My mood recently

Tuesday, January 25, 2011

TAK TaHU.

Saya memang tak tahu.

Saya rasa serabut.

Celaru.

Pening.

Risau.

Banyak sangat nak tulis, kalau nak senaraikan 'APA' yg saya risau. Celaru. Pening. Serabut.

Nak cerita pun, dah rasa serabut sangat jalan cerita nya.

Nak cakap pun, dah rasa ketidak teraturnya.

Maybe semua 'APA' itu datang serentak. Hal rumah. Hal kerja. Hal keluarga. Hal diri sendiri.

So what i could say here.

I need my own space. Really need my own space. With my own time. With my own love.

Rasa nak pergi jauh-jauh.

Saya nak dedicate lagu ni untuk diri saya.

Wednesday, January 12, 2011

Am i ready?

Jangan tak tahu, soalan itu pun boleh jadi isu for 2nd mom tau.

Hmmm...i hate this feeling...
Tak tahu macam mana nak explain. But i hate it. Kalau boleh nak buang jauh-jauh.

Since pindah rumah, i know it is the time to prepare for our 2nd baby, mentally and physically. Bukan umi je kene get ready, baba and Amsyar pun kene ready jugak. What the hard part. (Sigh)

Susah.

Diam tak diam, Amsyar dah start tidur di katil sendiri.

Tapi.

Masih tak berenggang. Katil dia betul-betul rapat dengan katil kami. Sungguh tak bersedia. Dalam hati umi, hanya DIA saja yang tahu.

Oh, umi. Kuatkan hati. Tak tahu nak gambarkan atau ceritakan macam mana. Tapi ia berat. Seolah-olah, macam berpisah jauh. Kalau nak tahu, malam pertama Amsyar tak tidur dicelah umi dengan baba. Umi tidur menghadap Amsyar. Mata hanya perhatikan dia. Takut dia nangis. Takut die tak biasa. Hakikatnya. Umi dia yang tak biasa. (,^^) Setiap kali Amsyar berubah kedudukan tidur, umi mesti terjaga. Walhal, masa 1st Amsyar keluar dari perut umi ni punyalah berat mata umi nak bukak. Hmmm. (Mengeluh lagi...)

Kalau nak cerita memanglah panjang lebar. Dan perasaan ni sentiasalah muncul setiap kali saya tengok dia. Dan akan makin kuat perasaan itu bila saya berdua dengan dia sebelum tidur. Bersediakah umi bila seorang lagi buah hati nak keluar. How can i divide my love with the one i love. (Kalau fikir-fikir balik, 'how could you say that, umi'). Tapi itulah hakikatnya.

Last night, seperti malam-malam sebelumnya. Lepas Maghrib, Amsyar akan makan. Bila dah settle dinner, sebelum tidur Amsyar akan disiapkan samada tukar baju atau tukar pampers ataupun mandi. Sebabnya lepas makan memang tak sah kalau tak comot baju, comot muka, rambut segala. Hik! Biasalah. Dah bijak. Mane reti makan duduk diam-diam. Siap semua. Susu ready. Sambil minum, umi mesti dodoi dia sampai dia tidur. That moment was always a GREAT and WONDERFUL moment for mom kan.

Ye. Dan disebabkan moment 'itu' lah saya buat entri ini. Semalam lepas je Amsyar habis minum susu, Amsyar dah mamai. Dan biasanya dia akan terus tidur. Tapi. Malam tadi, habis je susu die merangkak pergi ke umi dan tidur atas dada umi. Walaupun perut umi dah besar. So tak boleh nak panjat, Amsyar melabuhkan kepalanya ke dada umi.

Sungguh sayu.

Damai.

Aman.

Umi tak sampai hati tengok anak tidur dalam keadaan tak selesa, terus peluk dan membantalkan lengan umi untuk Amsyar. Damai. Sungguh besar 'nikmat' yang Tuhan beri. Merenung Amsyar tidur.

Dalam 5 minit. Renung muka dia, dalam cahaya bilik yang samar-samar. Umi belai rambut dia. Cium mulut dia. Cium dahi dia. Cium pipi dia. Cium mata dia. Cium hidung dia. Peluk erat-erat. Sungguh berat cabaran ini. Dalam kepala mula melayang. Dalam hati berkata-kata. Apalah yang akan berlaku April nanti. Bila baby dah keluar. Adakah semuanya akan sangat berlainan? Dapatkah Amsyar bermanja dengan umi lagi?

Hmmm..(Mengeluh lagi)
Akhirnya, umi kuatkan hati.
"Baba tolong umi angkat Amsyar. Letakkan kat katil dia."
"Laa..kenapa tak biarkan je dia tidur kat katil tadi...", baba tanya sambil angkat Amsyar.

Umi diam.

Dalam hati, setiap saat. Setiap masa. Umi berdoa.
Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi segala cabaran yang Engkau berikan. Janganlah ada sedikit pun perasaan 'pilih kasih' aku terhadap anak-anak aku. Sesungguhnya, aku berdoa agar aku dapat membahagi kasih terhadap anak-anak ku dengan seadil-adilnya. Aminnnn...

Sunday, January 9, 2011

MASA UNTUK MENGERJAKAN MR.CRAB....

Takde resepi....sebabnya ini resepi caca merba...heheh...
So inilah hasilnya.

Before...
After...
And..done! Hehehehe...Picas baba jadik mangsa...pic umi and Amsyar tak ley masuk setelah ditapis.

Sekian...itu sahaja cerita MR.Crab.

Terima kasih sekali lagi pada Nana...

Friday, January 7, 2011

Teman Terbaikku....Terima kasih kawan...

Terima Kasih Nana...

Punca:

4 Januari 2011.

Seorang kawan menemani kawannya untuk 1st Antenatal checkup.

Sewaktu didalam kereta...

Kawan: Ni mesti umi dia ada teridam ape-ape tak dapat mase mengandungkan Amsyar nih.

(Berkata-kata sambil memandang Amsyar yang tengah meleleh-leleh air liur walaupun usia dah nak menjangkau 2 tahun)

Umi Amsyar: Heh, ada la juga. Tapi tak la craving bagai nak gila. Cuma macam teringin je la. Teringin nak makan ketam.

Kawan: Laa...kenapa tak beli je.

Umi Amsyar: Heh, saya tak tahu siang! (sambil ketawa) Dan juga tak pandai beli. Tak reti nak pilih…(Gelak besar lagi..)

Kawan: Ala…senang je. Tape-tape nati kita kuar beli sama-sama kalau berpeluang. Harus bagi pada Amsyar ni. Orang tua-tua kata, kalau nak hilangkan ’air liur yang meleleh’ nih kene bagi ape yang umi dia tak dapat nak makan.

Umi Amsyar: Oh yeke?? Ha, harus carik nih!

Topik berakhir disitu...

Keesokan hari...waktu lunch time. 5 Januari 2011.

Di ofis.

SMS masuk and receive missed call

Umi Amsyar, return the missed call.

“Hello, ko call aku ke?”

“Ha’ah, takde nak betau nih… Tadi aku pergi pasar beli barang, terjumpa ketam. Teringat kat ko, so aku beli la sket. Dah siap siang semua dah. Nanti datanglah amik ye.”

”Laaa..yeke...susah je. TERIMA KASIH NANA!!!”

Hati berbunga-bunga..., ”Eh, berapa ringgit semuanya?”

”Eh, tape tape. Orang kata sedekah pada ibu mengandung lagi murah ’rezeki’. So ko datang amik je nanti”

Umi Amsyar, speechless. Terharu. ”TERIMA KASIH NANA!!!”

Cepat-cepat tadah tangan dan berdoa.

’Ya Allah ya Tuhan ku, KAU murahkanlah rezeki kawanku ini. Kabulkanlah hajatnya itu. Berkatilah segala apa yang dilakukan dan apa yang diminta. Aminn’

’Mudah-mudahan adalah ’rezeki’ Nana tahun ni’, berbisik didalam hati.

Mula-mula fikir, bila-bila free nak pergi amik. Tiba-tiba, asyik terbayang ketam yang dah siap dimasak, tambahan pula Googling resepi Chili Crab. Makin terliur, dan makin berkobar-kobar nak pergi amik after work tuh jugak.

Elok pula, tuan rumah yang kata nak jumpa hari itu, tak jadik plak. Terus ajak en.somi pergi amik ketam. Oh ketam. Dah lama saya menunggu kehadiranmu.

Call Nana, ”Na, aku on de way nak ke rumah ko nih. Ada rumah tak. Now, takde lah jauh sangat dah. Tapi jem gile”.

“Aku kat luar. Ingat ko jadik jumpe owner tuh. So kami pun keluar la. Nak patah balik, agak jauh jugak nih

Selepas berdiskusi tentang nak amik ketam ni. Nana pun kata,” Dayah, takpe. Suami saya kata boleh hantar. So dah alang-alang die rajin nak hantar. Kang malam-malam sikit saya dating rumah hantar ketam. Sambil memandang en.somi, tiba-tiba saya bersuara tanpa motif, ”Tengok, kawan saya lagi sayang saya dari baba”. En.somi diam.

Ye..ketam sudah selamat di tangan saya. Panjang betul kisah ketam nih. Harus disematkan dalam blog buruk saya nih. So nanti, masa untuk mengerjakan mr.crab!

No.1 - in Teman Terbaikku application from FB


Buku baru…2011!!

Hopefully belum terlambat saya nk wish 'HAPPY NEW YEAR'!!!

Selamat Tahun Baru to all bloggers...

Saya nak buat kompilasi 2010 macam kawan saya tulis tapi masa sangat tak mengizinkan. Dan juga, macam tak muat nak letak dalam satu entri. Terlalu macam-macam. Apa yang penting, all in 2010 menjadi sudah menjadi kenangan and sejarah sebab now we are in 2011!!

Buat ape mase malam New Year?? Ye kami mulakan 1 .1.11 di rumah baru. So that nite kami dah pun di rumah baru. Upss ‘baru’ tuh bukan baru beli ye. Rumah sewa yang baru. Rezeki 'beli rumah' belum ada. Mari kite doa moga rezeki itu datang.

Banyak nak kongsi cerita, tapi macam tak tertulis. Saya akhiri tahun 2010 saya with a lots of fun, mencabar dan superb memenatkan.

So dah alang-alang tak mengkompilasikan 2010 punye cerita, saya terus up pada akhir tahun je lah ye. Konon macam nak menyambut New Year la neh…siap pindah rumah bagai. Hehe.

But for end 2010, I can said, ‘BYE BYE to Cheras’…bertahun lamenye jadi penghuni Cheras. InsyaAllah, kalau rezeki kami ada di Cheras, we will come back! (Chewah!)

Kami dapat rumah 2-storey linked house ni kawasan yang berposkodkan 43000 Seri Kembangan. Wahh, jadik orang Selangor sudah...

Jauh?? Ha part nih memang tak boleh lawan mase duduk Cheras. 2 kali ganda bezanya. Saya dan en.somi, kerja di city centre. Amsyar pun di KL juga. Desa Pandan. So for this month kami masih tercari-cari jalan yang sesuai untuk kami. Hari-hari ikut jalan pergi and balik kerja yang berlainan. Masih belum jumpa.

Rumah?? Not so bad. Letih melayan tangga nak turun naik sebab sebelum nih duduk rumah single storey je pun. Dan ruangan untuk housekeeping pun semakin bertambah. So kene amalkan konsep WonderPets… “Ape yang penting?!! K.E.R.J.A.S.A.M.A!!!”

Surrounding?? Mula-mula tuh agak scarry, sebab kedudukan rumah di lorong yg hujung dan jalan mati. Tapi sebab ada security services yang agak menjamin. So kuranglah sikit ‘takut’ tuh.

Sewa? Pun not bad. Memang standard range untuk kawasan situ. Tak kurang and tak mahal. Tapi preparation untuk deposit and pindah rumah. Kopak jugak lah. Habis duit bonus weihhh…

Ape lagi yee…

Ah-ha!

Broadband signal!! Ha yang ni penting. So far, okay la. Kami guna MAXIS. Signal masih okay, but still depends on location kami on broadband. Dalam bilik ke, dapur ke, hall atas ke, hall bawah ke. Masih monitoring progress. Lagi satu signal yang kami nak cuba is our P1 MAX, belum try ape-ape pun lagi. Saya memang annoyed dengan P1 punye signal since kat Cheras dulu. So en.somi akan buat sendiri operasi mencari signal P1. (Nati mulalah saya stress bila operasi nya bermula..huh!)

Yang lain-lain semuanya okay lah.

Notes,

Penat yang amat. Tapi alhamdulillah baby dalam perut sihat wal’afiat. Sentiasa mohon agar DIA melindungi kandungan saya sepanjang saya pindah rumah. Betul-betul minta sedikit tenaga dalam badan untuk seminggu dua. Nanti umi rehat cukup-cukup ye nak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...