My mood recently

Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Wednesday, May 13, 2009

Detik-detik pertama ku (Bahagian I)

Lama jugak rasanya tidak coretkan entri kat blog nih...
Hmmmm..inilah aku...masa sangat singkat...jadi kadang-kadang nak luangkan masa untuk blog mesti susah. Kebetulan sekarang ni buah hati pengarang jantung dah lelapkan mata. Dari hari ke hari, teringin juga nak kongsi pengalaman anak pertama dalam ni. Anak pertama la katakan...

Bile dah jadi ibu, barulah faham kenapa istimewanya jadi anak pertama. Sayangnya bukan main. Patutlah aku kadang-kadang terfikir kenapa la aku jadi anak ke-4. Hihihi..semua ni ketentuanNya, siapa yang dulu siapa yang kemudian. Tengok ni..melalut lagik. Tak mula pun lagi cerita.

......Sambung cerita 'Ada apa pada tarikh 17 haribulan'....
Tanggal 17hb Februari 2009, aku selamat melahirkan anak pertama setelah 38 minggu kendong die dalam perut. Nama pun anak pertama, jadi pengalaman pertama memang tak boleh dilupakan.

Diingatkan semula, bila masuk je minggu ke-36 yang mana kandungan aku dah masuk bulan yang ke-9, ibu dah mula memesan suruh jaga diri elok-elok, persiapkan segala persediaan nak ke hospital dan sebagainya. Rasa takut, berdebar semuanya semakin bertambah-tambah. Tapi bile dah sibuk di tempat kerja hampir lupa pulak yang aku bakal bersalin bila-bila masa saje. Ikut kata doktor 70% untuk bersalin adalah mase minggu ke-38 ke atas. Jadi aku pun buat biasa je la. Takdelah hari-hari menunggu, mengagak macam mana lah rasa sakit nak bersalin. Bak kata orang, mesti masa ni kite terfikir,

"..macam mane rasa sakit tu eh..."
"....macam senggugut ke..macamm nak berak ke...sakit perut biasa ke..."
"macam plak nak tau masa itu nak tiba???"

Kesimpulannya semualah dah bermain-main dalam kepala nih. Puas dah aku rajin kan mulut tanya orang apa info yang boleh diguna pakai. Segala persediaan pun dah siap. Yang lagi best, masa aku buat kenduri 7bulan..kire macam lenggang perut la...mase tuh bidan yang mengurut aku dia kata, kandungan ni dah 8 bulan rasanya. Tapi memang pun sebab mase tu dah hujung-hujung bulan yang ke-7. Jadi makcik tu, siap kan juga air selusuh.Bunga kembang semangkuk pun dah sedia, kononnya nak direbus dan minum untuk dijadikan air selusuh.

Katanya, "Air ni separuh buat mandi, separuh lagi simpan..jangan diminum! Dah rasa sakit baru minum".

Sebenarnya EDD aku 4 Mac 2009. Tapi mungkin sebab keaktifan aku kesana kemari membuatkan aku bersalin awal. Seminggu sebelum bersalin aku dah ade rasa sakit-sakit macam senggugut dari pukul 5 pagi, pelik jugak..dalam hati ni dah terdetik.."Eh?? dah sampai mase ke...??" tapi sampai pukul 6.30 pagi, sakit tu hilang.. Jadi aku pergi je kerja macam biasa. Bila aku cerita pada kawan ofis, die ade pesan kalau berlarutan dan tak pasti..terus je pergi hospital, just nak tau kenapa je.

Kemudian aku kerja macam biasa sampai la minggu terakhir sebelum aku mula cuti bersalin. Dalam perancangan, dah siap setkan meeting dengan pengganti 20hb sebab aku nak handover kerja semua. Hari Isnin, 16hb,ofismate asyik la menegur aku.."Kenapa muka nampak pucat je...." Aku pun tak tau kenapa, tapi hari itu memang terasa letih sangat. Tapi bile balik rumah aku okay je. Malam tu aku berchatting dengan kawan sama belajar di Penang, bergelak ketawa, sanggup tunggu sampai pukul 10.30 mlm nak tengok cerita Rozanna. Padahal suami dah banyak kali bising suruh tidur awal. Lewat jugak aku tido malam tu.

Tengah sedap-sedap tido, tibe-tibe..ntah pukul berapa aku dah terjaga, terasa perut sakit sangat. Eh, kenape ni...??? lepas tu sakit hilang. Kang selang bape minit, datang lagi sakit tuh...lepas tuh hilang.. Aku dah mula tak boleh tido, tengok-tengok jam baru pukul 4 lebih. Dalam hati ni, "Hish tak boleh jadi ni...apsal semacam je..." Makin lama makin sakit. Makin lama makin kerap. Sampai pukul 5 pagi tak berhenti jugak. Aku terus kejut suami. Dua-dua pun dah tak boleh tido, Sampai pukul 6, makin kerap sakit. Yang kelakarnya, disebabkan tak pasti dan tak tahu sempat lagi kami selak buku panduan. Kalau 5 minit sekali sakit, dah kene bersiap ke hospital. Rasa macam dah betul. Tambah lagi nak ketawa dalam sakit-sakit tuh, sempat lagi suami aku ambil timer, nak kira betul ke aku ni sakit 5 minit sekali. Semuanya dah betul.sampai pukul 7 sakit tak hilang, terus call doktor. Dia suruh kami terus ke hospital. Aku sedapkan hati walaupun rasa macam dah betul, "Mungkin bukan kot.....". Bersiap pun ala-ala nak pergi kerja, kononnya kalau bukan, lepas pergi hospital kami nak terus je ke ofis.

Tiba di hospital, bahagian kecemasan. Agak leceh jugak la, kalau orang dah sakit betul memang dah terberanak dah. Manetaknya, sampai-sampai je, kene daftar, kemudian amik berat la, amik BP la, amik tinggi la, test air kencing la. 3 tanda nak bersalin, turun darah, pecah air ketuban dan contraction. aku cuma contraction baru. Yang pelik nya, belum apa-apa lagi contraction aku dah 5 minit sekali. Masa nak test urine, baru perasan aku dah turun darah. Lepas je cek semua tuh, nurse bawak aku masuk dlm satu bilik. Diikat nye perut, mesin ECG tu pun berbunyi. Kuat juga. Dah la tak bole gerak. Perut sakit. mengerekot je la kat atas katil tuh. Lama jugak tunggu kat dalam tuh, kira dalam sejam la. Diorang nak tengok ECG, memang gaya macam waktu nak bersalin dah nak tiba. Tapi bukaan tak mengizinkan baby keluar lagi. Doktor tanya, "Awak macam mana, kalau refer ECG nih, dalam 4 jam lagi awak boleh bersalin. Atau mungkin lambat lagi". Aku bile dengar lambat lagi tuh yang terus je aku jawab, " Ala doktor, kalau lambat lagi saya nak balik rumah la...." Doktor takut nak lepaskan aku. Takut aku terberanak kat rumah. Lepas diorang berbincang sume, doktor suruh aku baring balik. Aku macam terpinga-pinga, "Nak buat ape ni doktor???" "Kita nak pecah kan water bag.." "HAAAHH???", hati aku berbisik. Gerun jugak tengok alat tuh, nasib baik la doktor dan nurse tu baik. Siap je, "Okay kejap lagi awak terus pegi labour room ye..." "Maksudnya doktor???" "Awak terus tunggu kat situ..." Dalam hati ni, "Is that mean aku dah kene beranak???? Oh tidak!!!"

Keluar dari tempat tuh, baru lah nampak muka suami yang dari tadi menunggu aku diluar. "Macam mana sayang?" Tengok aku dah dengan kain hospital duduk kat atas kerusi roda. Hanya tersenyum, "lepas ni kene terus pergi labour room, doktor dah pecahkan water bag.." Kami pun bersembang biasa. Tiba-tiba suami aku, "Eh maksudnya ni terus tunggu nak beranak la ye??". Laaaa..ingatkan dah faham. Dia pun dah mula panik. Hanya sempat call orang penting je nak beritahu yang aku ni dah menunggu mase je. Tak tau nak kata perasaan tu macam mane.

Tiba dalam labour room, nurse kat situ pulak ambil tugas persiapkan aku. tukar baju, pakai kan ECG, masukkan drip. Fuhhh..seksanya. Dah la tengah sakit, dah ke pakai itu ini makin susah nak bergerak. Perut lapa. Tak breakfast pun lagi. Segala air selusuh la, air bunga kembang semangkuk sume entah ke mana. Sekarang waktu menunggu masa je. Sakit makin lama makin ligat. Suami teman ditepi pun dah tak tahu nak buat ape. Nurse datang tanya, "Awak nak pakai Epidural?? Awak nak bersalin lambat lagi. Kalau pakai sekarang tade la sakit sangat nati..." Aku dah rasa serba salah, macam nak pakai macam taknak pakai....."macam mane ni bang.....???"

............to be continue...................

Wednesday, February 18, 2009

Apa ada pada tarikh 17 haribulan

Kalau 17 Januari adalah tarikh hari lahir ku pada tahun 1984....
Tarikh dimana ibu bersusah payah melahirkan aku setelah 9 bulan dalam kandungan.
Entah macam mana susahlah agaknya ibu masa tuh....sakit..sakit..dan sakit..sampai lah waktu itu tiba...

Bertaruh nyawa bagai nak gila...

Hmmm...itulah orang kata sakit nak bersalin. Samalah macam aku....

Tanggal 17 Februari 2009, zuriat pertama aku sudah selamat dilahirkan melihat dunia yang baru setelah 38 minggu duduk dalam kandunganku.

Siapa sangka, sehari sebelum 17hb ni, aku baru je post entri baru 'Menghitung hari'...
Malam sebelum pn sempat aku bergelak ketawa berchatting dengan kawan-kawan rapat sampai pukul 12 malam...dan...... tido dengan nyenyak nye... Pukul 4 lebey aku terjaga. Terasa seperti senggugut, mencengkam kat perut. Aduhhhh...sakitnya... Kemudian sakit hilang, sambung lah tido balik. Selang 5-10 minit selepas itu...aduhhhh...sakitnya... "Ishhh..kenapa plak nih..." aku berkata dalam hati. Berulang-ulang sakit itu datang, dan rupanya itulah tanda permulaan dimana hari itu juga aku melahir kan anak lelaki ku seberat 2.74 kg....

Syukur alhamdulillah....

Akan di sambung lagi entri ni dengan pengalaman aku for delivery....

Doa kan keselamatan dan kesejahteraan kami ya...

Monday, February 16, 2009

Menghitung hari

Kata Krisdayanti...
"Menghitung hari....
Detik demi detik...
Masa ku nanti apakan ada...
Jalan cerita...kisah yang panjang....
Menghitung hari....."
(berangan menyanyi gaya ala2 Krisdayanti... nyanyi dalam hati je pn...)

Intro je yang memberi maksud pada aku..not the whole lagu... jangan salah faham yehhh...

Orang kata penantian satu penyiksaan...
Tapi terseksakah aku sebenarnye????? Apa yang aku tunggu?? Ape?
(tibe-tibe teringat pulak gaya anak buah aku, Aqilah yang hanya tahu cakap "Ape?" Gaya muke dan mata dia selalu membuatkan aku nak tepuk je muka die sebab comel sangat! hahaha..)

Okay la..back to the point...

Dalam hati aku selalu berkata...Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup ku....

Cewah! bunyi macam tersekso benor je kan.....
Sebenarnya takde la terseksa pun..tertekan jerk.. (eik, bunyi cam same je...??)

Okayla...sememangnye aku bukan la terseksa apa pun...sebenarnya aku tengah menghitung hari-hari untuk aku melahirkan zuriat pertama aku...kalau dikirakan
kandungan nih..aku dah pun masuk minggu yang ke-38. Maksudnya..aku dah pun 9bulan... So soon kan bunyinya.

Bagi yang tak tahu, orang mengandung only 40 minggu. Jadi expected date tuh adalah minggu yang ke-40, kira kalau tak deliver jugak mase expected date tuh dah dikire over due a.k.a 'bunting kobau' (kata ibu aku la...sebabnya kerbau je yg bunting sampai 10 bulan), dan biasanya doktor akan tambah lagi seminggu je lagi untuk tunggu time for deliver, kalau tak, akan dipaksa jugak beranak samada caesarean atau pun..'induce' dengan erti kata lain ambil suntikan tulang belakang bagi memaksa tulang rahim terbuka untuk membolehkan kita bersalin normal.

Hah! susah nya...

Ibu kata, 'induce' tuh sakit sangat die penah amik, aku dengar pun gerun sebabnya suntikan tu kat tulang belakang kita, dia tak sama macam ambil suntikan 'epidural' sebab 'epidural' adalah untuk mengurangkan rasa sakit bersalin n 'induce' plak menyakitkan..menambahkan lagi rasa sakit nk bersalin dan akan membuatkan kite push and push lagi. Fuhh! scary ekkk...

Jadi disebabkan hari 'itu' akan tiba bila-bila mase je dari sekarang... bak kata Professor Hashim,pakar bahagian O&G di HUKM specialist "38 weeks onwards, you are ready to deliver at anytime.." (Pergh cam semacam je bunyi kan... Nervous tak???). So aku pun jadi tertunggu-tunggu dan ternanti-nantikan hari itu.. bila lah agak nya... yang paling tak larat tuh... waktu sekarang ni..biasanya sesetengah ibu mengandung dah mula rase sakit-sakit..dengan erti kata lain early contraction (defination aku sendirik) la... sakit nye bagaikan senggugut..tapi lagi sakit dari senggugut bercampur dengan perut yang sangat-sangat keras... nak kurangkan rasa sakit tu kene bawak-bawak la berjalan.... itulah yang aku alami sejak dua menjak nih... aku rasa macam main acah-acah plak... kalau boleh sekali sakit tuh..sakitlah berterusan sampai selamat baby keluar...

Tapi...apa-apa pun..ini semua kuasa DIA, DIA yang tentukan segalanya... cuma sekarang ni, aku cuba men'sibuk2'kan diri supaya aku tak terlalu memikirkan...."bila la nak deliver nih....." kang ade plak orang meghoyan sebelum beranak... hihihi....

Saturday, February 7, 2009

“Bunting pelamin???”

Rasanya macam pelbagai pendapat boleh didengar daripada pelbagai mulut orang…..

Bunting pelamin?? Heh actually bende ni dah jadik pn kat aku… Sekarang memang tengah sarat pregnant my 1st baby…. Betul2 after kawen…sebulan selepas kenduri kawen berlangsung…a.k.a bunting pelamin la nih....kami dah terima berita gembira nih….

Tapi dalam pada gembira tu…tibe-tibe aku teringat kata-kata dr beberapa kenalan aku la….masa baru blk dr cuti kahwin...n waktu kami membincangkan psl anak....

“Ala you tak payah pregnant dulu pn takpe….you muda lagi pe….”

“Buat ape pregnant awal-awal…honeymoon ngn husband pn tak puas lagi…”

“Ala…rilek-rilek la dulu….kasik la 2-3 tahun dulu…baru pk pasal anak…..”

“Hish, I klu pk pasal ekonomi skang…nak anak pun kene fikir 2-3 kali….”

“Eeeeee…jangan la…honeymoon pn tak puas lagi…tak kan nak pregnant dah
kot….”

“Tension you ade anak…once ade anak…jangan la ingt bole b’romantik2 dengan husband!”

Hmmmm…tah la…kata2 macam ini banyak menghantui jiwa raga aku mase awal2 aku dapat tau aku pregnant… tapi…tah la…mungkin ade betul nye…mungkin tidak….. tp kalau fikir rasional… jangan lah jadikan kandungan itu penyebabnya… yela…. rezeki Tuhan dah bagi…janganlah ditolak…..terima seadanya.. Amiinn..

Dah berbulan2 lepas tu baru aku start excited dgn diri aku sendiri…merasakan perkembangan zuriat sendiri dalam perut sendiri… Excited sgt masa rasa 1st move die dalam perut...happy sgt....just imagine..hanya kite yg mengandungkan die lebih mengetahui perasaan nye... Lebih terharu and sebak mase 1st time scan…tgk janin dah cukup sifat….muka…kepala…mata…badan…tangan…jari…kaki… perut die…. Subhanallah...agung nya kurnian Dia.... Yang best sekali tgh mase scan tuh….jari-jemari die yg kecik tuh tengah bergerak..macam melambai pn ade!
Tgk die...comel kan...

Hari ke hari....minggu ke minggu...dia membesar dengan sihat...sampaikan doctor kata, “Susah nak capture, die aktif sgt...” tersenyum aku bile mendengar.... dlm hati aku selalu berdoa... “Semoga kau sentiasa dilindungi olehNya...” aku dah semakin gembira...dan bersedia nak digelar seorang ibu... haha..ibu muda la katakan.... biarlah org kata tak puas honeymoon ke hape ke... yg penting perkahwinan kami akan ada penyeri tak lama lagi...

Kebykan org yg aku rapat sume pn ckp...untung you dpt ank time muda2 nih... Beruntungkah aku?? Mungkin jugak la...sebab Tuhan dah bagi rezeki ni awal2...pada aku semuanya ade hikmahnya..memang terasa macam tak ber’nafas’...bukan la sesak nafas...maksud aku...yela...aku dulu bertunang..selang berapa bulan dah kahwin..then tup2 nk dapat anak plak..duit pn kejap naik..kejap turun...means tak dapat lagi nak menstabilkan financial..ade je mission nk kene achieve.... luaran nya..mmg nampak susah..tp..bak kata org...DIA xkan senang2 bagi rezeki... so aku dengan suami..anggap ni adalah rezeki..dan cabaran yg DIA berikan...so..buatlah yg terbaik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...