My mood recently

Wednesday, September 29, 2010

Ketentuan Illahi....

11 Aug - Demam panas
12 Aug - Demam baru nk kebah. Tapi ba. umi rasa lain macam lah. Baba tak rasa lain ke?
13 Aug - Ba. Takde lagi pun...kenape eh??? Dah lewat dah ni. Umi ase baba kene beli jugak lah!
14 Aug - Ba. Umi tak tahan lah! Mana bende tuh?? ......................................

BABAAAAAAA!!!!!!!!!!!!

Menangis. Menangis. Dan menangis. Terkedu. Buntu.Speechless. Hanya air mata yang tak henti bercucuran entah kenapa.
.
.
.
.
.
Susah nk mula.
.
.
.
.
.
Suami terdiam. Isteri menangis. Anak pelik.

Begitulah permulaan Ramadhan 2010 kami. Since 14 Aug, aku hanya tahu menangis, menangis dan menangis. Aku buntu.

"Ba, tak mungkin ba. Baba kene beli lagi. Biar umi cube lagi. Tak mungkin ba!!! TAK MUNGKIN!!!!"

"BA, Macam mana ni???! MACAM MANA??!!!!!". Menangis lagi. Hari-hari murung. Pale. Dull. Kusut. Serabut. AAAAAAaaaarrrggghhhh!!!

Sedih. Menangis. Sedih.

Kenapa??

Kalau cerita, pasti ada orang gembira mendengarnya. Dan mungkin ada yang tanya, "kenapa sedih. Janganlah macam tuh"

Tak tahu pada siapa aku nak mengadu....aku buntu..aku tak tahu pada siapa aku nak kongsi masalah...tak tahu...!!!!

Dengan hati yg berat...aku mengarang email yang panjang...memberitahu berita pada Nana, antara kawan yg aku selalu contact. Panjang lebar aku bercerita. Kenapa tak call?? Aku tak boleh..tak mampu..nanti mesti aku akan menangis teresak-esak. Aku tak tahu kenapa dengan aku ni. Pantang bukak cerita pasal ni, mesti air mata nak berlinang. Aku minta pendapat Nana, macam-macam dipesannya. Samalah dgn husband aku. Suamiku berkali-kali minta maaf atas, apa yang dah jadi. Tapi katanya. Kita harus kuat semangat. Anggap ini adalah dugaan yg Tuhan beri, semoga ada hikmah yg baik dariNya nanti. Aku tetap bersedih.

Perubahan ke atas diri aku sangat ketara. Sampai ramai yang bertanya, "Mengandung ke??". Hati bagaikan di panah halilintar. Menangis. Tapi. Ntahla.

Ya, saya memang mengandung. I am pregnant. Sampai berkali-kali buat urin test di rumah. Bawa pula berjumpa doktor. Sempat beritahu doktor, "Apapun, saya tak nak 'bende' ni doktor!!". Tapi jawapannya tetap sama. Saya positif. Kata doktor, "Minta maaf, kami di sini tak buat abortion".

Tapi kenapa mesti sampai macam tuh Dayah??? Ntah. Aku pun tak tahu. Sedih lagi.

Mungkin.

Mungkin inilah akibatnya bila kamu tak pandai redha dengan kententuanNya. Iman terlalu nipis. Mungkin.

Tapi kemungkinan yang aku buat adalah....AKU TERLALU DAN TERAMAT BELUM BERSEDIA. Dengan erti kata lain, sudah men'set'kan mental dan fizikal, "Now is not the time to have another baby. Not now!!". Tapi kenapa masih sedih. Jahatnya aku sampai aku berniat nak 'buang'. Ya Allah kenapa Dayah??? Kenapa?? Ingat Tuham. Kalau kata Nana, "kalau boleh ditransfer, memang aku nak sangat ko transfer kat perut aku. Dah 1 thn lebih aku tunggu, tapi belum ade rezeki. Tapi apakan daya..." Sedih mendengarnya. Menangis lagi. Mungkin iman tu ada lagi. Segala tindakan aku terbatas. Terhenti. Cuba redha dgn apa yang dah berlaku. Renungkan setiap sokongan yang orang keliling berikan pada aku. "Cukuplah kite duk kutuk dan benci orang yang buang anak tu. Xkan kite nk tergolong macam diorang. Sabar ye sayang. Abang support sayang", suami cube menyedapkan hati.

Jauh dalam hati berkata,

"Hai Dayah, kenapalah dengan kau ni. Itu rezeki Tuhan bagi. Kenapa nak ditolak. Orang lain bersedih-sedihan dek susah nak dapat anak. Tapi kau!! Tak nak pulak. Kalau lah ditakdirkan time kau nak nanti Tuhan xbagi?? Macam mana??? Nanti mulalah menyesal tak sudah. Sudahlah Dayah, mungkin ada hikmah disebaliknya. Kite sebagai hamba, menerima dan hadapinya dengan redha."

Termenung depan skrin komputer. Menitis lagi air mata ni. Hmmmmm..... dah 4 minggu janin tersemai elok dalam rahim aku. Tak planning?? Planning, kami memang planning tapi ntah macamana boleh tersangkut. Teringat aku pada kisah Alanna yg bertemu Illahi begitu awal. Sedih bila dengar orang hilang anak. Tapi aku. Hmmm...ntahlah....

Sentiasa aku berfikir, kenapa Dia sentiasa bagi kami dugaan. Adakah Dia ingin menguji keimanan kami? Adakah Dia menyayangi kami? ....Hati kecil ku menangis.

Aku sedih, mengenangkan Amsyar yang masih belum puas bermanja dengan umi dan baba. Tapi sering aku bertanya dalam hati, "Betulkah ada anak ke-2, akan buatkan anak pertama kita kurang kasih sayang?"

Aku tersangat sedih, mengenangkan Amsyar perlu berhenti breastfeed. Sesunnguhnya waktu paling indah bersama anak adalah waktu menyusukan dia. Tapi... (Aku sedih lagi. Teresak-esak hati ini menangis).

Aku letih, mengenangkan kami sekeluarga baru nak stabil. Lepas je kahwin, aku dah bunting pelamin. Orang kata rezeki. Tapi belum sempat menghela nafas dengan hal2 kahwin, kami kene bersiap sedia untuk preparation 'orang baru'. Dan sekarang, baru merancang mencari rumah, lain pula Tuhan bagi rezeki. Apakah petunjuk yang cuba Engkau berikan ini Ya Allah. Betullah, sesungguhnya kita hanya merancang Dia yang menentukan segalanya.

Kini, Amsyar dah semakin bijak membesar. Sudah pandai bercakap sikit-sikit. Sudah faham apa yang kita cuba sampaikan. Dan yang paling penting. Sudah berhenti breastfeed. Sedih. Bila renung muka dia. Bila tido dengan dia, aku sangat rindu saat-saat itu. Tapi apakan daya. Hajat nak breastfeed Amsyar sampai 2 tahun tak tercapai. Hanya Tuhan saja yang mengetahui apa yang ada dalam hati ini.

Maafkan umi sayang....
"Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala apa yang akan berlaku, apa yang ada dihatiku ini. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang Engkau berikan. Berikanlah kami pentunjuk dalam menuju ke arah Mu, Ya Allah. Berkatilah kehidupan kami. Berkatilah rezeki kami. Berkatilah segala kejayaan yang Kau berikan. Sesungguhnya, kami adalah hamba yang lemah. Kami bersyukur atas apa yang Kau berikan. Dan kami redha dengan segala dugaan dan cabaran yang Kau berikan."
Amin ya rabbil'alamin...

Bulan-bulan yang tertinggal...

Setelah sekian lama aku tak bagi ape2 entri di blog sendiri...sangat kesian...hmmm...

JUNE..JULAI...OGOS...SEPTEMBER... Wahhh...lamanya....

Kenapa?? hmm...aku memang sangat sibuk dengan hal-hal kerja..keluarga..anak...suami...

JUNE 2010
saya busy sangat..awal-awal bulan dah ke Kulim, Kedah for Majlis Pertunangan Mohsin cousin aku. Join rombongan meminang la kononnya. Selang 2 minggu, ada lagi satu Majlis Pertunangan cousin, Raihana. So dalam masa beberapa minggu tuh, ibu dan ayah di KL. Mereka semua bermalam dirumah aku. Sampaikan masa Majlis Pertunangan Ana, anak paklang aku..kakak aku yang dari Mersing pun datang di KL. Jadi, memang busy betul dengan aktiviti keluarga. Sambut father's Day, sambut birthday kakak aku. Itu. Ini. Dan macam-macam lagilah. Seminggu selepas tuh, aku pulak dah ada perancangan dengan kawan-kawan USM untuk bercuti ke Genting Highland. Tidur sana 1 malam. Seronok juga. Walaupun dalam masa yg sama Amsyar kene mild HFM. Tak makan. Tak minum. Tapi tak meragam teruk sangat. Begitulah kisah JUNE yang sangat busy

JULY 2010
Disambung lagi dengan bulan yang seterusnya. Khalis adik aku, dah confirm further degree at University Malaya in CAD/CAM course. So sekali lagi ibu dan ayah datang KL untuk mempersiapkan adik. Aku? Seminggu bekerja dari rumah, untuk looking after Amsyar for fully recover from HFM disease. Seminggu saya dirumah. Masuk minggu kedua. Mak ngah aku pulak, buat kenduri Aqiqah dan cukur jambul cucu pertamanya, Al-Hawarizmi. Penat juga. seharian dirumahnya. Ibu dan ayah masih lagi di KL, uruskan Khalis. Belikan motor. Biasalah anak lelaki. Hari Rabu baru ibu ayah pulang ke Kluang, Johor. Letih betul mereka. Kami? masih lagi letih, kerana hujung minggu tu family mertua aku pula datang rumah. Anak perempuannya dah dapat posting mengajar di KL, dan kebetulan di Cheras sangat dekat dgn rumah aku. Selesai. Mereka pulang ke Sg. Petani. Kami berehat seminggu.

Sambung lagi dengan hujung minggu terakhir di bulan July, kami pulang ke Kluang untuk kenduri doa selamat satu keluarga
:: untuk ibu yang semakin sihat
:: untuk kak arni semoga selamat bersalin
:: untuk kedua abang aku dimurahkan rezeki dengan dinaikkan pangkat
:: untuk khalis dapat peluang sambung degree di UM
:: untuk suami aku yg telah dapat kerja baru dan juga untuk aku, semoga perniagaan kecil-kecilan aku dan nana diberkatiNYA.

Amin... tamat juga bulan JULY 2010..

AUGUST 2010
cepat betul masa berlalu. Bulan Ramadhan dah semakin hampir. Oleh itu weekend pertama dibulan OGOS yang juga weekend terakhir sebelum Ramadhan. Aku dan nana, La Bella Tela adakan majlis makan-makan before bulan puasa sempena kedua-dua suami kami dapat kerja baru dan juga untuk mingle with La Bella Tela friends and customers. Penat jugak walaupun simple. Habis je majlis aku berkejar balik ke rumah, family mertua datang KL lagi untuk Konvokesyen anak perempuan bongsu mereka, Anis di UKM Bangi. Hari isnin, 9 OGOS 2020, Anis selamat Konvokesyen. setelah mereka semua pulang. Kami seperti sediakala, bersiap sedia untuk Ramadhan. Tapi ada berita tergempar pada RAMADHAN 2010. Nanti saya akan cerita berita tergempar tuh. Bulan Ramadhan kami tahun ni terlalu dan tersangat-sangat sederhana. Dalam sibuk berRamadhan, pada 21 August aku ade jemputan ke Majlis Besahur bersama HoT FM AM krew. Seronok la juga. Ni pun akan ku cerita panjang. Nanti jenuh pulak org nk membaca. Baba, suami tersayang sudah selamat bermula di tempat kerja baru. Dan kami pun dengan cara baru, pergi dan pulang bekerja bersama. Aku tak lagi keseorangan memandu dipagi hari bersama Amsyar. Bahagia.

SEPTEMBER 2010
Tup tap tup tap! Dah raya. Sekejap betul. Tapi yang tak bestnya, cuti raya kami tahun ni sekejap saje. Cukuplah 3 hari di Johor, 3 hari di Kedah. Hari yg penuh dengan hal2 penting. Di Johor, aku sibuk dengan anak sakit. Amsyar kene Gingivitis yg teruk. Jadi sambutan raya ala kadar. Di Kedah pula, Amsyar dah sihat. Penat dengan perjalanan dari Kluang Johor ke Sg.Petani Kedah, bertolak dr pukul 6ptg dan tiba di rumah mertua jam 3 pagi. Pagi tu juga, pukul 12 tghari ada pula Majlis Pertunangan Ameerah adik ipar aku. Seharian sibuk. Penat. Exhausted. Tak terkata. Tapi sempat juga kami beraya dirumah beberapa rumah.

Singkat betul Syawal tahun ni. Ade 4 weekend, weekend pertama semua pulang ke kampung berhari raya, weekend ke2 ada yang baru habis bercuti cuti raya termasuk cuti sekolah. Weekend ke3, baru start beraya sana dan sini. Weekend ke4, weekend terakhir di bulan Syawal 2010 kelam kelibut semua nak habiskan beraya. Kang tak pergi ada yang terasa. Aku?? Belum habis lagi. Rumah sedara mara di KL, baru 2-3 rumah je pergi. Banyak lagi yg tak berkesempatan nak pergi. Hmmm...tengoklah macam mana nanti. Yang mana sempat je la.

Btw, Sabtu 2 Oct ni aku ade panggil kawan-kawan yg kenal makan-makan. After Asar onwards. So klu ade sape2 terbaca nih. Jemputlah ke rumah ye.

Ha snapshpot photo raya tahun ni from Facebook,Selamat Hari Raya kawan-kawan.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...