My mood recently

Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

3 things in 2 hours





Hmm...tarik nafas sekejap.... *mengah*



Okeh..patutnye entry ni dicampak masuk semalam. Tapi tak larat bebenau dah asenye. And akibatnya arini saya amik sick leave. Penat. Sakit dada. Sakit belakang. Sakit kaki segala. Dan semua yang sewaktu dengannya lah. (tapi sempat lagi blogging yerk!) Hehehe..dah petang..dah sihat sikit la rasanya badan nih.


But bile dah duduk rumah ni tau jelah. Same je pun. Cuz kene baby sit anak sendiri. Nasib dia behave elok je so far. Dari pagi lepak kat atas. Masuk waktu lunch turun bawah plak. Umi masak, dia main toys. Makan sama-sama. Habis makan naik atas. Tido. Bangun minum petang plak. Ngeeee...


Ye bercerita pasal semalam. Pagi-pagi dah busy. Sidai kain baju yang dah siap basuh the night before. Lepas tuh, terus bersiap untuk jumpe gynea. Antenatal check up at 37/38 weeks. Doktor kata everything semua ok. And she did says,"one thing about your baby, dia kaki panjang!". Hehehe.


Patutla boleh terasa cam kaki die selit kat tepi pinggang ni. Takde space agaknye. Kadang-kadang rasa macam kene geletek from inside. (,^^)


Settle check up terus pergi lunch. Dah lapar sangat dah. Lepas lunch sempat lagi pergi carik barang sikit-sikit lagi. (at the sam time boleh excersice kaki) Tambah-tambah kelengkapan untuk after hari bersalin.


Tapi yang penting persiapan di bilik single tingkat bawah. Selesa sikit lepas balik hospital nati. Hehehe..mengadekan. Bukan pe. Taknak susahkan husband. Takyah kalut-kalut nak setup bilik bila umi balik dari hospital. (,^^) And barang-barang baby semua dah ada dalam bilik nih.


Sampai rumah mase tuh at 3.30pm. Penat!

Sembahyang. Tukar baju. Bersiap itu dan ini. (Sambil dalam kepala memikirkan apa nak masak untuk dinner)

Pukul 5 masuk dapur.


Ya, dan inilah time for '3 things within 2 hours'.



Kelentang...kelentung...kelenting...





Cucur pisang untuk minum petang...SIAP!






Nasi goreng campur untuk makan malam..SIAP!





Dan akhir sekali..Kek coklat..SIAP!


Pukul 7 lebih dah tersadai kat sofa.





Fuhhhhh...Saya penat!


Dan disebabkan semalam jadik super woman sekejap. Harini badan macam baru lepas balik dari kerja buruh. Berdiri lame sangat. Bangun duduk. Tu tak campur lagi dengan kerja sapu lantai. Kemas dapur. Basuh pinggan. Mandikan anak. Siapkan anak. Suap makan. Dan akhir sekali..sleep at 10.30pm. Penat yang amat. Saki baki penat dihujung minggu yang baru lepas nih pun tak hilang lagi. Saje carik pasal namanya. Bangun pagi, jalan dah macam king kong. T_T

Monday, March 21, 2011

Menghitung hari # Part 2

Dalam kesibukan kota. Sempat lagi saya mengarang entri saya untuk kali ini.

Kalau dulu entri Menghitung hari # Part 1 disumbatkan betul-betul sehari sebelum melahirkan si bujang kenit Aliyy Amsyar. Siapa sangka, dalam sibuk menghitung hari. I'm already 38 weeks that time. Masa yang baby dah betul-betul bersedia untuk keluar. Perancangan cuti 1minggu sebelum deliver semua dibatalkan oleh kerana dah deliver 2minggu sebelum. Sungguh tak sabar anak umi nak melihat dunia ciptaan Tuhan ni kan.

Hopefully kali ni tak la.

Now saya dah mencecah 36 minggu. Meaning that i'm already 9 months. Huh, cepatnya berlalu. Rakan-rakan dan keluarga semua tak sangka yang saya sekarang sudah mula menunggu hari.

Berdebar. Seronok. Tak sabar. Takut. Risau. Semua ada. Pakej lengkap untuk perasaan sebelum bersalin.

Kalau dulu, sibuk memikirkan macamanalah situasinya menimang anak dan macamanalah situasi cemas itu akan berlaku. Tak kurang juga untuk kali ke-2 ni, samalah juga perasaan dan pemikirannya.

Kalau dulu aku berserah padaNYA yang Esa. Tapi kali ni, aku sangat berdoa dan berharap ia akan berlaku mengikut kehendakNYA. DIA adalah yang Maha Esa. DIA Maha Mengetahui. Dan DIA tahu apa yang DIA lakukan. Jadi aku berserah. Niat didalam hati nak bersalin secara normal sememangnya bertalu-talu datang dalam hati. Pesan ibu, jaga kandungan. Jaga kesihatan. Sentiasa dipandang series kerana tak mahu berlaku komplikasi ketika bersalin. Kesimpulannya, aku tak seaktif dulu. Cepat penat. Cepat letih. Sakit belakang. Sakit kaki. Semualah!

Kalau dulu sampai waktu dah sarat pun masih gagah naik PUTRA LRT. Gagah beratur dan bersempit-sempit setiap hari. Berjalan 10-15minit dari ofis ke Stesen KLCC. Gagah!

Tapi kali ni, drive hari-hari balik kerja. Masih gagah. Ditambah pula dengan kerenah si bujang kenit yang semakin ligat membesar dan bijak. Menghadap traffic jam hari-hari. Harap-harap kali ni adalah rezeki untuk bersalin normal. Kata-kata doktor tempoh hari merisaukan aku.

"Ye puan. Sebelum apa-apa, saya cuma nak beritahu saje. Bagi ibu yang pernah having a C-section for the 1st baby, during the 2nd delivery if you're trying to have a normal birth boleh menyebabkan jahitan lama itu pecah."

Aku hanya tersenyum. Sedangkan dalam kepala rasa nak pitam. Apalah doktor nih kata macam tu!

"It is true. But the precentage is small la. About 0.1% - 1%. Depend on how hard the contraction you are having. So i just want you to bear in mind. You need to positively thingking. Mentally and physicaly prepared are really really need to be with you during labour."

Aku mengangguk.

Menakutkan. Merisaukan. Tapi masih nak kuatkan semangat.

"And lagi, if you're end up with C-section for this 2nd time. That means the 3rd one you need to have C-section as well. And the limitation for those who having C-section only until 3 kids."

Hmmmmm...mungkin sebab dia bukan doktor melayu yang tahu apa erti 'tawakal dan doa banyak-banyak'. So sebab itulah kata-kata dia lebih kepada fact bukan faith.

Blur.

Tak tahu nak kata apa.

Dan akhirnya,

"Ya Allah, aku serah dan tawakal padaMU. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui".
Semuanya kuasa Tuhan. Jadi aku berserah dalam harapan yang sangat tinggi.

Sangat memerlukan kata-kata semangat dan peransang. *mengeluh

So sekarang membilang hari. Hari satu..hari dua..hari tiga..dan hari hari. *Mengeluh.

Check up seterusnya 29 Mac 2011, 38 weeks. Hmm dah sangat-sangat hujung dah nih. Klu masa Amsyar dulu, 38minggu 2 hari dah selamat melahirkan si bujang kenit tuh! *Mengeluh.

Tapikan.
Actually dah masuk 2nd ni, takde la menghitung sangat.
Cume sekadar mengingatkan diri sendiri yang baby akan keluar tak lama lagi.

Sebab?

Mungkin dah ada anak 1orang kot.
Dicampur dengan kerja yang makin lama makin banyak. Almaklumlah, dah nak habis 'financial year'. Sana sini sibuk nak habiskan budget. Hmmm..at the end, si buyong ni jugak lah duduk statik tak bergerak di kerusi sendiri habis kan kerja. *Mengeluh.

Uhh..tak baik mengeluh banyak sangat kan.

Kerja2 yang dah sedia ada +
kerja2 last minute yang 'urgent' +
kerja2 yang patut disiapsedia sebelum maternity leave
= S.E.R.A.B.U.T!

So sekarang, semuanya saya tawakal.

Nak tahu.
Bukan saya je yang risau nak pergi maternity leave nih.
Semua risau. Sebab?!

En.suami. Sebabnya, tak ready lagi. Projek tengah menimbun.
Sedara mara dan keluarga. Sebabnya mereka akan ada kenduri mase saya 38 minggu.
Dan yang paling risau sekali. Di ofis. Wahhh...cam diva jek semua orang perlu risau.
Hmm bukan ape.

Saya memang keje 'onemanship'. Takde siapa yang boleh cover. Unless kene hired consultant tolong gantikan tempat saya sepanjang 'maternity leave'. *mengeluh.
Orangnya masih belum habis trainning dan hand-over lagi. Baru briefly explain on the job description.
Risau kalau tak sempat. Kalau tak memang kene belajar sendiri la gamoknye orang tuh. Dan tugas saya untuk memudahkan semua orang. Saya kenelah prepara segala yang patut supaya senang diorang nak refer apa-apa without mengganggu saya. *mengeluh.

Ukhhh..panjang lebar betul!

Akhir kata saya..

"Saya betul-betul mengharapkan normal birth kali nih. Really really berdoa agar saya boleh normal birth.
Saya memohon agar DIA permudahkan urusan saya dan keluarga. Berikanlah saya kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang KAU berikan. Jauhkanlah kami dari segala kesulitan... " Amin~

Saya tahu bukan saya je yang ada perasaan macam ni. Tapi semua ibu mengandung akan rasa begini.

Tak sabar.

Tapi.

Takut.
Risau.
Lemah.
Emosi tak stabil.
Fikiran bercelaru.
Fikir bukan bukan.
Mimpi bukan-bukan.

Subhanallah~

Memang betul-betul rasa macam dah akhir hayat.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja ofis. Hal-hal rumahtangga. Dan macam-macam lagi. Dekatkan diri denganNYA. Kita insan yang hina memang mudah lupa.



Latest!


** Nak mohon maaf pada suami dan keluarga dan kawan-kawan dan semua yang mengenali diri saya.
Andai kata ade terkecilkan hati. Saya minta maaf.

** Baba, umi minta maaf . (You know me. Umi tak boleh cakap lebih-lebih nati umi menangis sendiri)



Sayang dia!

** Amsyar, umi sayang dia sangat-sangat.
Klu lepas nih umi jadi terlebih garang, jangan merajuk dengan umi ye.
Klu umi terlupa tak fokus dengan Amsyar, jangan jauhkan diri dengan umi ye.
Umi nak jaga adik. Adik kecil lagi. Umi nak Amsyar jadik anak yang baik. Abang yang baik. Sayang adik. Sayang umi. Sayang baba.


Doakan umi selamat ye~

Monday, February 16, 2009

Menghitung hari

Kata Krisdayanti...
"Menghitung hari....
Detik demi detik...
Masa ku nanti apakan ada...
Jalan cerita...kisah yang panjang....
Menghitung hari....."
(berangan menyanyi gaya ala2 Krisdayanti... nyanyi dalam hati je pn...)

Intro je yang memberi maksud pada aku..not the whole lagu... jangan salah faham yehhh...

Orang kata penantian satu penyiksaan...
Tapi terseksakah aku sebenarnye????? Apa yang aku tunggu?? Ape?
(tibe-tibe teringat pulak gaya anak buah aku, Aqilah yang hanya tahu cakap "Ape?" Gaya muke dan mata dia selalu membuatkan aku nak tepuk je muka die sebab comel sangat! hahaha..)

Okay la..back to the point...

Dalam hati aku selalu berkata...Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup ku....

Cewah! bunyi macam tersekso benor je kan.....
Sebenarnya takde la terseksa pun..tertekan jerk.. (eik, bunyi cam same je...??)

Okayla...sememangnye aku bukan la terseksa apa pun...sebenarnya aku tengah menghitung hari-hari untuk aku melahirkan zuriat pertama aku...kalau dikirakan
kandungan nih..aku dah pun masuk minggu yang ke-38. Maksudnya..aku dah pun 9bulan... So soon kan bunyinya.

Bagi yang tak tahu, orang mengandung only 40 minggu. Jadi expected date tuh adalah minggu yang ke-40, kira kalau tak deliver jugak mase expected date tuh dah dikire over due a.k.a 'bunting kobau' (kata ibu aku la...sebabnya kerbau je yg bunting sampai 10 bulan), dan biasanya doktor akan tambah lagi seminggu je lagi untuk tunggu time for deliver, kalau tak, akan dipaksa jugak beranak samada caesarean atau pun..'induce' dengan erti kata lain ambil suntikan tulang belakang bagi memaksa tulang rahim terbuka untuk membolehkan kita bersalin normal.

Hah! susah nya...

Ibu kata, 'induce' tuh sakit sangat die penah amik, aku dengar pun gerun sebabnya suntikan tu kat tulang belakang kita, dia tak sama macam ambil suntikan 'epidural' sebab 'epidural' adalah untuk mengurangkan rasa sakit bersalin n 'induce' plak menyakitkan..menambahkan lagi rasa sakit nk bersalin dan akan membuatkan kite push and push lagi. Fuhh! scary ekkk...

Jadi disebabkan hari 'itu' akan tiba bila-bila mase je dari sekarang... bak kata Professor Hashim,pakar bahagian O&G di HUKM specialist "38 weeks onwards, you are ready to deliver at anytime.." (Pergh cam semacam je bunyi kan... Nervous tak???). So aku pun jadi tertunggu-tunggu dan ternanti-nantikan hari itu.. bila lah agak nya... yang paling tak larat tuh... waktu sekarang ni..biasanya sesetengah ibu mengandung dah mula rase sakit-sakit..dengan erti kata lain early contraction (defination aku sendirik) la... sakit nye bagaikan senggugut..tapi lagi sakit dari senggugut bercampur dengan perut yang sangat-sangat keras... nak kurangkan rasa sakit tu kene bawak-bawak la berjalan.... itulah yang aku alami sejak dua menjak nih... aku rasa macam main acah-acah plak... kalau boleh sekali sakit tuh..sakitlah berterusan sampai selamat baby keluar...

Tapi...apa-apa pun..ini semua kuasa DIA, DIA yang tentukan segalanya... cuma sekarang ni, aku cuba men'sibuk2'kan diri supaya aku tak terlalu memikirkan...."bila la nak deliver nih....." kang ade plak orang meghoyan sebelum beranak... hihihi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...