Untuk mama papa, ayah ibu, mummy daddy, umi, mak, walid, abu dan segala-gala lah yang seangkatan dengannyehh!
Kalau kamu-kamu shopaholic untuk anak-anak terhebat, jom la habiskan weekend kite di jualan murah!!!
Seperti yang korang suma tahu, dan juga pada yang tak berapa tahu atau memang tak ambil tahu. Bulan ni memang betul-betul bulan untuk Si Kecil'.
Jusco dah sah-sah memang ada. Bagi yang tinggal di ibu kota tuh, lalu je Jusco terpampang besau banting 'Baby fair sale'.
Kesimpulannya, MARCH is a month yang tiap kali datang hari minggu, saya akan menapakkan kaki ke baby fair.
Gile.
Bukan banyak duit tau. Hobi.
Hahaha..tunggulah korang bila ada anak nanti. For those yang dah ada anak, pun sama jugak. Rambang, mata weihh.
Perkara paling bahaya bila duit gaji masuk ni, adalah pergi ke baby sales. Sungguh tak ingat dunia.
So now, sukalah saya nak review warehouse sale yang saya dah pergi ~
3 - 13 March: My Dear warehouse sale Review:
Saya dah menapak mase 3rd day. Pergi berdua, saya dan kakak ipar yang mempunyai hobi yang sama. Tapi. Lokasi di Puchong. Agak sukar nak cari bagi mereka yang tak biasa dengan kawasan Puchong. Brand barang of course la MY DEAR. Barangnya memang affordable la. Tapi for those yang looking for a branded thingy, tak sesowai la kot. Bagi saya yang selalunya carik barang elok dengan harga yang ok ok memang sinilah tempatnya. Toys memang best best. Untuk yang ade toodler, memang rambang mata. Tak tau nak beli yang mana. Stroller, baby cot, play pen dan semualah. Semua memang murah-murah. BUT not for cloth. Baju-baju cuma ada 1 korner jek. Banyak, tapi tak banyak brand la. For newborn baby, ade carters' and oshkosh. The rest semuanya banyak baju untuk toodler and above. Nama pun 'sale' mestilah best! Tambah pulak saya nih bakal menambahkan ahli keluarga. So bile tengok barang baby ni, mesti beli untuk abang and adik! Best. Konon nak beli baju jek. Tapi before balik tuh sempat grab toys untuk si bujang kecit yang kene tinggal, tak ikut umi pergi shopping. Of course lah, umi akan bagi habuan. (,^^)
10 - 17 March: Baby fair (Jualan Murah!!) at Hotel Sri Petaling
Review:
Minggu ke-2 in March, sekali lagi menapakkan kaki ke another warehouse sale. Betul-betul di Hotel Sri Petaling. Senang nak carik. Kali ni, bawa husband and my terrible-two. Gagagga. Why?? Ha, memang penatlah baba dia nak jaga. Lari sana sini. Masuk celah sana sini. Letih nak melayan. Umi? Shopping dengan aman tanpa menghiraukan anak. HEHEHE. Best! This time tak banyak toys. Nak shopping baju anak-anak, memang sesuai sangat-sangatlah. Banyak sangat pilihan. Memang kerambangan. Dan seperti biasa. Cloth for baby boys mesti adventure sikit nak carik. Kali ni siap ada basikal untuk kanak-kanak pun ada. Umi tak rambang mata. Tapi Amsyar yang rambang mata. 'HUH.Mana satu nak naik nih'. Jenuh la baba nak melayan. Sengih dan geleng kepala ja orang tengok kami bersilat dengan si bujang kenit nih. Kasikla chance, naik 1-2 jenis basikal. Yang best tuh. Tak nak balik. Uwaaa..lagi la tension. So umi cume shopping baju-baju jek. Dah takde selera nak tengok yang lain-lain sebab Amsyar dah 'buat perangai'. Tapi not bad jugak la. Depends on what are you looking for.
18 - 20 March: 2nd Motherhood Expo at Midavalley, Exhibition Centre Review:
Ukhh..yang ni wil happen this weekend. Dah pernah pegi yang 1st. Yes, its an exhibition. So macam-macamlah, bukan setakat barang-barang and baju-baju jek. Segala jenis education promotion suma ada. Siap ada competition. Consultation and macam-macamlah. Yang penting sesuai la for parenthood yang baru nak mula macam saya ni. So while shopping we can gain knowledge. Ha, photoshoot pun ada. So yang 2nd ni, almost the same la kot.
Tapi tak sure lagi nak pergi ke tidak. Mungkin husband dah fobia dengan ayat, "Jom la pergi, cuci mata je...", tapi at the end letak bakul kat kaunter and said, "Ba, dah siap.. Baba bayar, umi jaga Amsyar". (,^^)
Itulah dia, March 2011 saya. Best kan!
Sayang baba!!!
Niat menakel suami sendiri. Tapi apakan daya he's already said,"Saturday ni baba kene kerja".
Huk! T_T
Habis la plan pergi baby fair and balloon bergas itew...
Badan dah tak larat. Kaki dah berat. Pinggang dah sakit. Tapi ada hati nak berjalan lagik.. ~
Nota pendek: Pada saya, barang-barang baby ni sangat bagus beli bila ada sales. Harga yang ditawarkan memang menarik!
ye betol..shopping mmg best!! tak kire la barang mummy ke daddy ke baby ke..mmg saye suke coping..lagi2 kalo tak kuar duit sndiri..haha ;p
ReplyDeletebetul2..ilang stress bile pergi shopping..hahha..
ReplyDelete