Hmmm...as usual bile pregnant, the 1st trimester will be the horrible time ever. So nak dijadikan cerita my 2nd pregnancy ni lebih horror compared with the 1st one. Memang tak nampak seperti sentiasa ke tandas(melaksanakan perkara wajib morning sickness). Tapi, yang didalam ni, Tuhan saje yang tahu. Walau macam mana sekali pun, saya cube buat diri saya tak muntah. Walau pun sebenarnye muntah ni treatment for hilang mual. Tapi masalahnya, kalau dah time kat ofis ase nak muntah. Selesa ke? Dan perangai aku bile muntah, aku akan lari ke toilet yang tak ramai orang, bukak tudung n anak tudung segala then baru selesa nak muntah. Hmm..nak muntah pun kene selesa kan. Of course! muntah bukan sikit-sikit. Sapa yang merasa tahulah macam mana susahnya nak face this stage.
Kene pulak 1st trimester mase bulan puasa. Memang ambil peluang tak makan. Sebab kalau makan, bau stuffy menggalakkan lagi proses kemuntahan berlaku at day time. Kadang berbuka dengan kuih saja. Sahur? Memang tak berani amik because after few days take sahur, pagi pergi kerja mesti macam orang mabuk. So tak sahur adalah yang terbaik. Mintak ampun pada DIA kerana tak dapat nak mengamalkan Sunnah Nabi itu. Berbuka. 100plus and kuih. Kadang tuh, 100plus saja. Tak sahur. Tapi tawakal pada DIA, supaya aku boleh berpuasa the whole day. Alhamdulillah, aku cume miss 3 hari je Ramadhan haritu. Aminn.
Bulan raya, masih lagi dlm 1st trimester, perasaan mual tak hilang-hilang. Susu tak boleh masuk. Air manis tak boleh telan. Air panas tak boleh minum. Semuanya akan ku kata "Loyo!". Selera tinggi tapi tak boleh makan. Macamana?? So hari raya disambut dengan sangat ala kadar. Rezeki raya ke-3, saya bantai Laksa Kedah di rumah mertua bermangkuk-mangkuk. Sebabnya. PEDAS. Perghhhh! Itulah yang nikmat. Bila pedas nak minum air. Tapi tak tau nak minum air ape. Kalau minum air manis loyo, air panas loyo. Huh! Sangat sedih. Dah makan kenyang-kenyang. Mulalah nak muntah.
Sedih.
Dah masuk minggu ke-13 saya masih dengan mode 1st trimester, mulut sangat sensitive. Makan okay. Tak boleh makanan yang berempah ratus. Kalau boleh pun mungkin rendang. Kari? No! Asam tumis. Masak lemak. Sup. Itu saje. Mee goreng. Kuey teow goreng. Bihun goreng. Itu je la setakat yang boleh makan. Yang penting lepas makan. Kene pastikan saki baki bau makanan tuh kene hilangkan betul-betul dengan minum air banyak-banyak.
Air? Minum air ape?
Huh yang ni paling sedih. Saya baru terperasan saya suke minum air oren. TAPI! Kene tawar, atau degan lebih paham 'KURANG MANIS'. DAN. SEJUK. 1 botol kordial oren, dibeli dalam 2-3 minggu yang lepas. Dah nak habis. Aku sorangg je minum. Air lain?? TAKDE. Tu yang sedih tuh. Okey la mebi, boleh la, air horlicks. TAPI, kene cair dan tawar. Milo?? Oh cannot! Memang yang betul-betul boleh minum air oren/jus oren tawar dan ais kosong. Air panas?? Langsung tak boleh telan.
Walaupun sekarang dah habis 1st trimester, saki baki mual masih ada kalau tersilap makan. Pulak tuh, bile dah mual tuh bukan boleh cover, konon ase cam nak belahak je, TAPI. Hmm..paham-paham sendiri lah ye. So bile di ofis. TISU sentiasa standby di meja.
Hai, inilah susahnya jadi perempuan. Keadaan begini harus ditanggung 9 bulan. I've got about less than 6 months to go. (Muka sedih)
No comments:
Post a Comment
Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...