Setelah sekian lama aku tak bagi ape2 entri di blog sendiri...sangat kesian...hmmm...
JUNE..JULAI...OGOS...SEPTEMBER... Wahhh...lamanya....
Kenapa?? hmm...aku memang sangat sibuk dengan hal-hal kerja..keluarga..anak...suami...
JUNE 2010
saya busy sangat..awal-awal bulan dah ke Kulim, Kedah for Majlis Pertunangan Mohsin cousin aku. Join rombongan meminang la kononnya. Selang 2 minggu, ada lagi satu Majlis Pertunangan cousin, Raihana. So dalam masa beberapa minggu tuh, ibu dan ayah di KL. Mereka semua bermalam dirumah aku. Sampaikan masa Majlis Pertunangan Ana, anak paklang aku..kakak aku yang dari Mersing pun datang di KL. Jadi, memang busy betul dengan aktiviti keluarga. Sambut father's Day, sambut birthday kakak aku. Itu. Ini. Dan macam-macam lagilah. Seminggu selepas tuh, aku pulak dah ada perancangan dengan kawan-kawan USM untuk bercuti ke Genting Highland. Tidur sana 1 malam. Seronok juga. Walaupun dalam masa yg sama Amsyar kene mild HFM. Tak makan. Tak minum. Tapi tak meragam teruk sangat. Begitulah kisah JUNE yang sangat busy
JULY 2010
Disambung lagi dengan bulan yang seterusnya. Khalis adik aku, dah confirm further degree at University Malaya in CAD/CAM course. So sekali lagi ibu dan ayah datang KL untuk mempersiapkan adik. Aku? Seminggu bekerja dari rumah, untuk looking after Amsyar for fully recover from HFM disease. Seminggu saya dirumah. Masuk minggu kedua. Mak ngah aku pulak, buat kenduri Aqiqah dan cukur jambul cucu pertamanya, Al-Hawarizmi. Penat juga. seharian dirumahnya. Ibu dan ayah masih lagi di KL, uruskan Khalis. Belikan motor. Biasalah anak lelaki. Hari Rabu baru ibu ayah pulang ke Kluang, Johor. Letih betul mereka. Kami? masih lagi letih, kerana hujung minggu tu family mertua aku pula datang rumah. Anak perempuannya dah dapat posting mengajar di KL, dan kebetulan di Cheras sangat dekat dgn rumah aku. Selesai. Mereka pulang ke Sg. Petani. Kami berehat seminggu.
Sambung lagi dengan hujung minggu terakhir di bulan July, kami pulang ke Kluang untuk kenduri doa selamat satu keluarga
:: untuk ibu yang semakin sihat
:: untuk kak arni semoga selamat bersalin
:: untuk kedua abang aku dimurahkan rezeki dengan dinaikkan pangkat
:: untuk khalis dapat peluang sambung degree di UM
:: untuk suami aku yg telah dapat kerja baru dan juga untuk aku, semoga perniagaan kecil-kecilan aku dan nana diberkatiNYA.
Amin... tamat juga bulan JULY 2010..
AUGUST 2010
cepat betul masa berlalu. Bulan Ramadhan dah semakin hampir. Oleh itu weekend pertama dibulan OGOS yang juga weekend terakhir sebelum Ramadhan. Aku dan nana, La Bella Tela adakan majlis makan-makan before bulan puasa sempena kedua-dua suami kami dapat kerja baru dan juga untuk mingle with La Bella Tela friends and customers. Penat jugak walaupun simple. Habis je majlis aku berkejar balik ke rumah, family mertua datang KL lagi untuk Konvokesyen anak perempuan bongsu mereka, Anis di UKM Bangi. Hari isnin, 9 OGOS 2020, Anis selamat Konvokesyen. setelah mereka semua pulang. Kami seperti sediakala, bersiap sedia untuk Ramadhan. Tapi ada berita tergempar pada RAMADHAN 2010. Nanti saya akan cerita berita tergempar tuh. Bulan Ramadhan kami tahun ni terlalu dan tersangat-sangat sederhana. Dalam sibuk berRamadhan, pada 21 August aku ade jemputan ke Majlis Besahur bersama HoT FM AM krew. Seronok la juga. Ni pun akan ku cerita panjang. Nanti jenuh pulak org nk membaca. Baba, suami tersayang sudah selamat bermula di tempat kerja baru. Dan kami pun dengan cara baru, pergi dan pulang bekerja bersama. Aku tak lagi keseorangan memandu dipagi hari bersama Amsyar. Bahagia.
SEPTEMBER 2010
Tup tap tup tap! Dah raya. Sekejap betul. Tapi yang tak bestnya, cuti raya kami tahun ni sekejap saje. Cukuplah 3 hari di Johor, 3 hari di Kedah. Hari yg penuh dengan hal2 penting. Di Johor, aku sibuk dengan anak sakit. Amsyar kene Gingivitis yg teruk. Jadi sambutan raya ala kadar. Di Kedah pula, Amsyar dah sihat. Penat dengan perjalanan dari Kluang Johor ke Sg.Petani Kedah, bertolak dr pukul 6ptg dan tiba di rumah mertua jam 3 pagi. Pagi tu juga, pukul 12 tghari ada pula Majlis Pertunangan Ameerah adik ipar aku. Seharian sibuk. Penat. Exhausted. Tak terkata. Tapi sempat juga kami beraya dirumah beberapa rumah.
Singkat betul Syawal tahun ni. Ade 4 weekend, weekend pertama semua pulang ke kampung berhari raya, weekend ke2 ada yang baru habis bercuti cuti raya termasuk cuti sekolah. Weekend ke3, baru start beraya sana dan sini. Weekend ke4, weekend terakhir di bulan Syawal 2010 kelam kelibut semua nak habiskan beraya. Kang tak pergi ada yang terasa. Aku?? Belum habis lagi. Rumah sedara mara di KL, baru 2-3 rumah je pergi. Banyak lagi yg tak berkesempatan nak pergi. Hmmm...tengoklah macam mana nanti. Yang mana sempat je la.
Btw, Sabtu 2 Oct ni aku ade panggil kawan-kawan yg kenal makan-makan. After Asar onwards. So klu ade sape2 terbaca nih. Jemputlah ke rumah ye.
No comments:
Post a Comment
Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...