My mood recently

Tuesday, May 1, 2012

Bismillahirrahmanirrahim


Dimulakan dengan Bismillah..disudahi dengan Alhamdulillah…Hehehe… (iklan)

Fuhhhh! Fuhhh! Fuhhh!

Ya Allah, berhabuk betui blog cabok kesayangan hamba nih. Kene wt cleaning nih! Kite tukar sikit mode blog ni dari biru ke kelabu-kelabu asap. Hopefully terasa lah semangat baru sikit!

Actually banyak sangat story tak dihapdet kan..(kalau ade la yg memfollow dan hingin dgr cerita saya yg tak seberapa nih), so tak tau mana nak mula. But truly madly deeply nyeh, there’s a lot of changes, challenges, joys and of course happiness during my idle time tuh. Bukan la nak kata bile tak tulis blog terus happiness, ini maksudnya terlalu banyak benda yang dilalui sampai ketiadaan masa tuk bertapa menghadap blog tercenta nih.

Kalau my last post is about my last day in BC. So now saya menulis bersempena confirmation of employment saya di tempat kerja baru. Ya Allah! (beristighfar lagih..haih) sampai 6 bulan saya ambik masa nak menulis kembali. Adoyai!!

But truly within the 6 months past, banyak sangat turun naik kehidupan saya. Susah payah saya. Lebih-lebih lagi masa nak mula kerja baru. Kata orang, nak dapat yang baik, there might be something bad you have to face first. Alahai cakap 'bad' ni bukan la bende buruk dengan erti kata lain kesusahan la.

Sebelum mula 1 November 2011, i took 2 weeks for my break.
Holiday + 1 problem = Happiness. Inilah yang dapat dirumuskan.

Holidaynya saya balik kampung, pulang bersama 2 hero saya saje (sbb baba kerja). Balik Kluang naik bus, balik KL naik Air Asia. It was really fun. Then bercuti 3 hari 2 malam di Lexis Water chalet di Port Dickson. Awesome!

Tapi back to my BIG big problem is, my kids. Saya dapat berita nursey kesukaan saya itu tak dapat menyambung kontrak apartment mereka. Kesian sangat. Tapi yang lebih kesian, parents yang menghantar anak-anak kesitu. Terasa buntu sangat. Bukan senang nak carik tempat jagaan anak. Hati umi, Tuhan je yang tahu.

Tiba-tiba kami dilorongkan untuk ambil pembantu. Yes. Mungkin ini jalannya. Cubaan pertama, ambil dan tengok-tengok caranya untuk 1 hari. Hujung minggu dia pulang rumah keluarga. Hari isnin, tak balik-balik. Hari selasa dah mula kerja ditempat baru.

Ahhhh serabut!
So, memang kenalah hantar ke nursery sementara belum officially tutup. 1 minggu ulang alik dengan kerja baru. Siksa! Rasa macam nak berhenti. Waktu kerja yang lebih panjang dari kerja lama. Keluar awal pagi nak elak jam, habis kerja pukul 6. Tau jelah kawasan ibukota bila pulang kerja. Hari-hari anak balik pukul 8. Kesian sangat. Berhenti sembahyang kat mana-mana yang mudah. Macam musafir. Makan malam pukul 9 lebih. Sampai rumah pukul 10. Terus tido. Sigh*

Dalam hati, ini ke jalan yang aku pilih? Memang terasa macam takde life sangat.
Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup ku ya Allah. (Mengalir air mata) Aku hanya bantu suami mencari rezeki untuk kemudahan keluarga. Kau bantulah hambaMu yang lemah ini.

Genap seminggu. cuti Aidiladha. Kami dapat panggilan, ada pembantu mencari majikan. (Ya Allah, kalau betul KAU tentukan aku ambil majikan, aku akan ambil demi anak-anak aku. Duit yang aku keluarkan demi MU untuk anak-anak aku).

Mungkin terlalu emosi waktu ini, tapi apa yang saya lakukan semuanya demi anak-anak. Dan DIA dah bantu. Alhamdulilah, terasa senang. Anak-anak pun sihat. Kami pun sihat. Syukur Alhamdulillah.

Jadi sekarang, aku dah 6 bulan bekerja, pembantu aku pun dah 6 bulan. Moga DIA jauhkan kami dari apa-apa yang buruk.

Good starting tak?! hahaha...macam lebih emosi jek. Ok lah. sambung nanti.

Pesan umi: Dia sentiasa dengar doa kita. Jadi bersabarlah.

No comments:

Post a Comment

Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...