My mood recently

Monday, June 10, 2013

THANK GOD...

Fuhhhh! Fuhhh! Fuhhh!

Ya Allah, berhabuk betui blog cabok kesayangan hamba nih. Lame tak hapdet blog. Haish! Buruk perangai kan?! Once in a blue moon bak omputeh kata ^_^
Oklah. sebenarnya saya nak kongsi rasa syukur dan terima kasih kepadaNYA yang tak terhingga kerana memberi kami insan asing yang sudi berada dalam kehidupan harian kami. Kami memohon, dengan izinNYA agar kami dijauhkan daripada perkara-perkara buruk berlaku dalam kehidupan kami. Mungkin sekali sekala kami diberi ujian. Akan tetapi DIA tahu kami dapat mengatasinya. Dan Alhamdulillah. Semoga DIA memberi izin, insan ini untuk berkhidmat bersama kami selama mana yang diinginkan. Ada rezeki kami. Ada jugalah rezeki untuk dia. 

Itulah yang sering menjadi ungkapan doa kami setiap hari. Sudah hampir 2 tahun.  Kami tinggal bersama insan yang dipanggil Kakak Yuli. Dengan erti kata lain. Bibik la. Nampak macam dah lama. Tapi perasaan curiga, hati-hati, berwaspada, sentiasa ada. DAN WAJIB ADA. 

Kenapa tak panggil BIBIK?!
Entah, konsep saya sendiri. For me, panggilan bibik agak kasar. Biarlah panggil nama. Tapi cara aku tegas. Sekurang-kurangnya dia dapat terima dengan hati yang lembut. Tapi terpulang pada individu.

Tegas macam mana?!
Tak tau lah nak kata ini TIPS or what. Let me share what i can.
Rasanya kalau tengok rancangan Wanita Hari Ini yang ada topik tentang pembantu rumah. Kebetulan. Iaya konsep yang sama.

1. Sentiasa ada aturan.

 Jangan dibiasakan dengan, " Saya nak awak buat ni, itu ini bla bla bla.". TAPI tak bagi guidance. Memang dia dah biasa kerja. Tapi ini rumah kita. Perlu sentiasa ada aturan. JANGAN TAK PERCAYA. SAYA SEDIAKAN JADUAL untuk tugasan harian dia. So fair and square. You know what the purpose of having her at the first place. Kita pon tak terlebih arah2 kan dia.

Motif utama saya, bayar dengan 3digit adalah untuk tengok anak2 saya. Makan minum pakai tido. Semualah. Jadi saya tak berkira bab kemas rumah and anything related. Yang penting. Weekend. WAJIB buat house cleaning. Setuju?! Tak sangka bila saya buat macam tuh, dia sendiri offer nak iron baju kerja kami. Yes. Memang iron baju tak masuk dlm jadual. Saya rasa itu kerja yang leceh. Tak wajib. Sebab itu untuk saya dan suami. Jangan lupa motif utama kita 'hired' dia. Tapi dia kata bosan kerja tak byk. Ha hamik kau lah! Huhuhu...die yang offer. So kita up lagi kerja la. Tapi bab baju ni, kena sentiasa remind. Baju yg kene cuci and iron hati. Kalau tak. memang nasib la korang. ^_^

2. Keep your private room as a private and confidential.

Betul. WAJIB. Dengan cara, setiap kali anda tinggalkan rumah pastikan kunci pintu ruang kamar kamu. Dan sorok kan kunci tu. Ini soal privacy. Dan jangan sesekali pun ada perasaan. 'hmmm dah ok kot. tak perlu kunci lagi'. JANGAN. Mungkin ada yang tak setuju. Tapi logically ia betul. Bayangkan, apabila sudah tiada lagi yang P&C dalam rumah. Susahkan?! Kunci tadi, tak perlulah bawa sekali. Cuma sorokkan sahaja. Kenapa?! Sebab pada saya, kalau saya bwk and kalau apa2 jadi kat rumah ade perkara yang perlu utk buka bilik P&C kita tu, kunci dah ada di rumah. Unless kalau nak duplicate la. Rumah saya selalu didatangi adik bujang saya. Pastikan barang-barang utk kegunaan anak2 semua dah siap2 ada diluar bilik la. Contoh buai tido ank kecil saya. Malam memang ada dalam bilik. Bila siang saya keluarkan. Dulula...sekarang tak lagi. ^_^

3. Monitoring and guidance and assistance.

Sentiasa ada. And sekali lagi WAJIB buat. Tengok anak-anak. Happy ke muram. Hasil kerja rumah seharian. Baju-baju. Makanan. Cara masak. Kebersihan diri. Sesekali nak review cara dia bekerja. Boleh je. Tapi niat dan cara kena betul. InsyaAllah, dengan izinNYA segalanya dapat diatasi dengan mudah. Bile nak review. Kalau macam kesalahan tu kene betulkan immediate. Tegur ja. Kalau tak nak dengar. Tak payah suruh dia buat lagi sementara tunggu weekend. Tegur cara baik. And suruh dia buat depan mata kita sendiri. Kenapa?? Sebab bila weekdays, dia dengan anak2 kita. Jadi, fikir2kanlah yang terbaik. Kalau kesalahan tak teruk. Review masa nak bagi gaji. Seperti biasa dia akan angguk je. Tapi nak nampak serious. Tau apa saya buat. Saya ambil JADUAL yang saya bagi begitu juga senarai kerja yang dia kena lakukan. Setiap satu yang ada komen saya komen satu persatu. What do's and don's. Adalah dekat sejam selalunya. Normally between me and her if its related to housework la. Kalau melibatkan duit or wutever, husband saya akan involved.

4. Jangan lepas tangan.

Berkait dengan point no.3.
Saya tak tipu. Memang bila ada pembantu dirumah anda rasa sedikit selesa dan senang. Tapi jangan over. Sekali sekala kita pun kene sedar diri. And perlu tunjukkan pada dia yang kita adalah TUAN RUMAH atau MAJIKAN dia. 
Biar dia sedar. Dia pekerja. Kadang-kadang bila dah naik sedap. Dia lupa dia itu pekerja. Ini yang saya katakan tadi. Ketegasan perlu ada. Bukan KASAR. Jangan tengking. Jangan herdik. Dia pun manusia. Kita didik cara professional. Kita ingatkan dia apa tujuan utama dia bekerja. Cari rezeki halal bukan?! Kita didik cara baik. Kita pun jangan lupa tanggungjawab. Kadang-kadang memang tak lari dari sikap manusia biasa. Dah sedap semua bibik buat. Sampai kunci pintu belakang rumah pn tak tau kat mane ^_^. Itulah yg terjadi. Sebabnya, hari-hari sibuk dengan urusan kerja. Balik cuma tidokan anak je. Tapi jangan lama-lama lepas tangan. Seminggu dua minggu kene ada come back. Bukan senang sebenarnya nak laksanakan point no.3. So pandai-pandailah. 

5. Berkira.

Tau kenapa?! Pernah tak dengan orang cerita pasal maid yang dah naik sedap dapat itu ini bla bla bla. Ha, ni lah nak cerita. Memang kadang-kadang nampak remeh. Tapi perkara remeh tulah boleh jadi kebiasaan. Sebagai contoh. Duit topup. Jangan tak tahu. Golongan mereka suka topup. Yela call sana sini. Itu tak boleh halang. Dia pun nak ada sembang2 juga. Kawan-kawan. Keluarga. Bla bla bla. Bukan kita tak tahu dia susah. Tapi kene fikir, mereka ni tak susah seperti yang kita sangkakan. Dan mereka juga tak bodoh seperti yang kita sangkakan. "kak tolong belikan DIGI ya. Makasih" ha nilah sms yang salu saya terima. Tapi saya dah buat perjanjian apa2. Waktu bulan pertama kerja saje saya tak kira. Onwards, saya tolak gaji. Serious. Saya tak tipu. Makan minum memang disediakan. Tapi kalau part yang utk diri sendiri pakai. Saya tolak. Cuti lebih pn saya tolak. RM20 sehari. Ikut budi bicara. Saya nak dia tau. Saya tak main-main. Ini betul2 punya cara kerja. Oh lupa. Saya tak tipu. Saya turut bagi slip gaji tau. So cuti dia, spending dia suma direkod. ^_^ 

Other than that, saya tetap layan dia macam family. Kawan. Sekali sekala bersembang. Kadang tuh malas nak spend time. Yelah. Orang asing kan. Nak buat ape lepak2 dengan dia. Tapi kita PERLU buat. Cuba bayangkan kalau kita bekerja takda kawan nak bersembang. Kan ke boleh meroyan. So itu je lah caranya. At the same time dapat lah tahu hati budi dia.

Doakan moga Kakak Yuli lama berkhidmat dengan kami.
* Sebenarnya dia ada rancang nak balik Indon. Tapi tetap berniat masih nak bekerja lama. Jadi saya doakan, kalaulah dia memang ditakdirkan kerja lama dengan saya. DIA permudahkanlah urusannya. Jika tidak. KAU tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk kami dan permudahkanlah urusan kami seadanya. Kami redha.*

Sound serious and emotional kan?! Hihihi...of course la. Feel free to ask anything related if you want to. Saya sudi berkongsi ilmu. Ada byk la cerita. Tapi tak larat la nak coretkan kat sini. Ada masa saya cerita. Ada yang bertanya saya kongsi apa yang mampu. Ye dok?!

Oleh itu, saya akhiri dengan...... photo update kami... >_<



dan ....wassalam....

No comments:

Post a Comment

Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...