My mood recently

Friday, January 7, 2011

Teman Terbaikku....Terima kasih kawan...

Terima Kasih Nana...

Punca:

4 Januari 2011.

Seorang kawan menemani kawannya untuk 1st Antenatal checkup.

Sewaktu didalam kereta...

Kawan: Ni mesti umi dia ada teridam ape-ape tak dapat mase mengandungkan Amsyar nih.

(Berkata-kata sambil memandang Amsyar yang tengah meleleh-leleh air liur walaupun usia dah nak menjangkau 2 tahun)

Umi Amsyar: Heh, ada la juga. Tapi tak la craving bagai nak gila. Cuma macam teringin je la. Teringin nak makan ketam.

Kawan: Laa...kenapa tak beli je.

Umi Amsyar: Heh, saya tak tahu siang! (sambil ketawa) Dan juga tak pandai beli. Tak reti nak pilih…(Gelak besar lagi..)

Kawan: Ala…senang je. Tape-tape nati kita kuar beli sama-sama kalau berpeluang. Harus bagi pada Amsyar ni. Orang tua-tua kata, kalau nak hilangkan ’air liur yang meleleh’ nih kene bagi ape yang umi dia tak dapat nak makan.

Umi Amsyar: Oh yeke?? Ha, harus carik nih!

Topik berakhir disitu...

Keesokan hari...waktu lunch time. 5 Januari 2011.

Di ofis.

SMS masuk and receive missed call

Umi Amsyar, return the missed call.

“Hello, ko call aku ke?”

“Ha’ah, takde nak betau nih… Tadi aku pergi pasar beli barang, terjumpa ketam. Teringat kat ko, so aku beli la sket. Dah siap siang semua dah. Nanti datanglah amik ye.”

”Laaa..yeke...susah je. TERIMA KASIH NANA!!!”

Hati berbunga-bunga..., ”Eh, berapa ringgit semuanya?”

”Eh, tape tape. Orang kata sedekah pada ibu mengandung lagi murah ’rezeki’. So ko datang amik je nanti”

Umi Amsyar, speechless. Terharu. ”TERIMA KASIH NANA!!!”

Cepat-cepat tadah tangan dan berdoa.

’Ya Allah ya Tuhan ku, KAU murahkanlah rezeki kawanku ini. Kabulkanlah hajatnya itu. Berkatilah segala apa yang dilakukan dan apa yang diminta. Aminn’

’Mudah-mudahan adalah ’rezeki’ Nana tahun ni’, berbisik didalam hati.

Mula-mula fikir, bila-bila free nak pergi amik. Tiba-tiba, asyik terbayang ketam yang dah siap dimasak, tambahan pula Googling resepi Chili Crab. Makin terliur, dan makin berkobar-kobar nak pergi amik after work tuh jugak.

Elok pula, tuan rumah yang kata nak jumpa hari itu, tak jadik plak. Terus ajak en.somi pergi amik ketam. Oh ketam. Dah lama saya menunggu kehadiranmu.

Call Nana, ”Na, aku on de way nak ke rumah ko nih. Ada rumah tak. Now, takde lah jauh sangat dah. Tapi jem gile”.

“Aku kat luar. Ingat ko jadik jumpe owner tuh. So kami pun keluar la. Nak patah balik, agak jauh jugak nih

Selepas berdiskusi tentang nak amik ketam ni. Nana pun kata,” Dayah, takpe. Suami saya kata boleh hantar. So dah alang-alang die rajin nak hantar. Kang malam-malam sikit saya dating rumah hantar ketam. Sambil memandang en.somi, tiba-tiba saya bersuara tanpa motif, ”Tengok, kawan saya lagi sayang saya dari baba”. En.somi diam.

Ye..ketam sudah selamat di tangan saya. Panjang betul kisah ketam nih. Harus disematkan dalam blog buruk saya nih. So nanti, masa untuk mengerjakan mr.crab!

No.1 - in Teman Terbaikku application from FB


2 comments:

  1. huk2 saye la plak terharu bace entry ni..semoga makbul doa ummi ye..amin =)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..DIA tahu niat kamu....

    ReplyDelete

Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...