My mood recently

Tuesday, July 19, 2011

Patutkah berhenti berharap?

"Cube luahkan kat blog....", kata si suami selepas si isteri tak henti-henti luahkan perasaan yang tak menentu.

Kenapa?! Kenapa?!Ya Allah..tolonglah tenangkan hati hamba Mu ini. Tolonglah aku.... T_T

Bismillahirrahmannnirrahim....

I've been waiting for 2 weeks.. Its enough to make me sick of it.
Kenapa tak bagitau awal-awal. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Niat hati nak tukar environment kerja baru.
Sepertinya kecewa. But, what should i do now? What should i feel now? What should i respon?

Dengan tiada tindakan mencari kerja baru, alih-alih dapat panggilan temuduga. Mungkin ini dinamakan rezeki dari NYA. Terima kasih ya Allah.

Tapi....

APA perasaan anda bila dipanggil sesi temuduga kedua?

APA perasaan anda bila sesi temuduga kedua itu adalah sesi 'salary negotiation'?

APA yang patut anda rasa bila mereka kata 'kami terima permohonan anda' dan akan proceed with the offer letter?

APA perasaan anda bila minggu pertama selepas temuduga masih belum terima surat tawaran?

APA perasaan anda bila masuk minggu kedua, anda buat pertanyaan atau follow-up dan the person in-charge out of office..dan manusia yang apart of the department said 'saya tak tahu'?
Dan APA yang patut anda rasa bila email yang dihantar tiada sebarang respon?

DAN. APA YANG PATUT SAYA RASA, bila masuk minggu ketiga selepas temuduga, dan bertanya berkenaan status kita...and she said....
"untuk application anda kami KIV dulu. Jika ada apa-apa info kami akan hubungi kemudian."



JADI SEKARANG APA YANG PATUT SAYA RASA??????!!!!!


Why do they do this to me....

WHY........................................


T_T


Saya dah bersedia untuk segala perubahan yang akan berlaku.


As they said. Kerja lebih masa. Kerja tak tentu masa. I'm ready for that, mentally and physically.



Saya dah bersedia nak begin a new chapter.


Saya dah bersedia nak hadapi cabaran yang baru, suasana yang baru.



Tapi.........


segala yang BARU itu semuanya tak pasti. Macamane.............


Patut ke saya menunggu dan mengharap. Menunggu dan mengharap itu suatu yang meletihkan. Sangat letih. Memang letih.


Saya sangat memerlukan kata-kata semangat tika ini...sangat memerlukan. Siapa nak bagi semangat kat saya.....

Thursday, May 26, 2011

Days with 2 Aliyy...

Klu dulu ber'anak seorang...cuti 'maternity'..terasa xsabar nak mula kerja...

Tapi sekarang..dah rasa semakin malas nak mula kerja...

Ada lagi 6 minggu untuk bercuti-cuti dan berseronok dengan anak-anak dirumah.

Tak tahu kenapa. Walaupun 2 orang tapi tak sepenat masa anak seorang. Serius. Mungkin sebab bila selesai buat 'housework' dan duduk berehat dalam bilik bersama 2 orang anak, penat tu hilang serta merta.

Rutin harian:
Lepas subuh terus bangun mula bekerja.
Siapkan minuman suami sebelum pergi kerja.
Klu ade something untuk dimasak, mungkin akan masak.
At the same time prepare untuk masak 'lunch meals'.
Breakfast sama suami.
Suami dah pergi kerja. Kemas-kemas apa yang patut. Ready susu untuk Amsyar bangun pagi.
Naik atas. Siapkan si kecil. While siapkan Iyman, bagi Amsyar susu. Tidokan baby.
Turn abang Amsyar plak mandi. And last. Umi plak mandi. Settle.
Turun bawah mula memasak untuk makan tengahari sambil giving Amsyar breakfast.
Ngam-ngam sudah masak, Iyman bangun nak susu. Siap.
Umi and Amsyar plak makan tengahari. Siap.
Naik atas bawak Amsyar and Iyman tido.
Then akhirnya..umi dapat rehat... Sembahyang and layan drama Marimar ^_^

Begitulah setiap hari. Kalau ada kerja tambahan sapu ke..mop ke..basuh baju ke..lipat baju ke..waktu petanglah baru nak siapkan. Kalau boring, petang-petang pergi playground ke..shopping ke..

After a month, so far memang ok. Tak boring pun melayan kerenah anak-anak....



Rasa macam tak nak start kerja. How?

Tuesday, May 24, 2011

Happy Hour! Happy Anniversary....

24 May 2008

11 am Si dara berdebar untuk Majlis Khatam Al-Quran. Bersambung pula dengan majlis Berzanji dan potong jambul anak-anak sedara.

6.41pm
Tengah sibuk bersiap untuk Majlis akad nikah lepas Isya'. Debaran si teruna nak berjabat tangan dengan jurunikah. Si dara sibuk mempersiapkan diri dibilik raja sehari. Mak Andam mengambil tugas nya. Jurufoto sibuk dengan kerjanya. Ayah dan bonda serta keluarga bertungkus-lumus degan tugasan masing-masing untuk pastikan semua berjalan lancar...

11.00pm
selesai... dari sesi bertukar dulang hantaran ke sesi akad nikah. Disambung pula dengan acara 'batal air sembahyang' selepas si suami selesai sembahyang sunat. Sambil tetamu lelaki menjamu selesa, majlis berinai berjalan secara ringkas didalam rumah. dan diakhiri dengan acara 'membaling duit' untuk suka-suka bagi mengikut tradisi di negeri Johor. Makan malam diteruskan dengan diserikan tarian kuda kepang. Alhamdulillah semuanya selesai...

^^^^^^^^^^^^^^^^^

Alhamdulillah...3 tahun sudah berlalu tapi saat 'itu' masih menjadi kenangan.
Dan selepas 3 tahun jugalah baru saya dapat mencoretkan cerita ulangtahun perkahwinan kami.
Segala ombak badai berliku insyaAllah kami cube untuk hadapinya bersama.

Bak kata ibu,"Ribut taufan mungkin akan melanda in the next five years..cuma kita kena pandai menghadapi segala rintangan yg Dia beri..InsyaAllah segalanya akan selamat.. Happy Anniversery.."

.
.
.
.
.

24 May 2011

Buat si dia..Asraf bin Ab.Halim
Thanks for being a part of my life..thanks for accept me as i am...thank you for everything....

Semoga this marriage akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dengan izin dariNya..

Wednesday, May 18, 2011

Permata hati saya

.
My lovely
ALIYY IYMAN BIN ASRAF


44 days berlalu....saya dah selamat bersalin anak ke-2....

Segalanya berjalan dengan lancar...
Saya bangga dengan diri sendiri...saya tabah..saya kuat semangat...

Terasa banyak yang ingin dikongsi bersama...tp masih memerlukan masa untuk mengarang dan menyusun satu persatu...tp tak hairan la kalau tetibe memang tak tertulis langsung..hehehe...

Pasal anak ni, betullah kata orang. Setiap anak semua lain-lain. Dari saat kita mengandungkan dia, lahirkan dia sampailah masa kita besarkan dia..semuanya lain.. Begitu agungnya anugerah yang DIA beri selepas apa yang jadik 9 bulan yang lalu...

Saya bersyukur padaMU....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...