My mood recently

Wednesday, March 30, 2011

3 things in 2 hours





Hmm...tarik nafas sekejap.... *mengah*



Okeh..patutnye entry ni dicampak masuk semalam. Tapi tak larat bebenau dah asenye. And akibatnya arini saya amik sick leave. Penat. Sakit dada. Sakit belakang. Sakit kaki segala. Dan semua yang sewaktu dengannya lah. (tapi sempat lagi blogging yerk!) Hehehe..dah petang..dah sihat sikit la rasanya badan nih.


But bile dah duduk rumah ni tau jelah. Same je pun. Cuz kene baby sit anak sendiri. Nasib dia behave elok je so far. Dari pagi lepak kat atas. Masuk waktu lunch turun bawah plak. Umi masak, dia main toys. Makan sama-sama. Habis makan naik atas. Tido. Bangun minum petang plak. Ngeeee...


Ye bercerita pasal semalam. Pagi-pagi dah busy. Sidai kain baju yang dah siap basuh the night before. Lepas tuh, terus bersiap untuk jumpe gynea. Antenatal check up at 37/38 weeks. Doktor kata everything semua ok. And she did says,"one thing about your baby, dia kaki panjang!". Hehehe.


Patutla boleh terasa cam kaki die selit kat tepi pinggang ni. Takde space agaknye. Kadang-kadang rasa macam kene geletek from inside. (,^^)


Settle check up terus pergi lunch. Dah lapar sangat dah. Lepas lunch sempat lagi pergi carik barang sikit-sikit lagi. (at the sam time boleh excersice kaki) Tambah-tambah kelengkapan untuk after hari bersalin.


Tapi yang penting persiapan di bilik single tingkat bawah. Selesa sikit lepas balik hospital nati. Hehehe..mengadekan. Bukan pe. Taknak susahkan husband. Takyah kalut-kalut nak setup bilik bila umi balik dari hospital. (,^^) And barang-barang baby semua dah ada dalam bilik nih.


Sampai rumah mase tuh at 3.30pm. Penat!

Sembahyang. Tukar baju. Bersiap itu dan ini. (Sambil dalam kepala memikirkan apa nak masak untuk dinner)

Pukul 5 masuk dapur.


Ya, dan inilah time for '3 things within 2 hours'.



Kelentang...kelentung...kelenting...





Cucur pisang untuk minum petang...SIAP!






Nasi goreng campur untuk makan malam..SIAP!





Dan akhir sekali..Kek coklat..SIAP!


Pukul 7 lebih dah tersadai kat sofa.





Fuhhhhh...Saya penat!


Dan disebabkan semalam jadik super woman sekejap. Harini badan macam baru lepas balik dari kerja buruh. Berdiri lame sangat. Bangun duduk. Tu tak campur lagi dengan kerja sapu lantai. Kemas dapur. Basuh pinggan. Mandikan anak. Siapkan anak. Suap makan. Dan akhir sekali..sleep at 10.30pm. Penat yang amat. Saki baki penat dihujung minggu yang baru lepas nih pun tak hilang lagi. Saje carik pasal namanya. Bangun pagi, jalan dah macam king kong. T_T

Monday, March 21, 2011

Menghitung hari # Part 2

Dalam kesibukan kota. Sempat lagi saya mengarang entri saya untuk kali ini.

Kalau dulu entri Menghitung hari # Part 1 disumbatkan betul-betul sehari sebelum melahirkan si bujang kenit Aliyy Amsyar. Siapa sangka, dalam sibuk menghitung hari. I'm already 38 weeks that time. Masa yang baby dah betul-betul bersedia untuk keluar. Perancangan cuti 1minggu sebelum deliver semua dibatalkan oleh kerana dah deliver 2minggu sebelum. Sungguh tak sabar anak umi nak melihat dunia ciptaan Tuhan ni kan.

Hopefully kali ni tak la.

Now saya dah mencecah 36 minggu. Meaning that i'm already 9 months. Huh, cepatnya berlalu. Rakan-rakan dan keluarga semua tak sangka yang saya sekarang sudah mula menunggu hari.

Berdebar. Seronok. Tak sabar. Takut. Risau. Semua ada. Pakej lengkap untuk perasaan sebelum bersalin.

Kalau dulu, sibuk memikirkan macamanalah situasinya menimang anak dan macamanalah situasi cemas itu akan berlaku. Tak kurang juga untuk kali ke-2 ni, samalah juga perasaan dan pemikirannya.

Kalau dulu aku berserah padaNYA yang Esa. Tapi kali ni, aku sangat berdoa dan berharap ia akan berlaku mengikut kehendakNYA. DIA adalah yang Maha Esa. DIA Maha Mengetahui. Dan DIA tahu apa yang DIA lakukan. Jadi aku berserah. Niat didalam hati nak bersalin secara normal sememangnya bertalu-talu datang dalam hati. Pesan ibu, jaga kandungan. Jaga kesihatan. Sentiasa dipandang series kerana tak mahu berlaku komplikasi ketika bersalin. Kesimpulannya, aku tak seaktif dulu. Cepat penat. Cepat letih. Sakit belakang. Sakit kaki. Semualah!

Kalau dulu sampai waktu dah sarat pun masih gagah naik PUTRA LRT. Gagah beratur dan bersempit-sempit setiap hari. Berjalan 10-15minit dari ofis ke Stesen KLCC. Gagah!

Tapi kali ni, drive hari-hari balik kerja. Masih gagah. Ditambah pula dengan kerenah si bujang kenit yang semakin ligat membesar dan bijak. Menghadap traffic jam hari-hari. Harap-harap kali ni adalah rezeki untuk bersalin normal. Kata-kata doktor tempoh hari merisaukan aku.

"Ye puan. Sebelum apa-apa, saya cuma nak beritahu saje. Bagi ibu yang pernah having a C-section for the 1st baby, during the 2nd delivery if you're trying to have a normal birth boleh menyebabkan jahitan lama itu pecah."

Aku hanya tersenyum. Sedangkan dalam kepala rasa nak pitam. Apalah doktor nih kata macam tu!

"It is true. But the precentage is small la. About 0.1% - 1%. Depend on how hard the contraction you are having. So i just want you to bear in mind. You need to positively thingking. Mentally and physicaly prepared are really really need to be with you during labour."

Aku mengangguk.

Menakutkan. Merisaukan. Tapi masih nak kuatkan semangat.

"And lagi, if you're end up with C-section for this 2nd time. That means the 3rd one you need to have C-section as well. And the limitation for those who having C-section only until 3 kids."

Hmmmmm...mungkin sebab dia bukan doktor melayu yang tahu apa erti 'tawakal dan doa banyak-banyak'. So sebab itulah kata-kata dia lebih kepada fact bukan faith.

Blur.

Tak tahu nak kata apa.

Dan akhirnya,

"Ya Allah, aku serah dan tawakal padaMU. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui".
Semuanya kuasa Tuhan. Jadi aku berserah dalam harapan yang sangat tinggi.

Sangat memerlukan kata-kata semangat dan peransang. *mengeluh

So sekarang membilang hari. Hari satu..hari dua..hari tiga..dan hari hari. *Mengeluh.

Check up seterusnya 29 Mac 2011, 38 weeks. Hmm dah sangat-sangat hujung dah nih. Klu masa Amsyar dulu, 38minggu 2 hari dah selamat melahirkan si bujang kenit tuh! *Mengeluh.

Tapikan.
Actually dah masuk 2nd ni, takde la menghitung sangat.
Cume sekadar mengingatkan diri sendiri yang baby akan keluar tak lama lagi.

Sebab?

Mungkin dah ada anak 1orang kot.
Dicampur dengan kerja yang makin lama makin banyak. Almaklumlah, dah nak habis 'financial year'. Sana sini sibuk nak habiskan budget. Hmmm..at the end, si buyong ni jugak lah duduk statik tak bergerak di kerusi sendiri habis kan kerja. *Mengeluh.

Uhh..tak baik mengeluh banyak sangat kan.

Kerja2 yang dah sedia ada +
kerja2 last minute yang 'urgent' +
kerja2 yang patut disiapsedia sebelum maternity leave
= S.E.R.A.B.U.T!

So sekarang, semuanya saya tawakal.

Nak tahu.
Bukan saya je yang risau nak pergi maternity leave nih.
Semua risau. Sebab?!

En.suami. Sebabnya, tak ready lagi. Projek tengah menimbun.
Sedara mara dan keluarga. Sebabnya mereka akan ada kenduri mase saya 38 minggu.
Dan yang paling risau sekali. Di ofis. Wahhh...cam diva jek semua orang perlu risau.
Hmm bukan ape.

Saya memang keje 'onemanship'. Takde siapa yang boleh cover. Unless kene hired consultant tolong gantikan tempat saya sepanjang 'maternity leave'. *mengeluh.
Orangnya masih belum habis trainning dan hand-over lagi. Baru briefly explain on the job description.
Risau kalau tak sempat. Kalau tak memang kene belajar sendiri la gamoknye orang tuh. Dan tugas saya untuk memudahkan semua orang. Saya kenelah prepara segala yang patut supaya senang diorang nak refer apa-apa without mengganggu saya. *mengeluh.

Ukhhh..panjang lebar betul!

Akhir kata saya..

"Saya betul-betul mengharapkan normal birth kali nih. Really really berdoa agar saya boleh normal birth.
Saya memohon agar DIA permudahkan urusan saya dan keluarga. Berikanlah saya kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang KAU berikan. Jauhkanlah kami dari segala kesulitan... " Amin~

Saya tahu bukan saya je yang ada perasaan macam ni. Tapi semua ibu mengandung akan rasa begini.

Tak sabar.

Tapi.

Takut.
Risau.
Lemah.
Emosi tak stabil.
Fikiran bercelaru.
Fikir bukan bukan.
Mimpi bukan-bukan.

Subhanallah~

Memang betul-betul rasa macam dah akhir hayat.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja ofis. Hal-hal rumahtangga. Dan macam-macam lagi. Dekatkan diri denganNYA. Kita insan yang hina memang mudah lupa.



Latest!


** Nak mohon maaf pada suami dan keluarga dan kawan-kawan dan semua yang mengenali diri saya.
Andai kata ade terkecilkan hati. Saya minta maaf.

** Baba, umi minta maaf . (You know me. Umi tak boleh cakap lebih-lebih nati umi menangis sendiri)



Sayang dia!

** Amsyar, umi sayang dia sangat-sangat.
Klu lepas nih umi jadi terlebih garang, jangan merajuk dengan umi ye.
Klu umi terlupa tak fokus dengan Amsyar, jangan jauhkan diri dengan umi ye.
Umi nak jaga adik. Adik kecil lagi. Umi nak Amsyar jadik anak yang baik. Abang yang baik. Sayang adik. Sayang umi. Sayang baba.


Doakan umi selamat ye~

Monday, March 14, 2011

Bulan March :: Baby sales

Untuk mama papa, ayah ibu, mummy daddy, umi, mak, walid, abu dan segala-gala lah yang seangkatan dengannyehh!
Kalau kamu-kamu shopaholic untuk anak-anak terhebat, jom la habiskan weekend kite di jualan murah!!!

Seperti yang korang suma tahu, dan juga pada yang tak berapa tahu atau memang tak ambil tahu. Bulan ni memang betul-betul bulan untuk Si Kecil'.
Jusco dah sah-sah memang ada. Bagi yang tinggal di ibu kota tuh, lalu je Jusco terpampang besau banting 'Baby fair sale'.

Kesimpulannya, MARCH is a month yang tiap kali datang hari minggu, saya akan menapakkan kaki ke baby fair.

Gile.

Bukan banyak duit tau. Hobi.
Hahaha..tunggulah korang bila ada anak nanti. For those yang dah ada anak, pun sama jugak. Rambang, mata weihh.
Perkara paling bahaya bila duit gaji masuk ni, adalah pergi ke baby sales. Sungguh tak ingat dunia.

So now, sukalah saya nak review warehouse sale yang saya dah pergi ~

3 - 13 March: My Dear warehouse sale Review:
Saya dah menapak mase 3rd day. Pergi berdua, saya dan kakak ipar yang mempunyai hobi yang sama. Tapi. Lokasi di Puchong. Agak sukar nak cari bagi mereka yang tak biasa dengan kawasan Puchong. Brand barang of course la MY DEAR. Barangnya memang affordable la. Tapi for those yang looking for a branded thingy, tak sesowai la kot. Bagi saya yang selalunya carik barang elok dengan harga yang ok ok memang sinilah tempatnya. Toys memang best best. Untuk yang ade toodler, memang rambang mata. Tak tau nak beli yang mana. Stroller, baby cot, play pen dan semualah. Semua memang murah-murah. BUT not for cloth. Baju-baju cuma ada 1 korner jek. Banyak, tapi tak banyak brand la. For newborn baby, ade carters' and oshkosh. The rest semuanya banyak baju untuk toodler and above. Nama pun 'sale' mestilah best! Tambah pulak saya nih bakal menambahkan ahli keluarga. So bile tengok barang baby ni, mesti beli untuk abang and adik! Best. Konon nak beli baju jek. Tapi before balik tuh sempat grab toys untuk si bujang kecit yang kene tinggal, tak ikut umi pergi shopping. Of course lah, umi akan bagi habuan. (,^^)

10 - 17 March: Baby fair (Jualan Murah!!) at Hotel Sri Petaling

Review:
Minggu ke-2 in March, sekali lagi menapakkan kaki ke another warehouse sale. Betul-betul di Hotel Sri Petaling. Senang nak carik. Kali ni, bawa husband and my terrible-two. Gagagga. Why?? Ha, memang penatlah baba dia nak jaga. Lari sana sini. Masuk celah sana sini. Letih nak melayan. Umi? Shopping dengan aman tanpa menghiraukan anak. HEHEHE. Best! This time tak banyak toys. Nak shopping baju anak-anak, memang sesuai sangat-sangatlah. Banyak sangat pilihan. Memang kerambangan. Dan seperti biasa. Cloth for baby boys mesti adventure sikit nak carik. Kali ni siap ada basikal untuk kanak-kanak pun ada. Umi tak rambang mata. Tapi Amsyar yang rambang mata. 'HUH.Mana satu nak naik nih'. Jenuh la baba nak melayan. Sengih dan geleng kepala ja orang tengok kami bersilat dengan si bujang kenit nih. Kasikla chance, naik 1-2 jenis basikal. Yang best tuh. Tak nak balik. Uwaaa..lagi la tension. So umi cume shopping baju-baju jek. Dah takde selera nak tengok yang lain-lain sebab Amsyar dah 'buat perangai'. Tapi not bad jugak la. Depends on what are you looking for.

18 - 20 March: 2nd Motherhood Expo at Midavalley, Exhibition Centre Review:
Ukhh..yang ni wil happen this weekend. Dah pernah pegi yang 1st. Yes, its an exhibition. So macam-macamlah, bukan setakat barang-barang and baju-baju jek. Segala jenis education promotion suma ada. Siap ada competition. Consultation and macam-macamlah. Yang penting sesuai la for parenthood yang baru nak mula macam saya ni. So while shopping we can gain knowledge. Ha, photoshoot pun ada. So yang 2nd ni, almost the same la kot.
Tapi tak sure lagi nak pergi ke tidak. Mungkin husband dah fobia dengan ayat, "Jom la pergi, cuci mata je...", tapi at the end letak bakul kat kaunter and said, "Ba, dah siap.. Baba bayar, umi jaga Amsyar". (,^^)


Itulah dia, March 2011 saya. Best kan!

Sayang baba!!!
Niat menakel suami sendiri. Tapi apakan daya he's already said,"Saturday ni baba kene kerja".

Huk! T_T

Habis la plan pergi baby fair and balloon bergas itew...
Badan dah tak larat. Kaki dah berat. Pinggang dah sakit. Tapi ada hati nak berjalan lagik.. ~

Yang penting..kami always gembira~


Nota pendek: Pada saya, barang-barang baby ni sangat bagus beli bila ada sales. Harga yang ditawarkan memang menarik!

Friday, March 11, 2011

Blogger cabok!!

Ye itulah saya! Mengaku tanpa segan silu.

Dengan erti kata lain.

Saya BUKAN BLOGGER terhebat.

Chewah! macam tajuk filem melayu 'Saya tak bodoh'. Pernah dengar?

Ha.. talking about that movie. Korang rasa tak lagi sedap kalau tukarkan tajuk tuh jadi, 'Aku bukan dungu'. Macam menarik je.(i think!)
Maksud lebih kurang. Cuma ayat lebih classy? (Perasan ye!)


Okeh, back to my title for this entry.

Ya!

Blogger cabok! Sebab? Saya tak hebat.

Saya memang bukan 'Blogger' terhebat. Cita-cita mungkin ada, tapi sangat yakin tak kan tercapai. Kenapa?

Saya bukan hari-hari blogging.

Dan bila ada masa nak blogging, masa tu cukup-cukup sekadar untuk masukkan entry yang sangat.'Dull'.

So nak menjengah blog orang lain pun hanya bila saya sempat. Senang cerita, i'm a silent blogger, reader and writter.

Apa yang suka di'blogging'kan??
Apa-apa saja. Yang ingin dikongsi. Menulis untuk diri sendiri. So HEBAT untuk diri sendiri jek. hehehe...

Kadang-kadang superb jeles tengok orang boleh kerap blogging wutever they want. Aku?!
Sungguh tak berdisplin dan konsisten. Ada hati nak berjaya. T_T

Masalah biasa akan berlaku. Topik dah ada. Entry dah ada. Tinggal nak copy and paste jek.

Tapi masih tidak berjaya nak menempelkan dalam blog sendiri. Tempat penyimpanan content-content entri semuanya bersemadi dalam Gmail draft box. HA?! Ye. Memang itulah kerja saya. Simpan banyak-banyak sampai semuanya jadik outdated. Lepas tuh. Delete. Hahaha.

Banyak yang ingin dikongsi. Tapi tak berjaya nak sematkan dalam blog sendiri. Hampas!!

Tengok je la dalam February 2011 nih. Kontot sungguh senarai entri yang dimasukkan. Itu pun sebab ada event. Sebenarnya, lepas-lepas tuh banyak sangat draft entri yang tak berjaya dikomersial kan. Kasihan mereka. Mereka tak bersalah. Yang bersalah adalah saya. Si blogger cabok! (,^^)

Jadi saya harap, orang tak bosan dengan saya.
Berkata dalam hati tak sedar diri. Huahuahuahua...

Saya meng'expose' diri.
Gambar dikala bosan sorang-sorang dalam kereta ditengah-tengah traffic jam di Jalan Ampang-Jalan Tun Razak.
Dari jam 5.30ptg keluar ofis, pukul 7.30pm baru sampai di nurseri Amsyar. Sian anak umi.


** Err...even entry ni pun dah dikarang few months ago. (,^^) BANGGA. Arini dapat tepekkan topik inieh... gugugugu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...