Kalau dulu entri Menghitung hari # Part 1 disumbatkan betul-betul sehari sebelum melahirkan si bujang kenit Aliyy Amsyar. Siapa sangka, dalam sibuk menghitung hari. I'm already 38 weeks that time. Masa yang baby dah betul-betul bersedia untuk keluar. Perancangan cuti 1minggu sebelum deliver semua dibatalkan oleh kerana dah deliver 2minggu sebelum. Sungguh tak sabar anak umi nak melihat dunia ciptaan Tuhan ni kan.
Hopefully kali ni tak la.
Now saya dah mencecah 36 minggu. Meaning that i'm already 9 months. Huh, cepatnya berlalu. Rakan-rakan dan keluarga semua tak sangka yang saya sekarang sudah mula menunggu hari.
Berdebar. Seronok. Tak sabar. Takut. Risau. Semua ada. Pakej lengkap untuk perasaan sebelum bersalin.
Kalau dulu, sibuk memikirkan macamanalah situasinya menimang anak dan macamanalah situasi cemas itu akan berlaku. Tak kurang juga untuk kali ke-2 ni, samalah juga perasaan dan pemikirannya.
Kalau dulu aku berserah padaNYA yang Esa. Tapi kali ni, aku sangat berdoa dan berharap ia akan berlaku mengikut kehendakNYA. DIA adalah yang Maha Esa. DIA Maha Mengetahui. Dan DIA tahu apa yang DIA lakukan. Jadi aku berserah. Niat didalam hati nak bersalin secara normal sememangnya bertalu-talu datang dalam hati. Pesan ibu, jaga kandungan. Jaga kesihatan. Sentiasa dipandang series kerana tak mahu berlaku komplikasi ketika bersalin. Kesimpulannya, aku tak seaktif dulu. Cepat penat. Cepat letih. Sakit belakang. Sakit kaki. Semualah!
Kalau dulu sampai waktu dah sarat pun masih gagah naik PUTRA LRT. Gagah beratur dan bersempit-sempit setiap hari. Berjalan 10-15minit dari ofis ke Stesen KLCC. Gagah!
Tapi kali ni, drive hari-hari balik kerja. Masih gagah. Ditambah pula dengan kerenah si bujang kenit yang semakin ligat membesar dan bijak. Menghadap traffic jam hari-hari. Harap-harap kali ni adalah rezeki untuk bersalin normal. Kata-kata doktor tempoh hari merisaukan aku.
"Ye puan. Sebelum apa-apa, saya cuma nak beritahu saje. Bagi ibu yang pernah having a C-section for the 1st baby, during the 2nd delivery if you're trying to have a normal birth boleh menyebabkan jahitan lama itu pecah."
Aku hanya tersenyum. Sedangkan dalam kepala rasa nak pitam. Apalah doktor nih kata macam tu!
"It is true. But the precentage is small la. About 0.1% - 1%. Depend on how hard the contraction you are having. So i just want you to bear in mind. You need to positively thingking. Mentally and physicaly prepared are really really need to be with you during labour."
Aku mengangguk.
Menakutkan. Merisaukan. Tapi masih nak kuatkan semangat.
"And lagi, if you're end up with C-section for this 2nd time. That means the 3rd one you need to have C-section as well. And the limitation for those who having C-section only until 3 kids."
Hmmmmm...mungkin sebab dia bukan doktor melayu yang tahu apa erti 'tawakal dan doa banyak-banyak'. So sebab itulah kata-kata dia lebih kepada fact bukan faith.
Blur.
Tak tahu nak kata apa.
Dan akhirnya,
"Ya Allah, aku serah dan tawakal padaMU. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui".
Semuanya kuasa Tuhan. Jadi aku berserah dalam harapan yang sangat tinggi.
Sangat memerlukan kata-kata semangat dan peransang. *mengeluh
So sekarang membilang hari. Hari satu..hari dua..hari tiga..dan hari hari. *Mengeluh.
Check up seterusnya 29 Mac 2011, 38 weeks. Hmm dah sangat-sangat hujung dah nih. Klu masa Amsyar dulu, 38minggu 2 hari dah selamat melahirkan si bujang kenit tuh! *Mengeluh.
Tapikan.
Actually dah masuk 2nd ni, takde la menghitung sangat.
Cume sekadar mengingatkan diri sendiri yang baby akan keluar tak lama lagi.
Sebab?
Mungkin dah ada anak 1orang kot.
Dicampur dengan kerja yang makin lama makin banyak. Almaklumlah, dah nak habis 'financial year'. Sana sini sibuk nak habiskan budget. Hmmm..at the end, si buyong ni jugak lah duduk statik tak bergerak di kerusi sendiri habis kan kerja. *Mengeluh.
Uhh..tak baik mengeluh banyak sangat kan.
Kerja2 yang dah sedia ada +
kerja2 last minute yang 'urgent' +
kerja2 yang patut disiapsedia sebelum maternity leave
= S.E.R.A.B.U.T!
So sekarang, semuanya saya tawakal.
Nak tahu.
Bukan saya je yang risau nak pergi maternity leave nih.
Semua risau. Sebab?!
En.suami. Sebabnya, tak ready lagi. Projek tengah menimbun.
Sedara mara dan keluarga. Sebabnya mereka akan ada kenduri mase saya 38 minggu.
Dan yang paling risau sekali. Di ofis. Wahhh...cam diva jek semua orang perlu risau.
Hmm bukan ape.
Saya memang keje 'onemanship'. Takde siapa yang boleh cover. Unless kene hired consultant tolong gantikan tempat saya sepanjang 'maternity leave'. *mengeluh.
Orangnya masih belum habis trainning dan hand-over lagi. Baru briefly explain on the job description.
Risau kalau tak sempat. Kalau tak memang kene belajar sendiri la gamoknye orang tuh. Dan tugas saya untuk memudahkan semua orang. Saya kenelah prepara segala yang patut supaya senang diorang nak refer apa-apa without mengganggu saya. *mengeluh.
Ukhhh..panjang lebar betul!
Akhir kata saya..
"Saya betul-betul mengharapkan normal birth kali nih. Really really berdoa agar saya boleh normal birth.
Saya memohon agar DIA permudahkan urusan saya dan keluarga. Berikanlah saya kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang KAU berikan. Jauhkanlah kami dari segala kesulitan... " Amin~
Saya tahu bukan saya je yang ada perasaan macam ni. Tapi semua ibu mengandung akan rasa begini.
Tak sabar.
Tapi.
Takut.
Risau.
Lemah.
Emosi tak stabil.
Fikiran bercelaru.
Fikir bukan bukan.
Mimpi bukan-bukan.
Subhanallah~
Memang betul-betul rasa macam dah akhir hayat.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja ofis. Hal-hal rumahtangga. Dan macam-macam lagi. Dekatkan diri denganNYA. Kita insan yang hina memang mudah lupa.
Latest!
** Nak mohon maaf pada suami dan keluarga dan kawan-kawan dan semua yang mengenali diri saya.
Andai kata ade terkecilkan hati. Saya minta maaf.
** Baba, umi minta maaf . (You know me. Umi tak boleh cakap lebih-lebih nati umi menangis sendiri)
** Amsyar, umi sayang dia sangat-sangat.
Klu lepas nih umi jadi terlebih garang, jangan merajuk dengan umi ye.
Klu umi terlupa tak fokus dengan Amsyar, jangan jauhkan diri dengan umi ye.
Umi nak jaga adik. Adik kecil lagi. Umi nak Amsyar jadik anak yang baik. Abang yang baik. Sayang adik. Sayang umi. Sayang baba.
Doakan umi selamat ye~
Andai kata ade terkecilkan hati. Saya minta maaf.
** Baba, umi minta maaf . (You know me. Umi tak boleh cakap lebih-lebih nati umi menangis sendiri)
** Amsyar, umi sayang dia sangat-sangat.
Klu lepas nih umi jadi terlebih garang, jangan merajuk dengan umi ye.
Klu umi terlupa tak fokus dengan Amsyar, jangan jauhkan diri dengan umi ye.
Umi nak jaga adik. Adik kecil lagi. Umi nak Amsyar jadik anak yang baik. Abang yang baik. Sayang adik. Sayang umi. Sayang baba.
Doakan umi selamat ye~
No comments:
Post a Comment
Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...