My mood recently

Showing posts with label kids. Show all posts
Showing posts with label kids. Show all posts

Friday, June 13, 2014

Basi.

Uish. Hampir setengah tahun xmenjengah blog cabuk nih.

Hadoyyaii...

Actually ade few entries yg dh bersarang duduk dlm draft box. Terbengkalai macam tu. Kenapa? Nak post pon. Cerita dah basi.

Haish ntahla. Nak kata anak ramai. Baru dua. Ade org berderet ramai pn masih teguh menjamu pengikut setia mereka dgn nukilan-nukilan menggamit jiwa. Chewah!

Alahai.

Nak mula dr mana pn xtahu. Nak cerita ape pn tak tahu. Banyak sangat kebasian cerita yang ingin dikongsi.

Tp jangan marah kalau dalam masa sehari ni bertalu-talu entry di'submit' kan. Hahaha. Cayo je lah. ^_^

Since everyones go mobile. Tak teragak2 jugak la aku pun nk memobile kan diri tuk blogging ni. Ni nak habaq yg tgh mobile writing the story yg tah hape2 nih.

Ye. Masa senggang (eh, betul ke eja ni?) memang susah nak ada. Pagi dah beserabut. Balik dah penat. Hadap jem 1jam lebih pergi dan balik kerja. Busy dengan kerenah anak-anak. End up, kalah dengan tido melayan penat sepanjang hari.

Weekend?
Haish lagi la. Macam macam nak settle. Itu ini. Dan time tu lah nak mewujudkan diri dimata anak-anak after most weekdays hours duduk dengan orang. Spend time together. Yes. Itulah. Tapi klu xkemane mane la.

Nah satu pix keluarga untuk tatapan diri sendiri.

Friday, September 30, 2011

Susahnya menjadi diri sendiri


Tak pastilah apa pendapat orang lain. Tapi yang pentingnya saya adalah seorang umi kepada 2 orang anak dan bekerja di ibu kota.

Pasang surut susah dan senang menjadi seorang umi, memang tak kan dapat nak dirungkaikan dalam blog ni kerana terlalu banyak sehingga tak dapat nak disusun satu persatu jalan ceritanya.

Cuma.

Hanya yang mampu. Berkongsi cerita. Meluahkan. Dan melepaskan di'blog cabuk sendiri yang tak berapa ramai pengunjung dan pembacanya.

Susah hati wanita manakan lega jika tak diluahkan. Mungkin lelaki tak merasainya. Mungkin sebagai baba tak merasai sedalam-dalamnya. Untuk diri yang lemah ini, susah hati sampai tahap berlinangan air mata ni. Memang parah la jawabnya.
Walaupun orang kata, "akan ada penyelesaiannya".

"cuba.."

"plan sesuatu.."

"tak pun carik je maid"

Hmmm...memang orang tak kan faham.

Berita semalam yang tersampai ke lubang telinga ni, terus terpahat dalam kepala otak yang tak besar mana nih dan terbawa-bawa dalam mimpi malam tadi. (Tak ke parah namanya tuh?!)

"Taska confirm tutup kak. Sampai hujung November. Nanti kak sal akan beritahu semua parents kot.", kata pengasuh Iyman dan Amsyar.

"Hah!?"

Terdiam.

Masuk dalam kereta. Kepala dah tak boleh nak tumpukan perhatian.
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMu yang hina ini." dalam hati.

"Mana nak carik baba? Apa kita nak buat?" diluahkan pada baba.

"Takpe2..nanti kita fikirkan". Mudahkan jawapab baba.

Dan tak semudah itu dalam fikiran umi nak menyelesaikan masalah itu.

Iyman yang nak maruk 6 bulan umurnya pun baru nak selesa duduk di taska tu. Amsyar pulak dah biasa dengan kawan-kawan di situ. Sampai ada 'geng' sendiri. (FuyyooH!). Suka tengok Amsyar bila ceria dan keypoci bila balik dari taska. Walaupun tak tahan dengan bingitnya suara dia dalam kereta. Tapi hati umi rasa lapang bila tengok anak sihat dan ceria. SamalPengasuh Iyman pun baru nak tahu rentak Iyman, kehendak Iyman. Bukan senang orang nak 'handle' bayi nih kalau tak kena gayanya Kalau tak galakan dan kepercayaan dari parents itu sendiri dan knowledge dari pengasuh itu jugak, memang susah nak handle.

"Tadi Iyman die asyik nak nangis je kak. Susah sangat saya bedung die ketat-ketat. Masuk dalam buai. Tido pun dia.."

"La yeke, sian kat awak. Dia memang macam tuh. Kalau nak tido memang susah. Terima kasih la sangat"

Baru je hati umi ni nak lega tinggalkan Iyman kat taska. Bukan senang nak carik pengasuh yang sudi nak jaga akan kita kan. It is not easy than you think.

So sekarang macamana????

Buntu.

Buntu.

Dan buntu.

Susah betul nak hanta anak sesuka hati selagi takde orang yang rekemenkan tempat.

Susah betul nak bagi pada baby sitter yang kita pun tak berapa kenal.

Susah nyeeeeeeeeeeeeeeeEEEEEEEEEEEE!!!

UMI: menghabiskan masa 'browsing' mencari pusat jagaan kanak-kanak. Tapi dalam hati masih,"ok ke nak anta anak ke sini?"

Hmmmmmm.....alahai hero-hero umi ni.....

(-_-)






Tuesday, September 20, 2011

With or without other half

Bile dah depan mata asyik nak bergaduh je...bile tak de rasa rindu....
Bile dah sentiasa jumpa, sume benda nya jadik salah... bile tak de susah rasanya...
Jadi bersyukur je lah dengan apa yang ada...Amin ya rabbal alamin..

Agak lama tinggal kan blog sendiri...busy dengan perihal keluarga hingga terlupa perihal blog. Alhamdulillah masih sihat rupanya. ^_^

Malangnya tuannya pula yg tak sihat.
Untuk wanita berkahwin, of course you know who is my other half.

He leave us for work for 3 days in short notice.

Walaupun 3 days tapi rasa macam 3 bulan. T_T

Dan waktu-waktu macam ni lah, umi demam..anak demam..umi demam balik..anak demam..anak batuk..umi sakit perut.. Haihhh...berpeluh-peluh menguruskan segala-galanya. Mujur ada ahli keluarga yang dapat membantu. Dengan badan yang baru nak sihat nih, terasa kurang tenaga nak menguruskan 2 org anak. Dengar anak dua-dua menangis, sampai tahap dah tak tahu nak buat apa. Apa yang saya tahu, air mata berlinangan dengan sendirinya.

Kenapa jadik macam ni eh? Malam tidur pun tak lena. Mimpi bukan-bukan. Fikir bukan-bukan.
Risaukan si dia di perantauan orang. Risaukan diri sendiri dan anak-anak.

Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah kami dari segala bencana buruk, kesusahan,kesukaran, kesulitan,kerumitan, kegelapan ya Allah. Amin~

Sangat penting untuk diambil kira bagi mereka yang sering out station meninggalkan keluarga diberi notis awal supaya yg bakal pergi dan bakal ditinggalkn boleh prepare phisicaly and mentality. Terasa susah bila short notice.

And today is the 2nd day without my other half. Handling to kids without any problem. Umi lebih tenang, so anak pun tenang. And rindu mula terasa. Si adik tak paham apa-apa. Si
abangnya pantang umi tinjau kat tingkap,"baba yeh umi? baba balik eh..?"
Tak saba nak tunggu hari khamis.

We miss you baba!

Thursday, May 26, 2011

Days with 2 Aliyy...

Klu dulu ber'anak seorang...cuti 'maternity'..terasa xsabar nak mula kerja...

Tapi sekarang..dah rasa semakin malas nak mula kerja...

Ada lagi 6 minggu untuk bercuti-cuti dan berseronok dengan anak-anak dirumah.

Tak tahu kenapa. Walaupun 2 orang tapi tak sepenat masa anak seorang. Serius. Mungkin sebab bila selesai buat 'housework' dan duduk berehat dalam bilik bersama 2 orang anak, penat tu hilang serta merta.

Rutin harian:
Lepas subuh terus bangun mula bekerja.
Siapkan minuman suami sebelum pergi kerja.
Klu ade something untuk dimasak, mungkin akan masak.
At the same time prepare untuk masak 'lunch meals'.
Breakfast sama suami.
Suami dah pergi kerja. Kemas-kemas apa yang patut. Ready susu untuk Amsyar bangun pagi.
Naik atas. Siapkan si kecil. While siapkan Iyman, bagi Amsyar susu. Tidokan baby.
Turn abang Amsyar plak mandi. And last. Umi plak mandi. Settle.
Turun bawah mula memasak untuk makan tengahari sambil giving Amsyar breakfast.
Ngam-ngam sudah masak, Iyman bangun nak susu. Siap.
Umi and Amsyar plak makan tengahari. Siap.
Naik atas bawak Amsyar and Iyman tido.
Then akhirnya..umi dapat rehat... Sembahyang and layan drama Marimar ^_^

Begitulah setiap hari. Kalau ada kerja tambahan sapu ke..mop ke..basuh baju ke..lipat baju ke..waktu petanglah baru nak siapkan. Kalau boring, petang-petang pergi playground ke..shopping ke..

After a month, so far memang ok. Tak boring pun melayan kerenah anak-anak....



Rasa macam tak nak start kerja. How?

Thursday, February 17, 2011

Ulang tahun yang ke-2 buat Aliyy Amsyar

17 February 2009

Tak sangka...pejam celik. Pejam celik. Dah 2 tahun Aliyy Amsyar.

And this year will be a challenging year for Amsyar. HUH?! Really??
No la, the cabaran more for baba and umi. Ukh!!
Having a 2 kids isn't it challenging? Hehehe..kenela prepare dari segi mental fizikal dan rohani. Ukh!

Kononnye, birthday Amsyar sekadar nak cut the cake jek. Tapi, hati umi and baba. Macam biasalah. Always nak yang terbaik je untuk anak. (,^^)

So we decided to celebrate di Amsyar's Day Care - Taska Salihah yang dah banyak berjasa. Looking after Amsyar since his 10 months old. Nak kata perfect. Tidak. Cukuplah dengan bersyukur sebab ada orang boleh jaga Amsyar masa umi dan baba pergi kerja kan! Alhamdulillah. So dengan niat, nak kongsi keseronokan memotong kek bersama kawan-kawan di taska. Umi pun prepare lah ape yang patut.

Most things dah ready!
Party pack??

Done!

Balloons??

Done!

And...ohh..handmade birthday hat from umi
for a special Birthday Boy - Aliyy Amsyar
Cantik tak!

Ape lagi eh?
Ah-haa! KEK?!
Done!

So now! R.E.A.D.Y!!

Celebration berjalan dengan lancar..seperti yang dirancang..ringkas and enjoy with all kawan-kawan Amsyar.

And his enjoy too...

Klik-klik sekitar 'birthday party' Aliyy Amsyar yang ke-2

Sayang umi dah besar....

17 February 2011

Friday, October 29, 2010

50 things about my lovely toddler

After 20 months...dah betul nampak macam 'a boy' dah anak saye nih...
Hari-hari pun buat saye rindu sangat kat dia, always wanna be with him all the time. Itulah die...Aliyy Amsyar bin Asraf, he is now 20 months old.
4 months to go, nati birthday cake dah boleh ade 2 lilin...hehehe...

1. UMI / BABA SAID: Nak

AMSYAR SAID: Nak

2. UMI / BABA SAID: Amik
AMSYAR SAID: Mek

3. UMI / BABA SAID: Naik
AMSYAR SAID: Nek

4. UMI / BABA SAID: Makan
AMSYAR SAID: Mamam

5. UMI / BABA SAID: Car
AMSYAR SAID: Car

6. UMI / BABA SAID: Fish
AMSYAR SAID: Pish

7. UMI / BABA SAID: Cat
AMSYAR SAID: Cat

8. UMI / BABA SAID: Tulis
AMSYAR SAID: Tuyeh

9. UMI / BABA SAID: Sabun
AMSYAR SAID: Babon

10. UMI / BABA SAID: Sikat
AMSYAR SAID: cikat

11. UMI / BABA SAID: Ayam
AMSYAR SAID: ayamm

12. UMI / BABA SAID: Mata
AMSYAR SAID: mata

13. UMI / BABA SAID: hidung
AMSYAR SAID: dunggg

14. UMI / BABA SAID: mulut
AMSYAR SAID: muyut

15. UMI / BABA SAID: ball
AMSYAR SAID: ball

16. UMI / BABA SAID: bola
AMSYAR SAID: bola

17. UMI / BABA SAID: mandi
AMSYAR SAID: mani

18. UMI / BABA SAID: berak
AMSYAR SAID: belak

19. UMI / BABA SAID: Pampers
AMSYAR SAID: papeshh

20. UMI / BABA SAID: baju
AMSYAR SAID: badthu

21. UMI / BABA SAID: seluar
AMSYAR SAID: shuar

22. UMI / BABA SAID: minyak
AMSYAR SAID: minak

23. UMI / BABA SAID: tangan
AMSYAR SAID: angan

24. UMI / BABA SAID: kaki
AMSYAR SAID: kaki

25. UMI / BABA SAID: susu
AMSYAR SAID: chuchu

26. UMI / BABA SAID: air
AMSYAR SAID: air

27. UMI / BABA SAID: minum
AMSYAR SAID: inumm

28. UMI / BABA SAID: barney
AMSYAR SAID: maney

29. UMI / BABA SAID: kakak
AMSYAR SAID: kakak

30. UMI / BABA SAID: bird
AMSYAR SAID: berk

31. UMI / BABA SAID: abang
AMSYAR SAID: abang

32. UMI / BABA SAID: hensem
AMSYAR SAID: ecem

33. UMI / BABA SAID: kipas
AMSYAR SAID: ipash

34. UMI / BABA SAID: lipas
AMSYAR SAID: ipash

35. UMI / BABA SAID: sakit
AMSYAR SAID: atet

36. UMI / BABA SAID: tumpah
AMSYAR SAID: uuppah

37. UMI / BABA SAID: basah
AMSYAR SAID: bacah

38. UMI / BABA SAID: jangan
AMSYAR SAID: angan

39. UMI / BABA SAID: tak nak
AMSYAR SAID: nanak

40. UMI / BABA SAID: atuk
AMSYAR SAID: atuk

41. UMI / BABA SAID: ashu (adik umi)
AMSYAR SAID: achuu

42. UMI / BABA SAID: roti
AMSYAR SAID: utti

43. UMI / BABA SAID: gigi
AMSYAR SAID: gigi

44. UMI / BABA SAID: cebok
AMSYAR SAID: bebok

45. UMI / BABA SAID: telinge
AMSYAR SAID: inger

46. UMI / BABA SAID: siapa nama aliyy amsyar????
AMSYAR SAID: “AYEEEE!!!” (sambil angkat tangan)

47. UMI / BABA SAID: Nyanyi burung kakak tua?
AMSYAR SAID: "yong kakak uaaa..hhh..inde lela..nenek udah..uaaa..dji dji nya inggai chuaa… achum…achum… yyayayaya…uyong..kaka uaaa…"

48. UMI / BABA SAID: Nyanyi twinkle twinkle?
AMSYAR SAID: "Itter itter itter tar..aw watt tu tar.....men in te tai"

49. UMI / BABA SAID: umi nak cium sikit
AMSYAR SAID: “eeyomm…uummm-mahhh!”

50. UMI / BABA SAID: “sayang umi tak??”
AMSYAR SAID: “ayang yee nii.”

Inilah antara yang umi ingat...sebenarnya banyak lagi yang die pandai sebut. Tapi satu je, bile nak cakap banyak, umi terus tak faham ape Amsyar cakap...hehehe...ayang ye!

Saturday, February 7, 2009

“Bunting pelamin???”

Rasanya macam pelbagai pendapat boleh didengar daripada pelbagai mulut orang…..

Bunting pelamin?? Heh actually bende ni dah jadik pn kat aku… Sekarang memang tengah sarat pregnant my 1st baby…. Betul2 after kawen…sebulan selepas kenduri kawen berlangsung…a.k.a bunting pelamin la nih....kami dah terima berita gembira nih….

Tapi dalam pada gembira tu…tibe-tibe aku teringat kata-kata dr beberapa kenalan aku la….masa baru blk dr cuti kahwin...n waktu kami membincangkan psl anak....

“Ala you tak payah pregnant dulu pn takpe….you muda lagi pe….”

“Buat ape pregnant awal-awal…honeymoon ngn husband pn tak puas lagi…”

“Ala…rilek-rilek la dulu….kasik la 2-3 tahun dulu…baru pk pasal anak…..”

“Hish, I klu pk pasal ekonomi skang…nak anak pun kene fikir 2-3 kali….”

“Eeeeee…jangan la…honeymoon pn tak puas lagi…tak kan nak pregnant dah
kot….”

“Tension you ade anak…once ade anak…jangan la ingt bole b’romantik2 dengan husband!”

Hmmmm…tah la…kata2 macam ini banyak menghantui jiwa raga aku mase awal2 aku dapat tau aku pregnant… tapi…tah la…mungkin ade betul nye…mungkin tidak….. tp kalau fikir rasional… jangan lah jadikan kandungan itu penyebabnya… yela…. rezeki Tuhan dah bagi…janganlah ditolak…..terima seadanya.. Amiinn..

Dah berbulan2 lepas tu baru aku start excited dgn diri aku sendiri…merasakan perkembangan zuriat sendiri dalam perut sendiri… Excited sgt masa rasa 1st move die dalam perut...happy sgt....just imagine..hanya kite yg mengandungkan die lebih mengetahui perasaan nye... Lebih terharu and sebak mase 1st time scan…tgk janin dah cukup sifat….muka…kepala…mata…badan…tangan…jari…kaki… perut die…. Subhanallah...agung nya kurnian Dia.... Yang best sekali tgh mase scan tuh….jari-jemari die yg kecik tuh tengah bergerak..macam melambai pn ade!
Tgk die...comel kan...

Hari ke hari....minggu ke minggu...dia membesar dengan sihat...sampaikan doctor kata, “Susah nak capture, die aktif sgt...” tersenyum aku bile mendengar.... dlm hati aku selalu berdoa... “Semoga kau sentiasa dilindungi olehNya...” aku dah semakin gembira...dan bersedia nak digelar seorang ibu... haha..ibu muda la katakan.... biarlah org kata tak puas honeymoon ke hape ke... yg penting perkahwinan kami akan ada penyeri tak lama lagi...

Kebykan org yg aku rapat sume pn ckp...untung you dpt ank time muda2 nih... Beruntungkah aku?? Mungkin jugak la...sebab Tuhan dah bagi rezeki ni awal2...pada aku semuanya ade hikmahnya..memang terasa macam tak ber’nafas’...bukan la sesak nafas...maksud aku...yela...aku dulu bertunang..selang berapa bulan dah kahwin..then tup2 nk dapat anak plak..duit pn kejap naik..kejap turun...means tak dapat lagi nak menstabilkan financial..ade je mission nk kene achieve.... luaran nya..mmg nampak susah..tp..bak kata org...DIA xkan senang2 bagi rezeki... so aku dengan suami..anggap ni adalah rezeki..dan cabaran yg DIA berikan...so..buatlah yg terbaik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...