My mood recently

Tuesday, October 19, 2010

Yang baru disanjung-sanjung, yang lama ditinggalkan..

Patut ke??? tak patut..tak patut... sape yang suke buat macam ni memang jahat.. huhuhu..sampai hati!

But in term of technology macam mana pulak??? HAAAAAA! Ade sapa nak jawab tak?

Ntah macam mana...hari ni, saya teringatkan zaman belajar dulu. Dulu-dulu, bukan main aktif lagi akaun Friendster! Itu lah, ini lah...semuanya Friendster. Sedar tak sedar, semuanya dah luput dek zaman (walaupun ase belum berzaman lagi). Aku cube masuk akaun Friendster aku, huh. Last update was 2009! Kira takdelah lama sangat. Cume dah ditinggalkan dan dilupakan. Kesian dia. Katanya, Friendster ni pun dah dibeli oleh salah satu syarikat dr Malaysia. Betul ke? Aku pun tak pasti. Theme Friendster pun dah tukar kaler hijau. Hmmm...sungguh ditinggalkan.

Ape yang baru, Facebook jugak menjadi pilihan ramai untuk berkomunikasi. Semakin rancak digunakan!

Sungguh cepat teknologi sekarangkan...

Tiba-tiba, aku teringat conversation mase berbuka puasa sama kawan-kawan sekolah baru baru haritu.

Nik: Weh kenapa tak create even kat FB. Ni last minute betau, semua orang kalut nak decide.
(Majlis berbuka ni, telah dirancang last minute. Ramai yang nak join. Tapi ade yang tak tahu. Invite yang mane dapat je pon.)

Jawab si Syahril: Aku dah invite la...invite kat Friendster!

Hahaha...berderai hilai tawa kami di Kenny Rogers Mid Valley masa tu.

Ada sorang menyampuk, "Weihhh, ko dari zaman bile ni weihhhh..orang gune Facebook la sekarangggg...!"

Hahaha, terbahak-bahak semua ketawa. Semua pun tahu, Syahril saja buat lawak seems semua orang pun sangat up to date with the technologies now a days. So... fikir-fikirkanlah.... (Eh aku pun tak tahu ape yg nak suruh korang fikir)

No comments:

Post a Comment

Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...