My mood recently

Tuesday, June 30, 2009

Kisah ibu dan anak

Ini bukan kisah ubat batuk cap ibu dan anak ye...

Hmmm....
Bila dah jadi ibu barulah rasa perasaan sayang dan kasihnya pada anak.
Sayangnya tak terkata. Kasih yang nak diberinya tak terkira. Rindunya tak terkata.
Itulah nasib si ibu yang bekerja.

Hai anak,
Umi rindukan kamu,
Andai Umi diberi masa,
Umi ingin bersama mu setiap masa...

Tapi apakan daya,
Umi membantu baba mencari rezeki,
Ingin besarkan kamu dengan secukupnya,
Ingin permudahkan perjalanan hidup kita...

Hai anak,
Umi rindukan kamu...
Bila jam dah tunjukkan pukul 3 petang. Mesti rasa tak sabar nak pulang berkobar-kobar. Setiap minit mesti pandang pada jam di skrin komputer. Bilalah nak pukul 5 nih. Bila jam dah tunjukkan puku 4 petang, mood nak bekerja dah mula hilang. Dalam kepala ingat nak balik. Sebelum pukul 5, PC dah di 'shut down' kan. Tepat jam 5, ambil beg keluarkan kunci kereta angkat kaki jalan. Terus pergi parking. Dalam kepala dah tak sabar-sabar nak ambil anak di rumah pengasuh. Kesian die kene tunggu umi.

Sampai je rumah pengasuh terus ambil dia....
peluk dia.....
cium dalam-dalam........
.
.
.
puas!


Jom kite balik rumah ye.....sambung main kat rumah...
Dalam perjalanan tiba di rumah, mesti mata ni tak henti-henti bertentangan dengan si dia kat sebelah. Dia mesti pandang dengan penuh menggoda tunggu umi, bila la umi nak senyum dengan dia.... CHAKKKK! umi sergah sambil memandu. Dia mesti ketawa! Ah suka! Hilang stress di waktu kerja.

Begitulah kisah seorang umi........

Friday, June 26, 2009

So much in my plate

Wahhhh..banyak nye makan......!!!!!

Hek! Jangan salah tafsir lah. Its all about my kerja at work lah. So much and too much! Hate this!
Logikkah jika seseorang diberikan banyak deadline within a days??? Tak patut kan? Eh tapi tak kan nak kerja goyang kaki kot..kan..kan..kan...?
Tapiiiii.. penatla weiiiiiii....

Macam ni lah...
PC ade satu
Keyboard satu
Monitor ade satu
Mouse satu
Badan ade satu
Tangan ade 2
Mata 2

So how you gonna expect me to do more???? How??

Fleksibiliti lah jawapannya....

Tetapi!

Bila kefleksibiliti kite digunakan sampai ke tahap maksimum.

......Tiiiiiiiiitttttttttt.....(Macam bunyi mesin ECG....)

"Ini sudah lebeyyy nih....."

Jadi belajarlah katakan "TIDAK!!".
Mmmmm...tapi...bolehke? Pandai-pandai je....

Beginilah monitor aku...Taskbar...FULL!

BOLEH KE???!!!!!

Tension betul......! Walaupun selalu je tension..tapi hari ini...di waktu ini...terasa teramat tension! Geram! Sakit hati!

Bolehkah kita namakan situasi ini situati lazim di tempat kerja. Kenapa orang susah nak memahami orang lain! Hish ke aku yang emosi nih???? Nak datang bulan dah ke??

Tapi kan....pada pendapat dan firasat sayalah kan....

Memang patut dalam Organizational Behaviour perlu ada satu perkara penting which is seorang pekerja perlu memahami pekerja lain.

Perlu tak?

Perlu ke?

PERLU LAHHHH!!!!! PENTINGGGGG!!!

Tapi orang kata kalau kita tak memahami orang lain. Susah orang nak memahami kita. ??? Tapi masalahnya diri ini selalu lah memahami perasaan dan situasi orang lain. Yang penting, "Tak suke push orang la..."

Tak kisah, orang atasan, orang bawahan, kalau nak request something tak boleh ke buat waktu bekerja? Eh, betullah kan? Tapi boleh kah di terima akal, jikalau kerja itu di request sewaktu kita sedang menutup windows satu persatu untuk persiapkan diri untuk pulang. Logik ke?? Memahami ke tak memahami tuh?? Masuk topik 'Memahami' ke? Ke 'Pemahaman'?

Orang atasan dapat arahan sangat urgent, kononla dalam masa seminggu. So diarahnya orang bawah dia urgent jugak, anggaran dalam masa 3 hari. Orang bawah dia tu, yang mengarahla orang bawahan dengan arahan yang tersangat-sangat urgent. "Saya nak bende ni esok!"
HAAHHHHH! Patut ke perkara begini berlaku?? Patutke? Tak patutkan? Tapi kenapa mesti berlaku? Kenapa?? Ada siapa-siapa nak jawab. Saya nak jawapan yang rasional sahaja.

*Mengeluh*

Mari renungkan nasib orang bawahan.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...