My mood recently

Friday, June 26, 2009

So much in my plate

Wahhhh..banyak nye makan......!!!!!

Hek! Jangan salah tafsir lah. Its all about my kerja at work lah. So much and too much! Hate this!
Logikkah jika seseorang diberikan banyak deadline within a days??? Tak patut kan? Eh tapi tak kan nak kerja goyang kaki kot..kan..kan..kan...?
Tapiiiii.. penatla weiiiiiii....

Macam ni lah...
PC ade satu
Keyboard satu
Monitor ade satu
Mouse satu
Badan ade satu
Tangan ade 2
Mata 2

So how you gonna expect me to do more???? How??

Fleksibiliti lah jawapannya....

Tetapi!

Bila kefleksibiliti kite digunakan sampai ke tahap maksimum.

......Tiiiiiiiiitttttttttt.....(Macam bunyi mesin ECG....)

"Ini sudah lebeyyy nih....."

Jadi belajarlah katakan "TIDAK!!".
Mmmmm...tapi...bolehke? Pandai-pandai je....

Beginilah monitor aku...Taskbar...FULL!

BOLEH KE???!!!!!

Tension betul......! Walaupun selalu je tension..tapi hari ini...di waktu ini...terasa teramat tension! Geram! Sakit hati!

Bolehkah kita namakan situasi ini situati lazim di tempat kerja. Kenapa orang susah nak memahami orang lain! Hish ke aku yang emosi nih???? Nak datang bulan dah ke??

Tapi kan....pada pendapat dan firasat sayalah kan....

Memang patut dalam Organizational Behaviour perlu ada satu perkara penting which is seorang pekerja perlu memahami pekerja lain.

Perlu tak?

Perlu ke?

PERLU LAHHHH!!!!! PENTINGGGGG!!!

Tapi orang kata kalau kita tak memahami orang lain. Susah orang nak memahami kita. ??? Tapi masalahnya diri ini selalu lah memahami perasaan dan situasi orang lain. Yang penting, "Tak suke push orang la..."

Tak kisah, orang atasan, orang bawahan, kalau nak request something tak boleh ke buat waktu bekerja? Eh, betullah kan? Tapi boleh kah di terima akal, jikalau kerja itu di request sewaktu kita sedang menutup windows satu persatu untuk persiapkan diri untuk pulang. Logik ke?? Memahami ke tak memahami tuh?? Masuk topik 'Memahami' ke? Ke 'Pemahaman'?

Orang atasan dapat arahan sangat urgent, kononla dalam masa seminggu. So diarahnya orang bawah dia urgent jugak, anggaran dalam masa 3 hari. Orang bawah dia tu, yang mengarahla orang bawahan dengan arahan yang tersangat-sangat urgent. "Saya nak bende ni esok!"
HAAHHHHH! Patut ke perkara begini berlaku?? Patutke? Tak patutkan? Tapi kenapa mesti berlaku? Kenapa?? Ada siapa-siapa nak jawab. Saya nak jawapan yang rasional sahaja.

*Mengeluh*

Mari renungkan nasib orang bawahan.....

Wednesday, May 13, 2009

Detik-detik pertama ku (Bahagian I)

Lama jugak rasanya tidak coretkan entri kat blog nih...
Hmmmm..inilah aku...masa sangat singkat...jadi kadang-kadang nak luangkan masa untuk blog mesti susah. Kebetulan sekarang ni buah hati pengarang jantung dah lelapkan mata. Dari hari ke hari, teringin juga nak kongsi pengalaman anak pertama dalam ni. Anak pertama la katakan...

Bile dah jadi ibu, barulah faham kenapa istimewanya jadi anak pertama. Sayangnya bukan main. Patutlah aku kadang-kadang terfikir kenapa la aku jadi anak ke-4. Hihihi..semua ni ketentuanNya, siapa yang dulu siapa yang kemudian. Tengok ni..melalut lagik. Tak mula pun lagi cerita.

......Sambung cerita 'Ada apa pada tarikh 17 haribulan'....
Tanggal 17hb Februari 2009, aku selamat melahirkan anak pertama setelah 38 minggu kendong die dalam perut. Nama pun anak pertama, jadi pengalaman pertama memang tak boleh dilupakan.

Diingatkan semula, bila masuk je minggu ke-36 yang mana kandungan aku dah masuk bulan yang ke-9, ibu dah mula memesan suruh jaga diri elok-elok, persiapkan segala persediaan nak ke hospital dan sebagainya. Rasa takut, berdebar semuanya semakin bertambah-tambah. Tapi bile dah sibuk di tempat kerja hampir lupa pulak yang aku bakal bersalin bila-bila masa saje. Ikut kata doktor 70% untuk bersalin adalah mase minggu ke-38 ke atas. Jadi aku pun buat biasa je la. Takdelah hari-hari menunggu, mengagak macam mana lah rasa sakit nak bersalin. Bak kata orang, mesti masa ni kite terfikir,

"..macam mane rasa sakit tu eh..."
"....macam senggugut ke..macamm nak berak ke...sakit perut biasa ke..."
"macam plak nak tau masa itu nak tiba???"

Kesimpulannya semualah dah bermain-main dalam kepala nih. Puas dah aku rajin kan mulut tanya orang apa info yang boleh diguna pakai. Segala persediaan pun dah siap. Yang lagi best, masa aku buat kenduri 7bulan..kire macam lenggang perut la...mase tuh bidan yang mengurut aku dia kata, kandungan ni dah 8 bulan rasanya. Tapi memang pun sebab mase tu dah hujung-hujung bulan yang ke-7. Jadi makcik tu, siap kan juga air selusuh.Bunga kembang semangkuk pun dah sedia, kononnya nak direbus dan minum untuk dijadikan air selusuh.

Katanya, "Air ni separuh buat mandi, separuh lagi simpan..jangan diminum! Dah rasa sakit baru minum".

Sebenarnya EDD aku 4 Mac 2009. Tapi mungkin sebab keaktifan aku kesana kemari membuatkan aku bersalin awal. Seminggu sebelum bersalin aku dah ade rasa sakit-sakit macam senggugut dari pukul 5 pagi, pelik jugak..dalam hati ni dah terdetik.."Eh?? dah sampai mase ke...??" tapi sampai pukul 6.30 pagi, sakit tu hilang.. Jadi aku pergi je kerja macam biasa. Bila aku cerita pada kawan ofis, die ade pesan kalau berlarutan dan tak pasti..terus je pergi hospital, just nak tau kenapa je.

Kemudian aku kerja macam biasa sampai la minggu terakhir sebelum aku mula cuti bersalin. Dalam perancangan, dah siap setkan meeting dengan pengganti 20hb sebab aku nak handover kerja semua. Hari Isnin, 16hb,ofismate asyik la menegur aku.."Kenapa muka nampak pucat je...." Aku pun tak tau kenapa, tapi hari itu memang terasa letih sangat. Tapi bile balik rumah aku okay je. Malam tu aku berchatting dengan kawan sama belajar di Penang, bergelak ketawa, sanggup tunggu sampai pukul 10.30 mlm nak tengok cerita Rozanna. Padahal suami dah banyak kali bising suruh tidur awal. Lewat jugak aku tido malam tu.

Tengah sedap-sedap tido, tibe-tibe..ntah pukul berapa aku dah terjaga, terasa perut sakit sangat. Eh, kenape ni...??? lepas tu sakit hilang. Kang selang bape minit, datang lagi sakit tuh...lepas tuh hilang.. Aku dah mula tak boleh tido, tengok-tengok jam baru pukul 4 lebih. Dalam hati ni, "Hish tak boleh jadi ni...apsal semacam je..." Makin lama makin sakit. Makin lama makin kerap. Sampai pukul 5 pagi tak berhenti jugak. Aku terus kejut suami. Dua-dua pun dah tak boleh tido, Sampai pukul 6, makin kerap sakit. Yang kelakarnya, disebabkan tak pasti dan tak tahu sempat lagi kami selak buku panduan. Kalau 5 minit sekali sakit, dah kene bersiap ke hospital. Rasa macam dah betul. Tambah lagi nak ketawa dalam sakit-sakit tuh, sempat lagi suami aku ambil timer, nak kira betul ke aku ni sakit 5 minit sekali. Semuanya dah betul.sampai pukul 7 sakit tak hilang, terus call doktor. Dia suruh kami terus ke hospital. Aku sedapkan hati walaupun rasa macam dah betul, "Mungkin bukan kot.....". Bersiap pun ala-ala nak pergi kerja, kononnya kalau bukan, lepas pergi hospital kami nak terus je ke ofis.

Tiba di hospital, bahagian kecemasan. Agak leceh jugak la, kalau orang dah sakit betul memang dah terberanak dah. Manetaknya, sampai-sampai je, kene daftar, kemudian amik berat la, amik BP la, amik tinggi la, test air kencing la. 3 tanda nak bersalin, turun darah, pecah air ketuban dan contraction. aku cuma contraction baru. Yang pelik nya, belum apa-apa lagi contraction aku dah 5 minit sekali. Masa nak test urine, baru perasan aku dah turun darah. Lepas je cek semua tuh, nurse bawak aku masuk dlm satu bilik. Diikat nye perut, mesin ECG tu pun berbunyi. Kuat juga. Dah la tak bole gerak. Perut sakit. mengerekot je la kat atas katil tuh. Lama jugak tunggu kat dalam tuh, kira dalam sejam la. Diorang nak tengok ECG, memang gaya macam waktu nak bersalin dah nak tiba. Tapi bukaan tak mengizinkan baby keluar lagi. Doktor tanya, "Awak macam mana, kalau refer ECG nih, dalam 4 jam lagi awak boleh bersalin. Atau mungkin lambat lagi". Aku bile dengar lambat lagi tuh yang terus je aku jawab, " Ala doktor, kalau lambat lagi saya nak balik rumah la...." Doktor takut nak lepaskan aku. Takut aku terberanak kat rumah. Lepas diorang berbincang sume, doktor suruh aku baring balik. Aku macam terpinga-pinga, "Nak buat ape ni doktor???" "Kita nak pecah kan water bag.." "HAAAHH???", hati aku berbisik. Gerun jugak tengok alat tuh, nasib baik la doktor dan nurse tu baik. Siap je, "Okay kejap lagi awak terus pegi labour room ye..." "Maksudnya doktor???" "Awak terus tunggu kat situ..." Dalam hati ni, "Is that mean aku dah kene beranak???? Oh tidak!!!"

Keluar dari tempat tuh, baru lah nampak muka suami yang dari tadi menunggu aku diluar. "Macam mana sayang?" Tengok aku dah dengan kain hospital duduk kat atas kerusi roda. Hanya tersenyum, "lepas ni kene terus pergi labour room, doktor dah pecahkan water bag.." Kami pun bersembang biasa. Tiba-tiba suami aku, "Eh maksudnya ni terus tunggu nak beranak la ye??". Laaaa..ingatkan dah faham. Dia pun dah mula panik. Hanya sempat call orang penting je nak beritahu yang aku ni dah menunggu mase je. Tak tau nak kata perasaan tu macam mane.

Tiba dalam labour room, nurse kat situ pulak ambil tugas persiapkan aku. tukar baju, pakai kan ECG, masukkan drip. Fuhhh..seksanya. Dah la tengah sakit, dah ke pakai itu ini makin susah nak bergerak. Perut lapa. Tak breakfast pun lagi. Segala air selusuh la, air bunga kembang semangkuk sume entah ke mana. Sekarang waktu menunggu masa je. Sakit makin lama makin ligat. Suami teman ditepi pun dah tak tahu nak buat ape. Nurse datang tanya, "Awak nak pakai Epidural?? Awak nak bersalin lambat lagi. Kalau pakai sekarang tade la sakit sangat nati..." Aku dah rasa serba salah, macam nak pakai macam taknak pakai....."macam mane ni bang.....???"

............to be continue...................

Sunday, March 8, 2009

Penyeri perkahwinanku...

Aliyy Amsyar bin Asraf....anakandaku...

Hari ni dah genap 20hari... Amsyar dah 20 hari... Aku pun dalam pantang dah 20 hari.... Ada lagi 24 hari nak habiskan pantang..aduhhh..lamenye...

Memang betul lah orang kata ade anak ni menambahkan lagi seri perkahwinan kita... Samalah apa yang aku rasa.. Kalau takde anak..bosan agaknya kot..yelah asyik berdua je dengan suami.. Sekarang dah ade anak..ade jugak mission.. Mencabar jugak nieh!

Dari mata kasar, orang tengok dah ade baby.. "wah seronok nye.." "eee..bestnye ade baby.." tu la kata-kata yang disampaikan dari rakan taulan... Heh, memang seronok...tapi bila masuk bab nak menjaga dan mendidik dia sampai besar kita masih tak tau lagi macam mana...

Hmmmm.....

Sekarang stage kami adalah 'MENYESUAIKAN DIRI DGN SITUASI BARU'
Tunggang langgang dengan anak kecik.. Sekarang barulah tahu betapa susahnya mak kita jaga kita masa kecik kecik dulu. Membayangkan cousin aku yang sama dapat anak tahun ni, tapi dia dapat kembar. Fuhh, entah macam mana lah agaknya... Aku ni baru sorang dah terasa macam agak susah gakla... Hari-hari pun letih, hari-hari pun tak cukup tidur. Aku pulak jenis tak boleh tak cukup tido, mesti lingkaran hitam dibawah mata terserlah.. Aku sememangnya faham situasi bile beranak kecil dengan pengalaman tengok anak2 sedara aku membesar, tengok abang2 aku dan kakak aku bela anak..tapi itu kita tengok orang yang bela anak. Nampak seronok je, tapi bila dah sendiri ada anak. Hehehe..boleh tahan la.

Walaupun penat, bila tengok muka anak sendiri, nak2 mase die tengah tido... aduhhhhh..hilang sume penat.

Tapi...

...bertambah penat bila tengok die menangis aje, tak tahu apa yang diatak selesakan....

Minyak dah sapu...

Perut dah tuam...

Pampers dah tukar...

Susu dah bagi... Pastu??? apelagi....??!!!

(segla diatas adalah tunjuk ajar bonda ku... maklum la...masih dalam training lagi...mujurlah ibu masih ada...kalau tak..entah macam mana aku agak nya....)

.....aduhhhh....sume pn dah buat....


"ape lagi ni sayang....apa yang tak kena nih..."
Itu lah ayat aku hari-hari. Tak kira pagi petang siang malam.

Penyudah nya...mesti aku angkat..dukung..peluk..enjut die...kelek die..."Saaaaayang umi....jangan lah nangis sayang....."
Dan bermulalah lagu zikir yg macam2 keluar dari mulut nih nak mendodoikan die...

Hmmmmm.......

Itulah kata orang, dah ada anak nih, takde dah tido nyenyak malam-malam.. melainkan kalau dia dah besar senang sikit nak bela, tapi bile bsar lagi tu..wallahualam la...hanya DIA yang tahu... (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...