11 am Si dara berdebar untuk Majlis Khatam Al-Quran. Bersambung pula dengan majlis Berzanji dan potong jambul anak-anak sedara.
6.41pm Tengah sibuk bersiap untuk Majlis akad nikah lepas Isya'. Debaran si teruna nak berjabat tangan dengan jurunikah. Si dara sibuk mempersiapkan diri dibilik raja sehari. Mak Andam mengambil tugas nya. Jurufoto sibuk dengan kerjanya. Ayah dan bonda serta keluarga bertungkus-lumus degan tugasan masing-masing untuk pastikan semua berjalan lancar...
11.00pm selesai... dari sesi bertukar dulang hantaran ke sesi akad nikah. Disambung pula dengan acara 'batal air sembahyang' selepas si suami selesai sembahyang sunat. Sambil tetamu lelaki menjamu selesa, majlis berinai berjalan secara ringkas didalam rumah. dan diakhiri dengan acara 'membaling duit' untuk suka-suka bagi mengikut tradisi di negeri Johor. Makan malam diteruskan dengan diserikan tarian kuda kepang. Alhamdulillah semuanya selesai...
^^^^^^^^^^^^^^^^^
Alhamdulillah...3 tahun sudah berlalu tapi saat 'itu' masih menjadi kenangan.
Dan selepas 3 tahun jugalah baru saya dapat mencoretkan cerita ulangtahun perkahwinan kami.
Segala ombak badai berliku insyaAllah kami cube untuk hadapinya bersama.
Bak kata ibu,"Ribut taufan mungkin akan melanda in the next five years..cuma kita kena pandai menghadapi segala rintangan yg Dia beri..InsyaAllah segalanya akan selamat.. Happy Anniversery.."
.
.
.
.
.
24 May 2011
Buat si dia..Asraf bin Ab.Halim
Thanks for being a part of my life..thanks for accept me as i am...thank you for everything....
Semoga this marriage akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dengan izin dariNya..
No comments:
Post a Comment
Komen?? Pendapat? Kongsi cerita?? Write everything here...