkan air horlick. Ohh, you're really wonderful ibu. ~

Selesai part bersalin.

Tapi kalau nak tahu, masa diorang nak transfer katil, seriesly rasa macam mayat hidup.

Angkat - letak - tarik.

Angkat - takdelah tinggi-tinggi, sekadar untuk beralih katil yang dah siap dengan alas yang baru.
Then, Letak - atas lapik papan yang dah siap beralas segala, then...
Tarik - ke katil baru. seretkan je...cuz atas papap lapik tuh dah ada alas.Mudah.
And somemore, katil masa dalam OT muat-muat badan kite jek. Terasa nak jatuh pun ade. Tapi maybe nak memudahkan operation process kot. Kang katil besau kang jenuh plak ek.

3rd day in hospital..with little Amsyar~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...